Tuesday, 11 February 2014

Misteri pokok petai 'menangis'

HAZELEN LIANA KAMARUDIN 11 Februari 2014 PASIR MAS - Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu di sini. Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata. Penduduk Kampung, Abdul Razak Manaf, 57, berkata, kejadian itu mula berlaku pada malam Jumaat lalu...

Pemain T-Team bersumpah

Pemain T-Team bersumpah WARTAWAN SINAR HARIAN 11 Februari 2014 Pemain T-Team, Khairan (kiri) melafazkan sumpah dalam majlis perjumpaan pemain Liga Super Terengganu dan T-Team di sini, malam tadi. SEBAGAIMANA dijanjikan sebelum ini, pegawai dan pemain pasukan berstatus kelab T-Team telah mengangkat sumpah berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin 1 Februari lalu di sini semalam. Pada majlis yang...

Chong Wei, Lin Dan berpasangan di China

Chong Wei, Lin Dan berpasangan di China 10 Februari 2014 JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei buat julung kali akan berpasangan dengan musuh tradisinya Lin Dan dari China untuk membuat perlawanan pertunjukan sempena pembukaan pusat latihan badminton baharu di Lingshui, China Ahad ini.   Chong Wei berkata beliau menyambut baik jemputan Persatuan Badminton China dan bersedia membantu negara lain untuk menyemarakkan sukan badminton.   "Saya menerima jemputan daripada ketua jurulatih China, Li Yongbo untuk menyertai perlawanan...

Bersekedudukan: Zizan, Emma beri penjelasan

Bersekedudukan: Zizan, Emma beri penjelasan AQMAR MUSTAZA 11 Februari 2014 BAHARU sahaja reda dengan isu bercumbuan di dalam kapal terbang, kini nama Zizan Razak dan Emma Maembong kembali menjadi perhatian selepas dikatakan bersekedudukan sejak enam bulan lalu. Mengakui terkejut dengan tindakan jirannya yang melaporkan perkara itu kepada pihak media, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, bagaimanapun tidak menafikan Emma...

Tol sudah wajar dihapuskan

Tol sudah wajar dihapuskan DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI 11 Februari 2014 1. Rakyat kononnya digembirakan dengan pengumuman tol yang tidak dinaikkan. Tetapi sebenarnya ia berita buruk kerana kerajaan terpaksa menggunakan duit rakyat juga untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Ertinya syarikat konsesi tetap untung dan rakyat juga terpaksa menanggung secara tidak langsung. Bukan sahaja syarikat konsesi untung...

Ratu tidur...

Ratu tidur... WARTAWAN SINAR HARIAN 11 Februari 2014 BINTANG cantik, Song Ji Hyo tidur dengan nyenyak ketika penggambaran, Running Man. Namun, aksi ini dilakukan hanya untuk mendapatkan hadiah untuk pertandingan tidur paling lama dalam rancangan itu.  "Saya tidur dengan nyenyak tanpa mempedulikan persekitaran ketika itu,"kata aktres berusia 32 tahun ini.  Pun begitu, ini bukanlah kali pertama bintang, Princess Hours...

'Saya tak dapat menyusu anak, cedera payudara'

'Saya tak dapat menyusu anak, cedera payudara' 10 Februari 2014 Nirmala Bonat - Foto The Star Online < 1 / 1 > KUALA LUMPUR - Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak dapat menyusukan anaknya akibat kecederaan pada payudara selepas didera majikannya, sepuluh tahun lepas.    Nirmala, 29, dalam pernyataan saksinya berkata dia tidak...

Saya bukan janda - Misha Omar

ARKIB : 10/02/2014 Saya bukan janda - Misha Omar KUALA LUMPUR 10 Feb. - "Saya tidak pernah bernikah. Saya tidak pernah menjadi isteri ketiga seorang jutawan. Maka dengan rasmi saya juga tidak pernah memegang status janda!." Itulah luahan hati penyanyi Misha Omar, 32, dalam surat terbuka yang di emelkan kepada pihak media hari ini, sebagai menjawab tuduhan seorang wanita yang memuat naik statusnya dengan mendakwa penyanyi itu pernah berkahwin sebelum ini. Status itu dimuat naik Ahad lalu, ekoran daripada cerita Misha yang...

Benarkah insurans kenderaan pula naik?

Benarkah insurans kenderaan pula naik? MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 10 Februari 2014 < 1 / 1 > SHAH ALAM - "Bagai jatuh ditimpa tangga", itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi rakyat Malaysia ketika ini. Selepas pelbagai episod kenaikan harga barang dan perkhidmatan diumumkan sebelum ini, terbaharu difahamkan syarikat-syarikat insurans bakal menaikkan kadar premium insurans kenderaan...

Pasangan Malaysia didakwa berasingan, kasari anak

Pasangan Malaysia didakwa berasingan, kasari anak 10 Februari 2014 Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. - Foto dipetik daripada Astro Awani < 1 / 1 > KUALA LUMPUR - Pasangan Malaysia didakwa secara berasingan di Mahkamah Daerah Stockholm, Sweden hari ini atas pertuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka.    Pendakwa Raya Anne Arnelle...

Komando VAT69 tembak penceroboh bersenjata

Komando VAT69 tembak penceroboh bersenjata 10 Februari 2014 KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu komando VAT69 melepaskan tembakan ke arah penceroboh di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dalam satu operasi pada 6 Mac tahun lepas.      Deputi Superitenden Anwar Rosdi berkata dalam kejadian pada 3 petang itu, beliau dan anggota pasukannya membuat rondaan dalam operasi 'cut-off' bagi menghalang penceroboh melepaskan diri daripada kampung itu apabila mereka ternampak lima atau enam lelaki bersenjata menuju...