Tuesday, 18 March 2014

MH370::: 'Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri tapi...'

SEPANG - Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah 'perlindungan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak. Wartawan tersebut juga...

GUNUNG BUBU!!! Dua daripada empat mangsa ditemui meninggal dunia

KUALA KANGSAR: Dua daripada empat mangsa yang hilang di Gunung Bubu dekat Ulu Kenas ditemui meninggal dunia kira-kira 3.20 petang tadi. Mangsa dikenali sebagai Adam Asraf Azman dan Muhamad Amir Asyraff masing-masing berusia 17 tahun. Pasukan mencari dan menyelamat berjaya membawa keluar jenazah Adam Asyraf sekitar enam petang sementara jenazah Muhamad Amir pula dikeluarkan sekitar pukul 6.45 petang. Kematian kedua-dua mangsa disahkan...

MH370::: Ahli keluarga kapten tidak lari

Pekarangan kediaman Zaharie sunyi ketika tinjauan Sinar Harian, semalam. SHAH ALAM - Dakwaan mengatakan isteri kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah melarikan diri ke luar negara sehari sebelum kejadian tidak benar. Menurut sumber terdekat keluarga, isteri Zaharie sebenarnya tidak pernah melarikan diri sebaliknya berada di rumah anak sulungnya di Subang. Beliau berkata, wanita tersebut pergi ke rumah anaknya sehari sebelum kejadian. "Beliau...

BONGKAR!!! Kes Di Sweden: Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Anak Perempuan

Oleh QISHIN TARIQ Aishah, 14, (kiri) dan Ammar bersalam dengan ibu saudara mereka Norshalena Norshal (kanan) ketika hari pertama memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala di Kota Baharu.- fotoBERNAMA STOCKHOLM: Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya...

KES Pasangan Malaysia di Sweeden::: Azizul tenang jawab soalan peguam pendakwa

KHAIRUL ANWAR RAHMAT 3 Mac 2014 Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka.  - Foto dipetik daripada Astro Awani STOCKHOLM - SWEDEN. Hari ketujuh perbicaraan pasangan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalludin yang didakwa di Mahkamah Daerah Solna atas tuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga tahun 2013 hari ini menyaksikan giliran Azizul dipanggil memberikan...

Video Tribute Captain Zaharie Ahmad Shah

...

MH370::: BONGKAR!!! 5 LANDASAN DALAM SIMULATOR DISIASAT

Lapangan terbang di Maldives, Diego Garcia, tiga di India dan Sri Lanka ditemui Kuala Lumpur: Pasukan penyiasat menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu. Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat...

GEMPAR!!! 'Raja Bomoh' kata Anwar kacang lupakan kulit

SHAH ALAM - Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama 'Raja Bomoh' dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan. Datuk Ibrahim Mat Zin yang dipetik sebuah blog berkata, tindakan Anwar mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen sebagai tidak wajar. Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit" kerana melupakan...

SEDIA!!! berdepan satu lagi krisis kewangan

Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR - Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan satu lagi krisis kewangan dunia yang dijangka berlaku berikutan kenaikan harga dan kurang kuasa membeli. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata negara perlu merangka strategi berdasarkan pengalaman lalu dan mencari punca krisis. "Dengan krisis kewangan semasa dan yang lepas, kita perlu meneliti dan seterusnya mencari idea-idea mengenai...