Wednesday, 2 April 2014

BONGKAR !!! Tak munasabah letak telefon bimbit dalam DUBUR

2 April 2014 Philip Wood SHAH ALAM - Cukup tidak munasabah bagi seseorang mampu bertahan selama 14 hari dengan sebuah telefon bimbit berada di dalam dubur. Pakar Kesihatan, Dr Shariff Ramlee berkata, sebarang benda asing yang berada di dalam saluran usus bakal memberi kesan sampingan kepada individu itu. “Analogi yang boleh saya katakan di sini, sekiranya seorang kanak-kanak tertelan sebiji sel kering, ia harus dikeluarkan secepat mungkin...

105 staf HOTEL bakal DIBERHENTIKAN

2 April 2014 Hotel Quality Shah Alam terpaksa ditutup bermula 1 Jun kerana tidak mahu terus tanggung kerugian. SHAH ALAM – Selepas kemelut 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings diberhentikan kerja Februari lalu, kali ini 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam, di bawah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang juga anak syarikat kerajaan negeri bakal menerima nasib sama. Nasib 105 kakitangan berjawatan tetap itu...

TERKANDAS semalaman dalam pesawat

2 April 2014 Ribut memaksa penumpang bermalam di dalam pesawat di landasan lapangan terbang. HONG KONG - CHINA. Ratusan penumpang Dragonair terpaksa menghabiskan masa lebih tujuh jam di dalam pesawat apabila pesawat yang mereka naiki tidak boleh mendarat di lokasi asal kerana ribut kuat. Penerbangan KA875 berlepas dari Shanghai pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) dengan muatan penumpang seramai 252 itu, berpatah balik ke lapangan terbang...

JKSB pertahan kadar tol jambatan kedua

1 April 2014 Plaza tol Jambatan Kedua di Batu Kawan ini merupakan plaza tol yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. - Foto Bernama GEORGETOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mempertahankan kadar tol yang ditetapkan bagi penggunaan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS).   Pengarah urusannya Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata ada pihak mempertikaikan bahawa kadar RM8.50...

MAHKAMAH AS tolak petisyen terhadap MAS

1 April 2014 KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) berkata syarikat dimaklumkan bahawa petisyen yang difailkan bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang telah ditolak dengan perintah Mahkamah Amerika Syarikat.   MAS mengumumkan perkara ini kepada Bursa Malaysia hari ini.   Petisyen terhadap syarikat penerbangan nasional itu dan juga Boeing Company, pengeluar pesawat berkenaan, difailkan di Mahkamah AS baru-baru ini.  ...