Tuesday, 25 February 2014

TERKINI!!! Senarai 71 Kawasan Dan Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

KUALA LUMPUR– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini. Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan...

TERKINI!!! Nirmala berbogel tak tahan cuaca panas

Nirmala Bonat KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bekas majikan lelaki Nirmala Bonat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas pembantu rumah warga Indonesia itu yang menyaman beliau dan isteri, pernah ditemui berbogel di dalam bilik tetamu rumah mereka hanya disebabkan cuaca panas. Menurut Hii Ik Tiing, 48, perkara itu didakwa diberitahu oleh isterinya, Yim Pek Ha kepadanya sewaktu Nirmala mula bekerja dengan mereka dan isterinya telah...

PANAS!!! Sharnaaz pertahan diri

AQMAR MUSTAZA 25 Februari 2014 Sharnaaz Ahmad "KALAU tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Saya sudah cuba bersabar, tapi saya manusia biasa yang ada batas kesabarannya," jelas aktor, Sharnaaz Ahmad berhubung pergaduhannya melibatkan pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Enggan mendedahkan punca sebenar pertelingkahan yang berlaku di antara dia dan Lisdawati, Sharnaaz bagaimanapun mengaku salah faham tersebut berlaku di...

SEDIA!!! Catuan air di seluruh Selangor mulai esok

24 Februari 2014 Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya. "Menerusi...

PANAS!!! Kenyataan PM jenaka paling hebat abad ini

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 24 Februari 2014 Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang. Menurutnya, kerajaan...

GEMPAR!!! Ditembak ketika minum

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Azahar Hashim Anggota polis memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditembak dari jarak dekat di Taman Makmur, Lunas. FOTO Azahar Hashim Kuala Lumpur: Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam tadi. Dalam kejadian di Taman Sri Sentosa, seorang pemandu van pelancong cedera akibat ditembak berdekatan sebuah kedai serbaneka...

GEMPAR!!! Rangka terdampar di tepi pantai

WARTAWAN SINAR HARIAN 25 Februari 2014 Rangka ditemui Yusuf di pesisir pantai Rantau Abang, semalam. - Foto Sinar Harian RANTAU ABANG – Hasrat seorang penduduk untuk mengambil pelampung hanyut, bertukar cemas apabila dia terjumpa rangka manusia terdampar di tepi laut. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam itu, Yusuf Harun, 54, yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan, terpandang satu objek di atas pasir. Dia yang masih...

ANGGUN!!! Anak Tidak Percaya Amy Mastura Seorang Artis

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI Amy memberitahu anak-anaknya tidak mempercayai dia adalah seorang selebriti. PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mendedahkan kedua-dua anak perempuannya tidak percaya dia merupakan seorang selebriti. Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 43, berkata, anak-anaknya iaitu Adriana, 14 dan Adalia, 9, mentertawakannya apabila dia bercerita tentang penglibatannya dalam industri hiburan sejak awal 1990-an. "Mereka...

BONGKAR!!! Ammar Percaya Ibu Bapa Akan Dipenjara

Oleh QISHIN TARIQ Ammar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan). STOCKHOLM: "Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan," kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka. Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan, dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat bertemu mereka. Namun, apabila anggota...