Monday, 10 March 2014

MH370::: Info Grafik Operasi Mencari

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Add caption Sumber...

MH370:: Info Grafik Misteri Kehilangan MH370

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Add caption Sumber...

ALL ENGLAND: Chong Wei juara kali ketiga

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH 10 Mac 2014 Lee Chong Wei JAGUH nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan badminton All England 2014 selepas membenam musuh tradisinya Chen Long dari China pada  akhir di Arena Tertutup Nasional Birmingham, England, awal pagi tadi (waktu Malaysia). Selepas dikecewakan oleh bintang China itu pada final tahun lalu, Chong Wei kembali merampas gelaran dengan melakar kemengangan straight set...

MH370: Telefon berdering, tapi tiada jawapan

WARTAWAN SINAR HARIAN 10 Mac 2014 SHAH ALAM - Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370. Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil. Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri. (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Dalam pada itu, Ketua Pengarah...

MH370::: Zaharie bina simulasi sendiri di rumah

FATHIN ATHIRAH HASLI 9 Mac 2014 Gambar dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777  yang dibina sendiri di kediamannya. SHAH ALAM - Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut 'diterbangkan' di rumahnya. Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika...

MH370::: 'Pesawat terbang rendah dari biasa'

WARTAWAN SINAR HARIAN 10 Mac 2014 KOTA BHARU - Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin. Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut. Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari...

MH370!!! Saya Masih Di Pantai, Kata Pemilik Pasport Itali Yang Dicuri

Oleh: NICHOLAS CHENG editor@mstar.com.my KUALA LUMPUR: Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan...

MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS

MOHD IHSAN FADHLI CHE MIN Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak. Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS...