Tuesday, 25 March 2014

MH370: Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan

25 Mac 2014 Hishamuddin Tun Hussein KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahahan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang  hilang, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini: " Ketika usaha mencari MH370 diteruskan, kami tetap memberi fokus untuk mengecilkan kawasan pencarian. " Hasil kerjasama kukuh daripada rakan-rakan...

MH370: Letak jawatan hanya akan dibuat selepas krisis ini selesai - Ahmad Jauhari

Mac 25, 2014 KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai. "Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai," kata beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media di Lapangan...

MH370: INMARSAT jejak MH370 guna pendekatan unik

Mac 25, 2014 KUALA LUMPUR: Pendedahan bahawa pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT. Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam. INMARSAT...

LAGiii !! Kes buang bayi: Penuntut IPT disiasat polis

25 Mac 2014 Laporan Sinar Harian, semalam. KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam tong sampah di tandas wanita di Terminal Bas Bersepadu Selatan, Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu berasal dari Johor Bahru, ditahan di Kajang...

GEMPAR !!! 528 penyokong Mursi dijatuhi hukuman mati

25 Mac 2014 Mohammed Badie antara individu dijatuhi hukuman mati. KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhi hukum mati terhadap 528 penyokong Presiden digulingkan Mohammed Mursi selepas disabit kesalahan membunuh anggota polis dan melakukan serangan terhadap penduduk dan harta benda awam. Mereka adalah sebahagian daripada 1,200 penyokong Mursi termasuk pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin. Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London, Abdullah el-Haddad...

MH370 !!! 'Tuhan lebih sayangkan daddy'

25 Mac 2014 Twitter Maira Elizabeth Nari KUALA LUMPUR - "Tuhan lebih sayangkan daddy... Tuhan lebih sayangkan mereka," kata Maira Elizabeth Nari, anak perempuan Ketua Pramugara penerbangan MH370 Andrew Nari selepas mengetahui nasib pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Beliau berkongsi kesedihan menerusi akaun Twitter selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat sidang media khas bagi mengumumkan...

MH370: Kenyataan Perdana Menteri

25 Mac 2014 KUALA LUMPUR - Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang. Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu. Dengan...