Monday 30 June 2014

IBU remaja OKU diikat jamin


SEREMBAN – Selepas tiga hari Lolanopita Sadi, 40, didakwa di mahkamah, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, bagi membayar wang jaminannya berjumlah RM7,000.

Dua wakil daripada syarikat tempatnya bekerja hadir kira-kira jam 3.30 petang.

Difahamkan, wang jaminan tersebut dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja tersebut terhadap nasib menimpa Lolalopita atau lebih dikenali sebagai Lola.

Pada 27 Jun lalu, Lola dihadapkan di mahkamah seksyen di sini atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya yang juga OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, tanpa pengawasan pada 21 Jun lalu di sebuah bilik Flat Taman Semarak, Nilai.


Bagi kesalahan tersebut, wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan (RM3,500 satu pertuduhan) dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Julai, sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber, Lola kini diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sehingga kesnya selesai. - Sinar Harian

UM ::: 'Atas prinsip...saya letak jawatan'


Datuk Saifuddin Abdullah

SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.

Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan, serta atas prinsip kebebasan akademik.

“Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas Umcedel dan Dekan Fakulti Sains Sosial UM.

“Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah Umcedel. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini," ujar Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

“Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah FSSS). Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan Naib Canselor UM)...," kongsinya lagi di laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas ‘campur tangan politik’.


Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Kajian Umcedel yang kerap kali ‘memihak’ kepada Pakatan Rakyat dianggap sebagai antara punca Mohammad Redzuan dipaksa melepaskan jawatannya.

Antara hasil kajiannya ialah sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menurut laman sesawang UM, Mohammad Redzuan berkhidmat sebagai Pengarah Umcedel dari 26 Febuari 2012 hingga 31 Disember 2014. - Sinar Harian

Piala Dunia: Halilhodzic naik berang soalan bulan Ramadan oleh wartawan



Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic.
PORTO ALEGRE: Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic naik berang terhadap wartawan yang berulang kali mengajukan soalan sama ada pemainnya akan berpuasa di bulan Ramadan, sehari sebelum perlawanan pusingan kedua menentang Jerman. 

Algeria dijadualkan menentang juara dunia tiga kali itu di Porto Alegre, pada 4 pagi esok. 
“Tolong berhenti daripada bertanyakan saya mengenai Ramadan atau saya akan bangun dan beredar,” kata jurulatih kelahiran Bosnia itu. “Apabila kamu bertanya soalan, kamu kurang hormat dan saya mahu kamu fokus kepada bola sepak dan bukan perkara lain.



“Ini bukan kali pertama saya melatih pasukan yang memiliki pemain Muslim, saya juga seorang Muslim. Saya sentiasa membenarkan pemain-pemain saya untuk membuat keputusan mereka sendiri.” 

Pengendali berusia 61 tahun itu sebelum ini keras dikritik media dari Algeria apabila dituduh menasihatkan pemainnya supaya tidak berpuasa. 

“Malangnya, saya membaca beberapa surat khabar dan salah satu daripadanya, yang berterusan merosakkan imej saya dan mempersoal maruah dan integriti saya. Mereka memupuk kebencian dan permusuhan terhadap Vahid dan rakan-rakannya dan ia menjijikkan,” katanya. - AFP

TIPS MEMBELI TAYAR KERETA


TIPS MEMBELI TAYAR KERETA

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??

Kadang kala kita terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita.

Ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita

Cuba kita perhatikan dan renung sejenak mengenai kod atau simbol yang
terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inci
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
• indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
• indeks muatan 71 = 345 kg
• indeks muatan 125 = 1,677 kg
• simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOD:

S - 180 km/j

T - 190 km/j

U - 200 km/j

H - 210 km/j

V - 240 km/j

Z - melebihi had laju 240 km/j

W - 270 km/j

Y - 300 km/j

ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas


TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A

• A : kawasan panas
• B : kawasan bercuaca normal
• C : kawasan sejuk

- tarikh pembuatan : 1905

• dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.

• Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

Selepas ini, jika anda ingin membeli tayar baru lihat betul2 kod yang ada supaya anda tidak tertipu dengan pembelian anda di kedai tayar.

TEKNOLOGI ::: Kesan babi dalam 1 minit


PROF DR ANUAR AHMAD

SETIAP kali ke pasar, perkara utama yang selalu kita fikirkan ialah mahu membeli barangan yang baik sebagai santapan keluarga. Dan sebagai orang Islam, makanan itu seharusnyalah halal.

Namun dalam keadaan di sebuah negara yang lebih 70 peratus produk makanan dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam, tidak dapat tidak, pasti timbul keraguan dari segi status halalnya. Akan tetapi, kita memang tidak ada pilihan. Biarpun sangsi, perut perlu juga diisi.

Dalam keadaan ini, apa yang paling kita boleh harapkan ialah adanya logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Namun timbul pula isu-isu berkaitan logo halal Jakim.

Sudahlah jenuh dengan cerita logo halal palsu, kontroversi demi kontroversi turut mencarikkan keyakinan. Lalu ke mana lagi mahu disandarkan pergantungan?

Langkah Universiti Selangor (Unisel) membangunkan produk kit halal yang berfungsi untuk mengenal pasti bahan tidak halal dan berupaya memberikan keputusan dalam tempoh sesingkat seminit diharap akan membawa kelegaan dan menyelesaikan masalah umat Islam di negara ini, dan mungkin juga di seluruh dunia suatu hari nanti.

Ikuti kupasan lanjut berkaitan alat canggih ini daripada Naib Canselor Unisel, PROF DR ANUAR AHMAD yang disediakan wartawan Sinar Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad, Noor Ainulyakin Mohamad Ishak & Siti Nursyahidah Abu Bakar.

Anda sedang membeli-belah di pasar raya dan terpandang satu produk makanan yang begitu anda inginkan. Namun, mungkin akibat terpengaruh dengan penyebaran maklumat dalam media sosial kononnya produk berkenaan mengandungi unsur haram, anda dibelenggu rasa was-was.

Mengikut nasihat agamawan, apabila timbul rasa was-was, anda perlu jauhi makanan itu.

Akan tetapi dengan adanya teknologi halal kit, situasi anda tidak perlu sampai ke tahap itu.

Ini kerana teknologi yang sedang dibangunkan Universiti Selangor (Unisel) mampu memberikan anda jawapan halal atau tidak sesuatu makanan hanya dalam tempoh seminit.


Sangat cepat dan sangat mudah, bukan?

Dengan adanya teknologi ini, anda juga tidak perlu membawa senarai panjang logo halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk disemak setiap kali mahu membeli sesuatu produk yang mungkin logo-logo itu juga belum sahih keasliannya disebabkan peniruan pada zaman serba canggih ini sangat licik.

Sama ada terdapat logo halal Jakim ataupun tidak, anda boleh periksa sendiri untuk memastikan sesuatu produk itu mengandungi unsur babi ataupun tidak. Malah produk yang tidak ada logo halal sekalipun anda boleh kunyah dan telan tanpa was-was jika mendapati ia bebas daripada unsur haiwan itu.

"Inilah gunanya kit halal yang sedang kita usahakan," kata Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad ketika ditemui di kampus universiti itu di Shah Alam.

Mengenai projek kit halal itu, Anuar menjelaskan bahawa Unisel diberi peruntukan RM1.3 juta untuk membangunkan alat itu dalam tempoh 18 bulan dan dijangka siap pada Disember 2015.

"Alat ini bukan untuk makanan saja tetapi juga kosmetik dan ubat-ubatan," katanya.
 

Kesan zat babi serendah 0.001 peratus

Kit halal bukan perkara baharu. Sebelum ini, di negara kita sahaja sudah ada beberapa pihak terutama universiti yang cuba memajukan kit halal.

Namun setakat ini, teknologi yang akan dibangunkan Unisel dikenal pasti sebagai yang termaju.

"Kit halal yang ada sebelum ini berfungsi untuk mengesan kandungan DNA babi saja. Ini berbeza dengan apa yang kita akan keluarkan yang mana kit halal Unisel menggunakan teknologi pengesan nano bagi mengetahui kandungan zat babi sekecil 0.001 peratus," kata Anuar.

Sebagai contoh, kandungan perisa dalam makanan atau gelatin yang digunakan pada kapsul, zatnya memang terlalu rendah.  Apabila alat pengesan konvensional yang kemampuannya untuk mengesan hanya sekadar lingkungan 20 peratus, ia tidakakan dapat memberi bacaan tepat mengenai kandungan sebenar bahan terlarang dalam produk itu.

Itulah kelebihan kit halal Unisel yang mampu mengesan zat serendah 0.001 peratus iaitu zat paling rendah yang kebiasaannya terkandung dalam makanan,  kosmetik atau ubatan dalam pasaran
.

Bagaimana menggunakannya?

Mudah, sangat mudah! Hanya masukkan sampel ke dalam pengesan, kemudian goncang hingga larut dalam masa 10 saat. Seterusnya uji bahan yang sudah larut itu dengan alat pengesan elektronik pada kit.

Secara automatik, kit akan mengeluarkan cahaya floresen yang akan menentukan kandungan zat babi dalam tempoh seminit!


Siapa yang akan gunakan kit itu?

Kumpulan utama sasaran menggunakan kit halal Unisel ialah penguat kuasa. Selepas itu, baharulah ia diperluaskan kepada orang ramai. Namun alat berkenaan mungkin dikeluarkan dalam versi berbeza antara penguat kuasa dan pengguna.


Berkesankah?

Walaupun kecil bentuknya, kata Anuar, kit halal itu tidak perlu diragui kerana pihaknya melaksanakan mandat Kerajaan Selangor untuk membangunkan teknologi itu dengan penuh amanah dan tanggung jawab.

"Walaupun kecil ia dapat menjimatkan kos berbanding ujian makmal. Oleh itu, jangan ragu-ragu menggunakan alat ini, kerana hasil ujiannya diyakini tepat, setanding dengan hasil ujian makmal yang menelan belanja ribuan ringgit,” katanya penuh yakin.


Cabaran mendapatkan komponen

Namun  dalam setiap penciptaan, pasti halangan dan cabaran tidak dapat dielakkan. Ia diakui sendiri oleh Anuar yang mana katanya, proses mendapatkan komponen elektronik kit mungkin agak sukar kerana kini ia lebih kecil dan teknologinya berbeza.

"Teori tentang kit ini, memang tidak ada masalah kerana telah selesai, hanya menunggu bajet diumumkan kerajaan negeri untuk membeli komponen elektronik dan pengesan yang dijangka diperoleh Julai ini.

“Saya pernah menghasilkan alat yang hampir serupa sebelum ini. Namun, kebanyakan komponen digunakan ketika itu sudah tidak ada dalam pasaran. Jadi, kita perlu mendapatkan komponen baru yang lebih canggih. Kita juga akan menggunakan teknologi dan kepakaran dari Amerika Syarikat bagi memastikan alat ini mengikut piawaian sebelum dipasarkan,” katanya.


Hilangkan rasa was-was

Sebagai pengguna apabila ada alat yang boleh mengesan status halal dengan kadar segera, pastinya sesiapa juga mahu memilikinya bagi mengelak perasaan was-was yang membelenggu diri sebelum ini.

“Walaupun ada logo halal Jakim, ia masih dilihat kurang memberi keyakinan kepada pengguna berikutan banyaknya lambakan logo halal palsu di pasaran. Jadi, jika tidak mahu timbul rasa ragu-ragu, penggunaan kit halal seperti yang dinyatakan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah itu,” katanya.

Oleh itu, harapannya, sekiranya kit ini siap kelak, ia bukan saja akan dipasarkan di Selangor dan negeri lain, malah di seluruh dunia agar kelebihannya dapat digunakan sebaiknya oleh umat Islam di mana-mana sahaja.

Bagi Unisel, penghasilan kit itu lebih kepada niat fardu kifayah kepada pengguna Muslim, bukan untuk mengaut keuntungan dan secara tidak langsung, ia juga boleh menjadi nilai tambah kepada kredibiliti Unisel. -Sinar Harian

NAJIB luang masa ziarah Presiden PAS


Najib bergambar bersama Abdul Hadi di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

SHAH ALAM - Walaupun sibuk memenuhi urusan seharian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meluangkan sedikit waktu menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) tengah hari ini.

Beliau sempat memuat naik gambar bersama Abdul Hadi di bilik rawatan serta ucapan mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

"Menziarahi Tuan Haji Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," katanya menerusi laman Twitternya.


Terdahulu, Sinar Harian Online melaporkan Abdul Hadi mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di  Istanbul ketika menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki.

Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan mendapat rawatan di hospital berkenaan akibat komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

Beliau selamat tiba di tanah air 18 Jun lalu selepas menjalani rawatan perubatan di hospital di Istanbul, sejak Mei lalu. - Sinar Harian

Sunday 29 June 2014

GEMPAR !!! Pekerja restoran melampau


Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook.

SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.

“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.

Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.


“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.

“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,” katanya.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek  mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu.

Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku. - Sinar Harian

Saturday 28 June 2014

WARDINA :: 'Perasaan saya tidak penting'


Wardina

PENEMUAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, pada Sabtu lalu, di Flat Semarak, Nilai, mendapat perhatian seluruh masyarakat.

Di saat masing-masing sedang membuat andaian sendiri, kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, mengenai nasib remaja OKU ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

Wardina menerusi Instagram, berkata perkara ini berpunca daripada ibu bapa remaja OKU yang tidak diberikan bantuan.

Malah, Wardina turut membandingkan sistem pengurusan kerajaan dan polisi negara ini dengan tempat kediamannya, Australia.

Walaupun ada yang menyokong tindakan Wardina yang dilihat lantang bersuara, namun ada juga yang memandang negatif terhadap kenyataan selebriti ini.

Malah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, membidas kenyataan Wardina dan memberitahu bahawa kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keperluan remaja berkenaan dipenuhi.

Meskipun dikritik, dicemuh dan menerima tohmahan, namun Wardina tetap positif dan berpegang teguh kepada kenyataannya sebelum ini.

"Perasaan saya tidak penting. Yang penting adalah perasaan ibu bapa yang selama ini menjaga anak-anak OKU.

"Jangan tanya saya, tanyalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU, bagaimana perasaan mereka sepanjang menjaga anak-anak istimewa ini.

"Tanya juga kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan perkara ini seperti Orkids.

"Saya pernah bekerjasama dengan mereka," katanya menerusi perbualan di Facebook miliknya.


Kongsi kisah rakan

Dalam pada itu, Wardina juga turut berkongsi kisah rakannya di Facebook yang perlu menjaga suaminya yang berstatus OKU.

Menerusi tulisan itu, suaminya dikatakan mengidap sejenis penyakit kulit bersisik (Psoriasis) dan bengkak sendi seluruh badan (rheumatod arthritis) yang kronik, terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, dia turut menyokong pendapat Wardina yang dilihat dapat membantu dalam menyedarkan kerajaan mengenai kesukaran untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Selain itu, menerusi tulisan itu, pemilik akaun bernama, Khairun Darwani Khairuddin, permohonan untuk mendapatkan bantuan JKM bukanlah semudah yang disangka.

Menurutnya, untuk mendapatkan bantuan RM300 sebulan, permohonan mereka akan disaring dan sekiranya ibu bapa anak-anak OKU bekerja, peluang untuk mendapatkannya sukar.

"Bagi yang layak pula, mereka terpaksa membawa anak-anak OKU ini menghadiri kelas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekurang-kurangnya lapan kali sebulan.

"Agak tidak logik untuk membawa anak-anak OKU yang terlantar sakit, tambahan pula kekangan masa ibu bapa yang bekerja," katanya. - Sinar Harian

Friday 27 June 2014

BONGKAR !!! Emma punca kemelut Zizan-Marina?



KEMELUT membabitkan Zizan Razak dan Marina Juki yang juga rakan kongsi serta pengurusnya kembali menjadi perhatian, setelah Zizan dikatakan membekukan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE), sehingga urusan pembayaran artis dan pekerja tidak dapat dilakukan.

Jika diimbas semula, kemelut membabitkan Zizan, Marina dan WFE mula hebat diperkatakan sejak awal Februari lalu.

Ia bermula dengan khabar angin Emma Maembong yang juga salah seorang artis di bawah pengurusan WFE disingkir pada bulan Februari lalu, kerana sering menimbulkan masalah kepada syarikat pengurusannya.

Kemudian diikuti perseteruan Zizan dan Marina yang menjadi perhatian ramai selepas ura-ura mula kedengaran bahawa Zizan bakal beralih ke bawah pengurusan Astro biarpun mempunyai syarikat pengurusan sendiri.

Tidak berakhir setakat itu sahaja, Zizan dan Marina memberi dua kenyataan berbeza apabila terdengar ura-ura Emma bakal disaman WFE kerana melanggar kontrak syarikat, diikuti pengakuan Zizan beralih di bawah pengurusan Astro tidak lama selepas itu.

Biarpun kedua-duanya menafikan berseteru, namun banyak pihak khasnya media menghidu kerenggangan hubungan Zizan dan Marina.

Terbaru, luahan rasa tidak puas hati melibatkan dua lagi artis di bawah naungan WFE iaitu Johan As'ari dan Kaka Azraff kerana bayaran gaji mereka tidak dapat dibuat selepas Zizan membekukan akaun.

Bagi menjelaskan kemelut yang melanda, Marina bersama peguamnya; Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE dan Azlan Karim juga juruaudit akaun WFE mengadakan sidang media di Holiday Villa Hotel, Subang, petang semalam.

"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika saya mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan membekukan akaun.

"Apatah lagi, Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.

"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun bagi penyata, akaun 2011 dan 2012, tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.


Marina berkata, selain Kaka dan Johan yang sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu, dia juga sudah membuat laporan polis.

Tidak dapat menyembunyikan lagi kemelut yang melanda, Marina akhirnya mengakui bahawa hubungannya dengan Zizan berantakan semenjak bulan Februari lalu.

"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.

"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.

"Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.

"Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera," ujarnya sambil menahan sebak.


Selesai cara baik

Marina berkata, dia sudah menghantar surat kepada pihak bank bagi mendapatkan penjelasan mengapa akaun itu dibekukan tanpa mendapat persetujuan daripadanya yang juga pemegang 30 peratus saham syarikat.

Dia juga menanti kepulangan Zizan dari Jepun untuk menyelesaikan isu ini secara baik.

"Saya harap Zizan dapat luangkan masa  bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara. Pertama mengenai pembekuan akaun syarikat.

"Kedua, saya minta Zizan tampilkan bukti andai benar saya membuat penyelewengan dalam syarikat dan ketiga, saya harap Zizan dapat jelaskan hasratnya sebelum ini yang mahu berundur sebagai salah seorang pengarah WFE.

"Saya tiada perancangan membawa perkara ini ke peringkat yang serius dan hanya berhasrat menyelesaikan dengan cara baik," akhirinya. - Sinar Harian

AWAS penyebar berita palsu akan dihukum


Mohd Roze Shaari

KLUANG - Polis di daerah ini mengingatkan orang ramai yang menyebarkan berita palsu sehingga menimbulkan rasa tidak selamat kepada orang lain boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner, Mohd Roze Shaari berkata, bagi individu yang melakukan kesalahan itu, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atau Seksyen 4 Akta Hasutan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berita yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya wujud kegiatan penculikan kanak-kanak dan remaja menggunakan kenderaan van berwarna putih yang menggunakan nombor plat negara jiran berlaku di daerah ini.

“Semua balai dan pondok polis di daerah ini tidak ada menerima sebarang laporan mengenai kegiatan berkenaan seperti yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab itu, malah anggota bertugas di bahagian rondaan turut tidak pernah menemui van dimaksudkan.

“Jika ada, sudah pasti mereka yang terlibat ini ditahan kerana semua pintu masuk melalui jalan utama ke daerah ini diadakan sekatan jalan 24 jam sehari sejak lebih sebulan lalu,” katanya kepada  Sinar Harian, semalam.


Mohd Roze berkata, sekiranya kejadian penculikan itu terjadi sudah pasti pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mahupun penjaga namun, sehingga kini beliau rasa pelik bagaimana berita seumpama itu boleh disebarkan sesuka hati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Beliau mengingatkan masyarakat khususnya belia yang mempunyai laman sosial facebook agar tidak mudah percaya terhadap berita yang disalurkan seterusnya memanjangkan berita itu kepada kawan lain kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan.

“Jika orang ramai terbaca tentang berita seperti ini di mana-mana laman sesawang, mereka hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada pihak polis untuk mengetahui kesahihannya,” katanya.

Mohd Roze turut menyarankan sekiranya menerima sebarang berita palsu sama ada di laman sesawang atau sebagainya  hendaklah dimaklumkan kepada pihaknya agar tindakan boleh diambil kepada individu tidak bertanggungjawab berkenaan. - Sinar Harian

BONGKAR !!! Cukuplah derita yang ditanggung


Penuh rasa belas kasihan...Faizal ketika bertemu Firdaus.

PENGARAH Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berasa marah dan kecewa bila terkenang Muhammad Firdaus Dullah, 15.

Bersama wartawan Sinar Harian, SYAMILAH ZULKIFLI, Faizal kembali mengimbas kenangan sewaktu pertama kali bertemu insan istimewa itu.

SABTU lalu, ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.

Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.

Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.

Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.

Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.

Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.

Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.

Saya cuba  memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.

Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.

Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.

Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.

Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.

Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.


Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.

Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?

Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.

Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?

Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.

Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.

Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini...

Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar orang kurang upaya (OKU). - Sinar Harian

Thursday 26 June 2014

GELOMBANG KEDUA !!! Lebih 700,000 rumah di lima wilayah alami gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR 26 Jun - Lebih 700,000 rumah di sekitar wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini, berkata gangguan ini berikutan pengeluaran air terawat dari loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan air tinggi di kawasan itu.

SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana bergantung kepada bilakah loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.


SYABAS akan terus menggerakkan lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan tetapi bantuan itu amat terhad serta tidak mampu menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan terlibat, katanya.

Antara kawasan yang terlibat ialah: Wilayah Gombak

Air Panas

Aman Siara

Ampang Jaya

Ampang Jaya Water Front

Andaman Ukay

Astana Gemilang

AU1-AU5

Balai Polis Gombak

Bandar Baru Ampang

Bandar Baru Selayang

Bandar Baru Wangsa Maju

Beverly Height

Bukit Antarabangsa

Bukit Idaman/Idaman Hills

Bukit Indah

Bukit Lela

Bukit Setiawangsa

Bukit Wangsa Mas

Dagang Jaya/Halaman Indah

Dataran Ukay

Desa Bakti

Desa Hussein Onn

Desa Lembah Pantai

Desa Melawati

Desa Minang

Gombak Setia

Harmonis

Industri Bolton

Intan Baiduri

Jalan Ampang

Jalan Chung Hwa Gombak

Jalan Genting Kelang

Jalan Hulu Kelang

Jalan Kepong

Jinjang Baru

Jinjang Selatan

Kampung Ampang Campuran

Kampung Ampang Indah

Kampung Baru Ampang

Kampung Cangkat

Kampung Dato Mufti

Kampung Datuk Keramat

Kampung Kemensah

Kampung Kerdas

Kampung Klang Gates

Selayang Utama

Sering Ukay

Setapak Jaya

Sri Edaran Kepong

Sri Gombak

Sri Melati

Sri Murni

Taman Ampang Indah

Taman Ampang Mewah

Taman Ampang Prima

Taman Ampang Utama

Taman Andaman Wangsa Maju

Taman Beringin Jinjang

Taman Bidara

Taman Bukit Ampang

Taman Bukit Ampang Permai

Taman Bukit Jaya

Taman Bukit Jubina

Taman Bukit Kemensah

Taman Bukit Mas Melawati

Taman Bukit Mewah

Taman Bukit Mulia

Taman Bukit Utama

Taman Bunga Raya

Taman Cahaya Indah

Taman Cemerlang

Taman Danau Kota

Taman DAR

Taman Desa Setapak

Taman Fadason

Taman Faizura Ampang

Taman Gombak Jaya

Taman Grandview Ampang Jaya

Taman Halaman/KESUMA

Taman Harmonis

Taman Hijau

Taman Hillview

Taman Ibukota

Taman Kamariah

Taman Kelab Ukay

Taman Kemensah Indah

Taman Kepong

Taman KOSAS

Taman Melati

Taman P. Ramlee Wilayah Klang/Shah Alam

Bandar Putera

Batu 3 Shah Alam

Batu 8 Bukit Kemuning

Bukit Naga

Bukit Jelutong

Jlan Harum Estate

Jalan Hulubalang

Jalan Kebun

Jalan Kebun Nanas

Jalan Sellathevan

Kampung Baru HICOM

Kampung Kebun Bunga

Kampung Lombong

Kota Kemuning

Lorong Seri Gambut

Puncak Perdana

Putra Height

Seksyen 1-3, Shah Alam,

Seksyen 7-9, Shah Alam

Seksyen 11-13, Shah Alam

Seksyen 16, Shah Alam

Seksyen 22, Shah Alam

Seksyen 25 (Axis), Shah Alam

Seksyen 26-28, Shah Alam

Seksyen 32,33, Shah Alam

Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam

Bukit Rimau

Berjaya Park

Johan Setia

Sri Lembayung

Subang Mas

Taman Alam Nyata

Taman AMJ

Taman Cahaya SPK

Taman D'Kayangan

Taman Desa Kemuning

Taman Desa Latania

Taman Kandis Permai

Taman Samarinda

Taman Sentosa

Taman Sunway Suria

Taman Subang Impian Wilayah Petaling

Seluruh USJ Subang Wilayah Kuala Lumpur

Flat DBKL Dato Keramat

Jalan Padang Tembak

Jalan Semarak

Jalan Gurney

Kementah

Pulapol

Wisma Tanah

JUPEM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

FELDA

Pusat Latihan Telekom

Jalan U-Thant

Jalan Ampang Hilir

Taman Pandan Jaya

Taman Cempaka

Taman Bakti

Taman Nirwana

Kampung Pandan Dalam

Taman Cahaya

Pandan Cahaya

Taman Dagang

Taman Shamelin Perkasa

MINDEF

Taman Tenaga

Taman Miharja

Taman Kobena

Desa Pandan

Flat Sri Melaka

Jalan Kent 1 hingga 7

Taman Putra Sulaiman

Taman Pandan Utama

Bandar Sri Permaisuri

Senarai bagi wilayah Hulu Langat tidak disertakan dan juga beberapa kawasan lain yang turut terjejas. - BERNAMA

Mazidul Akmal Sidek Diserang Angin Ahmar



Menerusi akaun Facebook penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, wartawan dan blogger terkenal, Mazidul Akmal Sidek dilaporkan telah diserang angin ahmar, beberapa hari lalu.


Mazidul telah menerima rawatan di pantai Medical Centre dan telah berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara. Namun, difahamkan, sebelum menjalani pembedahan, beliau sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.

Media Hiburan Online mengharapkan agar Mazidul cepat sembuh dan dapat meneruskan tugasnya seperti biasa. - Media Hiburan

BANGGA !!! Filem 'Ribbit' Menang Anugerah Di Kanada



Filem animasi terbitan KRU Movies, 'Ribbit' telah meraih anugerah Filem Keluarga Terbaik di Niagara Integrated Film Festival 2014. Lebih menarik, filem yang memaparkan kisah seekor katak yang mengalami krisis identiti turut membuat tayangan perdana di festival tersebut pada 21 Jun lalu.

Di bawah arahan pengarah Chuck Powers, 'Ribbit' menampilkan beberapa pelakon antarabangsa yang menyumbangkan suara seperti Sean Astin, Tim CUrry, Russel Peters, Cherami Leigh dan ramai lagi.


Bagi yang menantikan untuk menyaksikan kehebatan filem ini, 'Ribbit' akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 4 September depan. Lebih menarik, filem ini diadaptasi ke Bahasa Melayu dengan menggunakan khidmat Mamat Khalid sebagai pengarah serta beberapa pelakon hebat tanah air seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Izzue Islam.

Selain Malaysia, filem ini juga akan ditayangkan di beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika Selatan, Timur Tengah bermula suku keempat tahun ini. - Media Hiburan

BONGKAR !!! Isteri sayangkan Firdaus, tak pernah dera



SHAH ALAM - Bapa tiri kepada remaja malang, Muhammad Firdaus Dullah berkongsi rasa bahawa isterinya itu terlalu menyayangi anak sulungnya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Menurut laporan sebuah portal, lelaki itu yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Abdullah berkata, isterinya yang dikenali pada 2004 itu ada memberitahu bahawa dia mempunyai anak OKU sebelum mereka berkahwin.

“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, ibu Muhammad Firdaus atau dikenali dengan panggilan Lola itu dijadikan isteri keduanya selepas mengenalinya dalam tempoh setahun.

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya," ujarnya lagi.

Malah lelaki itu turut mengakui, jarang pulang ke rumah isteri keduanya kerana perkahwinan dengan Lola dirahsiakan daripada isteri pertama.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.

“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya.


Muhammad Firdaud ditemui pihak Imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Taman Semarak, pada 21 Jun lalu.

Semasa ditermui, remaja berkenaan dilaporkan dalam keadaan lapar, tidak terurus dan dibiarkan bergelumang ditempat yang kotor dan bernajis.

Muhammad Firdaus kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban manakala ibu kandungnya direman polis hingga ke hari ini. - Sinar Harian

GEMPAR !!! Perompak tawar diri jadi kekasih!


Razak terpaksa mengemas kembali barangan di bilik tidur yang berselerak selepas diselongkar perompak.

BANDAR BAHARU – Pelik tapi benar! Detik berhadapan dengan penyamun sepatutnya menjadi saat mendebarkan boleh bertukar menjadi satu koleksi cerita lucu yang mungkin diingati sampai bila-bila.

Situasi itulah yang berlaku kepada seorang gadis apabila seorang daripada empat lelaki yang memecah masuk kediamannya di Kampung Permatang Pasir, awal pagi semalam, menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki.

Gadis dikenali Nurul, 24, penuntut sebuah universiti berkata, lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu mengakui meminatinya dalam diam dan berhasrat untuk menjadikannya teman wanita.

Menurutnya, lelaki itu juga memaklumkan sering memerhatikannya terutama di majlis keramaian yang diadakan di kawasan itu.

“Dalam sibuk mereka cari barang, lelaki itu setia berada dekat dengan saya, dia tak ikat saya, cuma ajak saya berbual-bual, hampir satu jam juga kami berbual.

“Dia juga kata nak jadi rakan dalam Facebook dan mahukan nombor telefon supaya senang untuk berbual nanti. Saya tak dapat kenal siapa mereka, sebab pakai
topeng,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK), Abdul Sukur Ahmad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu dipercayai memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang sebelum mengikat tiga ahli keluarga lain iaitu, kakak, abang ipar dan anak saudara Nurul.

Selain wang ringgit, barang kemas, dua komputer riba, telefon bimbit dan sebuah gitar dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000 turut dilarikan kumpulan itu.


Nurul berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dalam biliknya sebelum dikejutkan dua lembaga hitam yang berdiri di atas katil.

Katanya, tergamam dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali itu, dia cuba menjerit meminta tolong, namun mulutnya segera ditutup.

“Saya disuruh baring atas katil, seorang daripada mereka ada cuba buat sesuatu, namun dihalang seorang lagi rakan.

“Saya rasa mungkin itu ketua kumpulan sebab dia siap bagi amaran akan membelasah  mereka sekiranya saya diapa-apakan,” katanya.

Sementara itu, abang ipar mangsa dikenali Razak, 35, tidak menolak kemungkinan, kumpulan lelaki itu merupakan orang tempatan.

“Saya percaya mereka memecah masuk rumah kami melalui salah satu pintu belakang rumah dan melarikan diri dengan meredah semak-samun di belakang rumah, ini kejadian pertama berlaku di rumah ini.

“Apa-apapun saya bersyukur, semua ahli keluarga selamat walaupun ada antara mereka ugut akan memperkosa adik ipar saya sekiranya melawan,” katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, jurucakap polis ketika ditemui mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Abdul Sukur menegaskan, PSKK menawarkan kesediaan untuk membantu polis dalam mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan Kampung Permatang Pasir terutama pada waktu malam. - Sinar Harian

Wednesday 25 June 2014

Gaji ibu Firdaus RM1,500


Laporan muka depan Sinar Harian, semalam.

TIDAK tahu di mana silapnya, namun penemuan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai Sabtu lalu membuatkan banyak hati tersentuh.

Malah ada menyalahkan pihak tertentu kerana didakwa tidak peka dan prihatin dengan nasib golongan OKU sehingga dibiar hidup dalam derita.

Menurut sumber, ibu Firdaus, Lolanopita, 40, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Bajau dari negeri sama iaitu Dullah Sibil, 53, pada tahun 1995.

Merantau jauh ke Semenanjung dan meneruskan kehidupan sebagai suami isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata istimewa iaitu Firdaus, tetapi jodoh mereka tidak panjang.

Selepas berpisah sejak 14 tahun lalu, difahamkan Dullah meninggal dunia pada 22 Januari 2012.

Berdasarkan sumber, Lolanopita kemudian berkahwin dengan lelaki yang kini berusia 46, di Thailand pada 2006 tetapi kes pendaftaran perkahwinan di Malaysia belum selesai. Difahamkan Lola isteri kedua.

Mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Meneruskan kelangsungan hidup, Lola bekerja di Brahim’s Airline Catering sebagai pekerja penyajian sejak 10 tahun lalu dengan anggaran pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 termasuk elaun.

Ia dianggap cukup untuk menyara dua anaknya.

Namun berdasarkan kenyataan Lola sebelum ini, dia seolah-olah tertekan dengan kesempitan hidup dan kecewa apabila ramai menuduhnya tidak tahu jaga anak.

Dia juga dakwa tidak pernah mendaftar anaknya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya kerana bekerja.

Mujur remaja ini ditemui Jabatan Imigresen yang melakukan operasi memburu pendatang asing tanpa izin, jika tidak, mungkin Firdaus masih terkurung di situ.


Majikan terkejut

Sementara itu, Syarikat  Brahim Airline Catering Sdn Bhd yang juga majikan  Lola,  tidak mempunyai maklumat mengenai ibu mangsa yang mempunyai seorang anak OKU.

Pengurus Kanan Modal Insan, Ahmad Reza Kamaruddin mengesahkan  ibu mangsa tidak membuat pengisytiharan kepada Jabatan Sumber Manusia syarikat  berhubung perkara itu.

“Memang ibu mangsa pekerja syarikat kami. Namun syarikat tidak mempunyai maklumat sehinggalah keluar di media.

“Selepas kes meledak di media, pemeriksaan rekod di Jabatan Sumber Manusia mendapati wanita berkenaan tidak membuat pengisytiharan mengenai anaknya berstatus OKU walaupun ada mendaftar nama Firdaus dalam rekod syarikat,”katanya.

Katanya, jika syarikat  tahu seseorang pekerja mereka ada kesukaran hidup atau masalah berhubung anak-anak, pihaknya akan membantu kerana syarikat sememangnya mempunyai unit khas menjaga kebajikan pekerja sedemikian.

“Ini adalah polisi syarikat kami. Jika kami tahu wanita itu kesusahan seperti yang didakwa, syarikat akan beri bantuan kepada mereka anak beranak,” katanya.

Beliau mengesahkan Lolanopita Sadi  bekerja sebagai pekerja penyajian  di bahagian pastri di syarikat katering yang beroperasi di Sepang. Dia bekerja selama 10 tahun.

Namun pihak syarikat  tidak pernah menerima apa apa maklumat tentang kesempitan hidupnya kerana tidak pernah diceritakan kepada Ketua Jabatannya, kesatuan yang dianggotainya mahupun Jabatan Sumber Manusia.

“Kami terperanjat apabila berita ini gempar di dalam media.

“Dia bekerja di bahagian pengeluaran. Kami adalah syarikat pengeluar makanan. Kami boleh mempertimbangkan untuk memberi segala bantuan yang perlu bagi memastikan pekerja yang menghadapi masalah sedemikian dibantu. Bahkan semua pekerja disediakan makanan percuma setiap hari,” tegasnya. - Sinar Harian

GEMPAR !!! Dukung adik selepas ditinggal di tepi jalan


DUA beradik yang terselamat setelah ditinggalkan di tepi jalan oleh penjenayah yang melarikan kereta ibu mereka di kawasan Puchong, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Jun Tanpa setitis air mata, kanakkanak lelaki ber­usia sembilan tahun yang baru di­ugut bunuh oleh seorang penjenayah yang melarikan kereta ibunya hari ini, tabah berdiri sambil mendukung adiknya berusia empat bulan di tepi jalan selepas ditinggalkan.

Dalam kejadian kirakira pukul 7.15 pagi itu, keduadua beradik itu ditinggalkan di kawasan perindustrian Puchong dekat sini, kirakira lima kilometer dari lokasi kereta ibu mereka dilarikan penjenayah tersebut di Jalan Dahlia, Puchong Perdana.

"Nak turun, atau kau dan adik kau aku bunuh." Itulah ugutan penjenayah berpakaian seragam sekolah menengah tersebut sambil mengacukan pisau ke leher kanakkanak ber­kenaan, yang turut dilarikan bersama kereta Proton Gen 2 biru tersebut.

Perasaan kasih dan sayang me­nebal kanakkanak itu terhadap adik­nya, membuatkan dia memilih untuk turun dari kereta tersebut.

Selama dalam ‘tebusan’ penje­na­yah tersebut di dalam kereta itu, kanakkanak itu memeluk erat adiknya. Setelah turun, walaupun dalam keadaan masih ketakutan dan terpingapinga, anak kecil itu terus mendakap dan mendukung adiknya sambil berdiri di tepi jalan untuk mengharapkan bantuan.

Mujurlah, 10 minit kemudian seorang pekerja kilang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu berhenti dan menyapa mangsa. Lelaki itu berbuat demikian kerana berasa aneh melihat seorang kanak kanak kecil lelaki berdiri di tepi jalan sambil mendukung bayi.


Berpandukan buku tulis di dalam beg sekolah yang digalas mangsa, lelaki itu membantu menghantar mereka ke Sekolah Kelas AlQuran dan Fardu Ain (KAFA) Intergrasi Madrasatul Ikhwan, Puchong di mana ibunya mengajar kirakira pukul 7.35 pagi.

Terdahulu, suspek mengambil kesempatan melarikan kereta tersebut yang ditinggalkan tanpa dimatikan enjinnya oleh ibu mangsa, Karni Yurtini Ishak,35, yang menghantar dua anaknya yang lain masuk ke dalam rumah seorang pengasuh di Jalan Dahlia pada kirakira pukul 7.10 pagi.

Sementara itu, sejurus keduadua anaknya dihantar oleh lelaki itu, ibu mangsa yang berada di sekolah tersebut bersama suaminya, Mohd. Rashid Drahman, 37, ke Balai Polis Bukit Puchong untuk membuat laporan.

Ketika ditemui pemberita, Karni Yurtini berkata, walaupun masih trauma dengan kejadian, beliau dan suaminya bersyukur dua anak lelaki­nya itu selamat.

Menceritakan semula kejadian, wanita itu memberitahu, sebaik sahaja menyedari keretanya dilarikan, dia berlari keluar dari rumah pengasuh dan terus mengejar kenderaan itu sambil meminta tolong kerana dua anaknya berada di dalamnya.

"Saya kejar sehingga ke Sekolah KAFA Intergrasi Madrasatul Ikhwan iaitu kirakira satu kilometer. Saya gagal menahan penjenayah tersebut kerana dia memecut kereta dengan laju. Saya hanya mampu menangis sambil meminta bantuan guruguru dan pengawal di sekolah.

"Alhamdulillah, setengah jam kemudian seorang lelaki datang ke sekolah ini membawa dua anak saya," katanya. - Utusan

Tuesday 10 June 2014

1MWER ::: PENGALAMAN BERHARGA


TIGA ahli ekspedisi 1MWER 2013, Rosmadi Saad (kiri), Zamri Mohamed (tengah) dan Mohd. Faizal Sukree di Vancouver, Kanada, Rabu lalu.

SETELAH mengharungi perjalanan sejauh 55,883 kilometer merentasi 38 buah negara dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ahli ekspedisi '1Malaysia World Endurance Ride 2013' (1MWER 2013) berjaya menamatkan cabaran mereka.

Membawa mesej 'Pergerakan Kesederhanaan Global' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta memperkenalkan Malaysia, mereka tiba di Vancouver pada Rabu lalu setelah menyeberangi sempadan Peach Arch di Kanada dari Washington, Amerika Syarikat.


Ekspedisi selama 554 hari bermula dari hujung Asia ke Ushuaia di Argentina itu bukan setakat mencapai matlamatnya tetapi turut memberi pengalaman pembelajaran yang sangat berharga, menurut ketua ekspedisi, Datuk Zamri Mohamed.

Mereka dijangka tiba di Singapura pada 17 Jun ini, menyeberangi Tambak Johor menuju Johor Baharu dan akan disambut di Melaka Negeri Bersejarah pada 21 Jun ini sekali gus menandakan pencapaian mereka dalam satu perjalanan bersejarah. - Utusan 

1MWER kini di Vancouver, Kanada



KUALA LUMPUR 5 Jun - Pasukan kembara lasak bermotosikal terkemuka negara, 1Malaysia World Endurance Ride (1MWER) berjaya tiba di Vancouver, Kanada, sebentar tadi.

Ketua 1MWER, Datuk Zamri Mohamed, 50, berkata, perjalanan mereka dari California ke Kanada bermula pada Sabtu lalu merentasi San Francissco dan Seattle.

"Amat bersyukur kerana 1MWER telah selamat sampai di Vancouver, Kanada sebentar tadi. Negara kedua terakhir sebelum Singapura.


"Terima Kasih di atas segala sokongan dan doa daripada anda semua selama ini, syukur Alhamdulillah," katanya melalui status laman sosial Facebook.

Kanada merupakan negara ke 40 dijelajahi 1MWER yang memulakan perjalanan dari ibu negara dalam misi mengelilingi dunia pada Jun tahun lalu.

Bergantung kepada perkembangan semasa, 1MWER dijangka menaiki penerbangan ke Singapura pertengahan bulan ini sebelum menunggang ke ibu negara. - UTUSAN ONLINE

Friday 6 June 2014

JPJ lelong motosikal sita


Antara motosikal yang akan dilelong pada 18 Jun ini di Kompleks JPJ Seremban.

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan lelongan awam kenderaan sita, pada 18 Jun ini.

Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, lelongan bermula 9 pagi di Dewan Melati Kompleks JPJ Seremban itu menyaksikan tidak kurang 51 motosikal bakal dilelong, sebahagian besarnya masih boleh dilesenkan.

“Kenderaan ini telah dilucutkan hak melalui perintah mahkamah dan pembida yang berjaya akan memperoleh hak milik penuh ke atas kenderaan tersebut," katanya.


Beliau bagaimanapun berkata, hanya mereka yang telah membeli dokumen penjualan lelong saja layak dan dibenarkan mengambil bahagian dalam penjualan tersebut.

“Dokumen Penjualan Lelong boleh dibeli pada 16 dan 17 Jun ini di Kaunter 39 Pejabat JPJ Seremban dengan harga RM50 senaskhah, manakala kenderaan yang dilelong boleh dilihat di stor simpanan kenderaan sita di pejabat berkenaan pada hari sama bermula 9 pagi hingga 4 petang.

“Mutu atau keadaan kenderaan motor dilelong bagaimanapun tidak dijamin kerajaaan dan ia akan berada dalam keadaan seperti semasa penjualan lelong,” katanya dalam satu kenyataan diserahkan kepada Sinar Harian di sini, semalam. - Sinar Harian

GEMPAR !!! Dengar orang mengaji tengah laut


Che Wan Mohd Razi (tengah) dipeluk erat dua anaknya, Che Wan Norazilah, 19, yang juga atlet Sukma dan Che Wan Mohd Saiful Amin, 20, sebaik bapa mereka tiba di pekarangan rumah di Tanjung Pagar, petang semalam.

DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus  berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH,” kata Che Wan Mohd Razi Che Wan De, 48.

Che Wan Mohd Razi adalah seorang daripada tiga nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda dinaiki mereka dihanyutkan arus sebaik dilanggar kapal besar ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada 26 Mei lalu.

Menceritakan kembali detik sebelum tragedi, Che Wan Mohd Razi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam pada hari ketiga mereka berada di laut untuk menangkap ikan.

Menurutnya, ketika itu botnya sedang berlabuh di perairan Kerteh sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah bot pukat tunda besar dipercayai berpangkalan di Kuantan, Pahang menyebabkan botnya terhuyung-hayang lalu mengambil keputusan memotong sauh bagi mengelakkan bot karam.

"Selepas perlanggaran itu, saya cuba hidupkan enjin bot untuk pulang ke pangkalan, tapi gagal kerana masalah bateri.

"Walaupun ketika itu baru dapat satu bakul hasil tangkapan, kami terpaksa batalkan niat menangkap ikan setelah bot rosak," katanya.

Bot yang berpangkalan di jeti Nibong Bawah, Dungun itu akhirnya secara perlahan-lahan dihanyutkan arus ke tengah laut sehingga masuk hari kelima.


Tidak putus berdoa

Kata Che Mohd Wan Razi, sepanjang tempoh berkenaan, mereka tidak putus berdoa agar muncul bot lain bagi memberikan bantuan, selain berusaha memberikan isyarat melalui pelbagai cara termasuk menyalakan lampu suluh dan melaung sekuat hati, namun semuanya hampa.

Dia juga cuba menghubungi keluarga dan rakan lain melalui telefon bimbit, bagaimanapun tiada isyarat talian.

"Kami hanya bertemankan lampu suluh setelah lampu bot gagal dinyalakan kerana masalah bateri.

“Dalam keadaan seperti itu, kami juga terpaksa makan secara berjimat untuk mengelakkan makanan habis,” katanya.

Menurutnya, dia dan dua lagi rakannya berjaga secara bergilir untuk memberikan isyarat setiap kali ternampak bot yang melintas, namun semuanya hampa kerana isyarat yang diberikan melalui cahaya lampu suluh gagal dilihat.

Katanya, dalam masa tiga jam, bot mereka dihanyutkan kira-kira dua batu nautika ke tengah lautan dan dalam masa lima hari, bot sudah hanyut kira-kira 18  batu nautika dari lokasi pertama sauh putus.


Hati berasa sayu

“Saya tak takut mati, cuma hati rasa sayu melihat kejadian Tuhan, malah merasakan apa yang berlaku seolah-olah satu cerita.

“Dalam situasi itu, saya terus berdoa sehinggalah saya berjaya ditemui,” kata tekong bot itu.

Bagaimanapun Che Wan Mohd Razi berkata, saat paling menyentuh perasaannya ketika berada di tengah lautan apabila dia tiba-tiba terdengar suara orang mengaji al-Quran sebaik masuk waktu Subuh pada hari ke tujuh dan hari terakhir sebelum botnya ditemui.

Katanya, ketika itu, hatinya tiba-tiba berasa sayu, apatah lagi melihat kebesaran Tuhan dengan lautan yang meluas dan jarak lokasi ketika itu kira-kira 90 batu nautika dari perairan Seberang Takir Kuala Terengganu dan 20  batu nautika dari sempadan perairan Laos.

Di saat itulah, dia berdoa sekali lagi agar ditunjukkan jalan keluar menemui daratan sebelum botnya ditemui kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, oleh sebuah bot tempatan yang keluar untuk memancing ikan.

“Sebaik ternampak bot itu, kami melambaikan tangan. Bot kami kemudian ditunda hingga ke jeti Seberang Takir sebelum pulang ke sini (Dungun),” katanya.


Isteri bersyukur suami selamat

Isteri Che Wan Mohd Razi, Azizah Mohamed Abdullah, 43, berkata, dia tidak dapat meluahkan perasaan gembiranya, selain bersyukur kepada Tuhan kerana suaminya berjaya diselamatkan selepas 10 hari hilang di laut.

Katanya, dia menerima berita gembira itu kira-kira jam 5.30 pagi semalam sebaik suaminya sampai di jeti Seberang Takir.

“Akhirnya Tuhan makbulkan doa saya selepas masuk hari kesebelas dia hilang. Saya bersyukur pada Tuhan kerana dia selamat dan dapat meneruskan kehidupan bersama kami,” katanya.

Azizah berkata, walaupun tragedi itu menimpa suaminya, dia tidak akan menghalang suaminya untuk terus menjadi nelayan kerana hanya itu sumber pendapatan  mereka sekeluarga.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ahmad Che Ngah, 39, berkata, dia bersyukur kerana berjaya kembali ke pangkuan keluarga selepas 10 hari hanyut di tengah lautan.

Katanya, pengalaman berada di tengah laut dalam situasi mencemaskan itu paling bermakna baginya sepanjang menjadi nelayan.


Operasi mencari dihentikan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Ahmad Zailani Yaacub berkata, berikutan penemuan tiga nelayan hilang itu, operasi mencari dihentikan serta-merta dan pihaknya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang menziarahi ketiga-tiga mangsa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menjejaki tiga nelayan hilang itu.

Wan Hassan yang turut menganjurkan solat hajat berkata, semua pihak harus mengambil iktibar daripada kejadian itu dan sentiasa berserah kepada ALLAH SWT setiap kali ditimpa musibah.

Hadir sama menziarahi mangsa ialah Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Pengerusi Penyelaras Dun Sura yang juga Pengerusi JKKK Tanjung Pagar, Azmi Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mat Yassim Mohamed.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Che Wan Mohd Radzi bersama dua awak-awak, Wan Kamarudin Wan Ali, 52 dan Ahmad Che Ngah dilaporkan hilang setelah keluar menangkap ikan di Perairan Pulau Tenggol, Dungun pada 26 Mei lalu.

Bagaimanapun selepas 10 hari dihanyutkan di tengah laut, mereka berjaya diselamatkan nelayan tempatan kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, sebelum bot mereka ditunda dan tiba di jeti Seberang Takir, jam 5.30 pagi semalam. - Sinar Harian

Henti monopoli kandungan TV


Sreedhar (kiri) dan Mohd Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

PENYEDIA  perkhidmatan rangkaian televisyen kabel Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABNxcess) menggesa campur tangan kerajaan dalam menghapuskan perjanjian eksklusif yang mengehadkan siaran kandungan penting televisyen seperti saluran pendidikan, dokumentari dan sukan kepada hanya sebuah stesen televisyen berbayar.

Perjanjian eksklusif ialah persetujuan antara stesen televisyen berbayar dengan pembekal kandungan yang menghalang kandungan itu dijual kepada stesen televisyen lain selama beberapa tahun, mengikut tempoh dipersetujui.

Ketua Pegawai Eksekutif ABNxcess Sreedhar Subramaniam berkata, campur tangan itu perlu bagi mengimbangi industri itu dengan pembangunan negara bagi menghasilkan masyarakat berasaskan pengetahuan.

“Sebagai pemegang lesen, kami (pengendali stesen televisyen) boleh diberitahu (oleh kerajaan) jika kami melakukan aktiviti yang mengurangkan persaingan (dalam pasaran).

“Kami boleh diberitahu yang walaupun kami bebas lakukan pelbagai perkara, ada perkara yang perlu dielakkan untuk kepentingan negara,” katanya dalam sidang media sempena tahun pertama operasi ABNxcess di Kuala Lumpur, semalam.

Sreedhar berkata, ABNxcess mempunyai matlamat memastikan kandungan televisyen termasuk pendidikan, dokumentari, berita dan program agama boleh diakses oleh rakyat dengan harga rendah.

Menurutnya, negara yang mengamalkan pasaran bebas seperti Amerika Syarikat turut mengenakan kawalan dalam industri televisyen berbayar mereka untuk mengelakkan monopoli kandungan.


Beliau berkata, ABNxcess bertemu kerajaan melalui beberapa platform berhubung isu itu dan kerajaan difahamkan sedang mengkaji perkara itu.

“Tentu sekali sebelum ini kerajaan pernah mengarahkan beberapa program (televisyen) disiarkan di beberapa platform berbeza tetapi kami cadangkan ia tidak hanya terhad kepada acara sukan sahaja,” katanya.

Menyentuh pelan perniagaan ABNxcess, Sreedhar berkata, syarikat itu menyasarkan 100,000 pelanggan sehingga akhir tahun ini, selain pelaburan RM2 bilion untuk menyediakan rangkaian kabelnya ke lima juta rumah di seluruh Malaysia menjelang 2017.

Menurutnya pada masa ini, perkhidmatan ABNxcess yang menawarkan siaran televisyen digital dan internet berkelajuan tinggi boleh didapati di beberapa kawasan di Lembah Klang, Johor Bahru, dan Kajang sebelum dikembangkan ke Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi ABNcxess Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, dengan pengenalan Akta Persaingan yang dikuatkuasakan pada 2012, kerajaan dan pemain industri perlu melihat untuk memberikan akses kandungan televisyen kepada semua
orang berbanding sistem monopoli.

“Kami mencadangkan tapak persaingan yang lebih adil. Mengambil semangat Akta Persaingan, kita tidak patut menggalakkan eksklusiviti dan monopoli kandungan,” katanya. - Sinar Harian

Thursday 5 June 2014

Dr M ::: JAIS tak patut serbu majlis kahwin


Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Syarahan Perdana Presiden UIAM bertajuk "Contemporary Islamic Lifestyle:Fitting in or Taking the Lead" di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

GOMBAK - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, sebagai pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang berhak menyiasat agama seseorang, tetapi tidak patut menyerbu majlis perkahwinannya.

Sejajar dengan itu, beliau menyarankan Jais merujuk kepada al-Quran kerana di dalam kitab suci itu terdapat banyak larangan berhubung tindakan terhadap seseorang yang tidak mengaku beragama Islam.
 
"Kamu (Jais) boleh menyiasat, tapi tidak boleh menghalang orang berkahwin. Apabila kamu menghormati agama orang lain, orang agama lain juga akan menghormati kamu.
 
"Saya ingin mencadangkan supaya mereka (Jais) kembali kepada al-Quran dan tidak membuat tafsiran sendiri (mengenai ayat al-Quran)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Contemporary Islamic Lifestyle: Fitting In or Taking the Lead' dalam Siri Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

 
Bekas perdana menteri itu berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai tindakan Jais menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya, Selangor Ahad lepas.
 
Jais mendakwa pengantin perempuan dalam upacara itu beragama Islam, tetapi wanita berkenaan menafikannya dan berkata bapanya menukar agamanya kepada Islam tanpa pengetahuan keluarganya. - Bernama

ZALIM !!! Lelaki humban bayi dalam gaung


Suspek membawa polis ke dalam gaung, lokasi bayi malang tersebut dihumban.

SHAH ALAM – Seorang lelaki bertindak kejam menghumban bayi berusia enam bulan, anak kepada seorang pekerjanya ke dalam gaung di kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands.

Mayat bayi berkenaan dibungkus di dalam plastik dan disumbat ke dalam beg pakaian, sebelum dihumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter itu oleh suspek yang difahamkan bimbang bayi hasil hubungan sulit pekerjanya itu diketahui orang lain.

Bagaimanapun perbuatan lelaki itu yang merupakan seorang ejen pembantu rumah terbongkar setelah ibu bayi berkenaan yang berusia 33 tahun membuat laporan di Balai Polis Kota Kemuning.

Menurut sumber, penemuan mayat bayi kira-kira jam 11 pagi itu selepas seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sebagai suspek, ditangkap.

Kata sumber tersebut, lelaki itu mendakwa, bayi berkenaan dipercayai anak kepada salah seorang pembantu rumahnya dan berdasarkan keterangan suspek, bayi itu mati di sebuah asrama pekerjanya di Kota Kemuning, di sini, Sabtu lalu.


Difahamkan pembantu rumah berkenaan dipercayai mengandung akibat dirogol oleh salah seorang bekas majikannya tahun lalu.

“Suspek bersama isterinya lari sebelum mendaftar masuk di sebuah hotel di Cheras selepas kejadian itu.

Suspek bersama isterinya kemudian berjaya ditahan, di sini, kelmarin.

"Suspek direman sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan," kata sumber.

Sementara itu,  pasukan forensik terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mayat bayi tersebut ekoran kedudukan lokasi gaung yang curam dan cuaca lembab. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, difahamkan pembantu rumah berkenaan ketika disoal siasat mendakwa dia dan rakan-rakannya dipaksa bekerja tanpa permit dan tidak pernah  dibayar gaji.

“Bertindak atas maklumat, Isnin lalu pasukan polis berjaya menyelamatkan enam pekerja asing. Ejen itu juga dipercayai menawarkan perkhidmatan pembantu  rumah jangka  pendek.

“Pekerjanya  juga dipercayai telah dieksploitasi secara seksual oleh majikan dan ejen itu. Siasatan awal mendapati tiga rumah yang dipercayai digunakan untuk mengurung semua pekerja itu,” kata sumber itu lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Sinar Harian

GEMPAR !!! Pelayar Britain dakwa nampak MH370



PHUKET - THAILAND. Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat MH370.

Katherine Tee, 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.

Menurutnya ketika kejadian, suaminya Marc Horn, 50 bersama beberapa krew sedang tidur di bawah dek kapal dan dia sedang melakukan pemantauan di waktu malam .

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."

Tambahnya, dia dapat melihat garis asap hitam  yang terhasil dari belakang pesawat terbabit di sepanjang laluan kapal terbang di udara.

“Sekurang-kurangnya ada dua pesawat terbang melalui ruang udara dari arah bertentangan pada masa itu, saya fikir mungkin pesawat lain mungkin melihat kebakaran yang terjadi pada badan pesawat tersebut dan melaporkannya serta-merta,” jelasnya.


Tee yang agak tergamam dengan cahaya api tersebut kemudiannya beranggapan mungkin ianya cahaya dari meteor.

“Saya masih ingat pesawat itu datang dari arah utara dan meluncur terbang dengan api marak pada badan pesawat menuju ke arah selatan,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, sebaik sahaja berita kehilangan MH370 kedengaran melalui radio kapal, Tee dan suaminya mula menyemak semula log perjalanan mereka.

Pasangan tersebut kemudiannya mula menyedari kemungkinan objek terbakar yang terbang di ruang udara merupakan pesawat MH370.

“Kami melihat semula data perjalanan yang telah kami rekodkan sejak awal dan salah satu laluan laut yang kami lalui hampir sama dengan laluan udara di mana pesawat tersebut dilaporkan hilang,” kata Tee.

Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. - Sinar Harian