DUA beradik yang terselamat setelah ditinggalkan di tepi jalan oleh penjenayah yang melarikan kereta ibu mereka di kawasan Puchong, semalam.
KUALA LUMPUR 24 Jun Tanpa setitis air mata, kanakkanak lelaki berusia sembilan tahun yang baru diugut bunuh oleh seorang penjenayah yang melarikan kereta ibunya hari ini, tabah berdiri sambil mendukung adiknya berusia empat bulan di tepi jalan selepas ditinggalkan.
Dalam kejadian kirakira pukul 7.15 pagi itu, keduadua beradik itu ditinggalkan di kawasan perindustrian Puchong dekat sini, kirakira lima kilometer dari lokasi kereta ibu mereka dilarikan penjenayah tersebut di Jalan Dahlia, Puchong Perdana.
"Nak turun, atau kau dan adik kau aku bunuh." Itulah ugutan penjenayah berpakaian seragam sekolah menengah tersebut sambil mengacukan pisau ke leher kanakkanak berkenaan, yang turut dilarikan bersama kereta Proton Gen 2 biru tersebut.
Perasaan kasih dan sayang menebal kanakkanak itu terhadap adiknya, membuatkan dia memilih untuk turun dari kereta tersebut.
Selama dalam tebusan penjenayah tersebut di dalam kereta itu, kanakkanak itu memeluk erat adiknya. Setelah turun, walaupun dalam keadaan masih ketakutan dan terpingapinga, anak kecil itu terus mendakap dan mendukung adiknya sambil berdiri di tepi jalan untuk mengharapkan bantuan.
Mujurlah, 10 minit kemudian seorang pekerja kilang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu berhenti dan menyapa mangsa. Lelaki itu berbuat demikian kerana berasa aneh melihat seorang kanak kanak kecil lelaki berdiri di tepi jalan sambil mendukung bayi.
Berpandukan buku tulis di dalam beg sekolah yang digalas mangsa, lelaki itu membantu menghantar mereka ke Sekolah Kelas AlQuran dan Fardu Ain (KAFA) Intergrasi Madrasatul Ikhwan, Puchong di mana ibunya mengajar kirakira pukul 7.35 pagi.
Terdahulu, suspek mengambil kesempatan melarikan kereta tersebut yang ditinggalkan tanpa dimatikan enjinnya oleh ibu mangsa, Karni Yurtini Ishak,35, yang menghantar dua anaknya yang lain masuk ke dalam rumah seorang pengasuh di Jalan Dahlia pada kirakira pukul 7.10 pagi.
Sementara itu, sejurus keduadua anaknya dihantar oleh lelaki itu, ibu mangsa yang berada di sekolah tersebut bersama suaminya, Mohd. Rashid Drahman, 37, ke Balai Polis Bukit Puchong untuk membuat laporan.
Ketika ditemui pemberita, Karni Yurtini berkata, walaupun masih trauma dengan kejadian, beliau dan suaminya bersyukur dua anak lelakinya itu selamat.
Menceritakan semula kejadian, wanita itu memberitahu, sebaik sahaja menyedari keretanya dilarikan, dia berlari keluar dari rumah pengasuh dan terus mengejar kenderaan itu sambil meminta tolong kerana dua anaknya berada di dalamnya.
"Saya kejar sehingga ke Sekolah KAFA Intergrasi Madrasatul Ikhwan iaitu kirakira satu kilometer. Saya gagal menahan penjenayah tersebut kerana dia memecut kereta dengan laju. Saya hanya mampu menangis sambil meminta bantuan guruguru dan pengawal di sekolah.
"Alhamdulillah, setengah jam kemudian seorang lelaki datang ke sekolah ini membawa dua anak saya," katanya. - Utusan