Sunday, 9 March 2014

MH370 ::: Misteri belum terjawab

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG pengarang@utusan.com.my Gambar anak kapal pesawat MH370 yang terputus hubungan dengan menara kawalan awal pagi semalam (dari kiri atas) Zaharie Ahmad Shah (Kapten), Fariq Ab. Hamid (Pembantu), (bawah dari kiri) Goh Sock Lay (Ketua pramugari), Andrew Nari (Ketua pramugara) PUTRAJAYA 8 Mac - Industri penerbangan Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang...

MH370 belum dapat dikesan

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tiga, kanan) pada sidang akhbar mengenai Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan terhempas ke laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam di Hotel Sama-Sama KLIA, semalam. SEPANG 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines yang dilapor hilang masih diteruskan dengan setakat ini masih belum ada sebarang tanda penemuan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin...

Pasport curi dua individu diguna penumpang pesawat MH370

VIENNA/ROM 9 Mac - Dua individu masing-masing dari Itali dan Austria yang tersenarai sebagai mangsa yang menaiki pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang didapati hilang di Laut China Selatan awal hari ini, dipercayai masih hidup dan tidak menaiki pesawat berkenaan. Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, tiada rakyatnya menaiki pesawat itu, sebaliknya Luigi Maraldi, 37, disahkan tidak berada di dalam jet penumpang tersebut seperti disenaraikan oleh syarikat penerbangan berkenaan. Sebuah akhbar Itali, Corriere Della melaporkan bahawa...