Wednesday, 12 February 2014

Mayat pun tak selamat lagi

FARUSH KHAN 12 Februari 2014 NAMPAKNYA sekarang seolah-olah tidak ada tempat, benda dan bidang yang selamat. Di kawasan perumahan saya di Shah Alam, hampir 20 kes pecah rumah, kecurian dan ragut berlaku dalam tempoh dua bulan tahun lalu. Tapi syukur, setelah penduduk mula buat rondaan secara sukarela dan polis membuat rondaan lebih kerap, kegiatan jenayah sudah berkurangan. Rumah rakan saya di Kulim masih terus jadi tarikan pencuri.Sejak dia tinggal di rumah teres dua tingkat itu lapan tahun lalu, pencuri sudah masuk tidak kurang 16...

Rakam anak tengah mandi

WARTAWAN SINAR HARIAN 12 Februari 2014 Tertuduh melarikan diri bagi mengelakkan gambarnya dirakam media. AYER KEROH - Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah. Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas mengangguk...

Balasan amal dosa

Oleh Nazdy Harun Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun. Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan...

Tidak izin pokok petai ditebang

WARTAWAN SINAR HARIAN 12 Februari 2014 Penduduk membuat bantahan menghalang tindakan mana-mana pihak yang mahu menebang pokok petai berkenaan. PASIR MAS - “Kami sama sekali tidak akan membenarkan pokok petai ini ditebang,” tegas penduduk Kampung Binjai, Bunut Susu, di sini. Ia berikutan pihak berkuasa tempatan (PBT) datang untuk menebang pokok yang didakwa mengeluarkan bunyi kanak-kanak menangis dan mengeluarkan air seakan-akan air mata,...

Polemik hukum pelaburan ASB

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI 12 Februari 2014 SUDAH beberapa kali saya menulis artikel dan meletakkan status di Facebook mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN). Namun masih ramai yang bertanyakan penulis perihal status hukum pelaburan ASB dan ASN ini, memandangkan topik ini antara yang terhangat dibahaskan di alam siber. Pertamanya perlu disebutkan bahawa penulis bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa. Sebagai orang awam kita harus sentiasa hormat kepada pihak yang diamanahkan kerajaan,...

Irfan angkat sumpah al-Quran

MOHD FIRDAUS YON 11 Februari 2014 JOHOR BAHRU - Pemain T-Team, Irfan Abdul Ghani, 25, hari ini mengangkat sumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan segala kenyataan yang dibuatnya adalah benar. Perakuan sumpah itu dibuat Irfan sambil memegang al-Quran dengan disaksikan sekumpulan wartawan serta jurugambar di sebuah restoran di sini. Minggu lalu, dalam sidang media yang dibuat selepas memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

'Mereka dera kakak saya'

SYAIRI SHAARI 12 Februari 2014 Mangsa tidak mahu lagi pulang ke pusat jagaan selepas dakwa didera penjaga. SHAH ALAM – “Saya kesal apabila kakak saya diperlakukan tanpa belas kasihan sedangkan dia hanya memerlukan perhatian yang lebih,” luah Zaidatul Haslinda Mohamad Arif, ketika menceritakan keadaan kakaknya yang didakwa didera oleh sebuah pusat jagaan di Rawang. Menurut  Zaidatul, kakaknya  yang berusia 38 tahun, juga orang kurang...

Azizul, Shalwati sedia pertahan diri

NORUTUL ILHAM MAD JARI 12 Februari 2014 Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem. SHAH ALAM - Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal yang didakwa atas tuduhan mendera dan memukul keempat-empat anak mereka bersedia untuk pertahankan diri di mahkamah. Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pasangan itu bersedia pertahankan diri mereka kerana dakwaan yang...

'Saya bodoh kerana percaya dia'

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN 11 Februari 2014 Normaliah memasuki kamar mahkamah untuk memberi keterangan. SHAH ALAM - "Saya bodoh kerana mempercayainya," kata Normaliah Mahmood, sambil menangis di dalam kandang saksi, hari ini semasa perbicaraan kes bunuh anaknya, Zara Eleena, 23, dan suaminya, Omar Peter Abdullah, 56. Normaliah Mahmood, 53, yang menjadi saksi pendakwaan keempat itu memberitahu Mahkamah Tinggi, tertuduh, Shah atau...

'Saya cuba lawan ketika payudara diseterika'

11 Februari 2014 KUALA LUMPUR - Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia cuba melawan apabila majikannya, Yim Pek Ha meletakkan seterika panas pada payudaranya, 10 tahun lepas.   Nirmala, 29, berkata demikian ketika disoal peguam Chan Vy Sing, yang mewakili Yim dan suaminya, Hii Ik Tiing dalam perbicaraan hari kedua kes saman yang difailkan terhadap mereka kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas.   Nirmala berkata dia juga sempat memegang tangan...

Jangan keluar jika abu gunung berapi melanda

11 Februari 2014 KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah dan menutup semua pintu dan tingkap jika abu dari letupan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara terbang ke arah Malaysia.   Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar.   "Kanak-kanak, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengelak atau mengurangkan aktiviti luar...