Akhirnya terjawab sudah segala persoalan yang bermain di minda para pengikut kisah Hanez Suraya dan kekasihnya yang kononnya duda beranak dua. Hari ini menerusi BiPop, isteri (Liyana Manan) kepada si lelaki yang dikenali sebagai “Mr. R” tampil memberikan kenyataan untuk tatapan semua pihak. Memang mengejutkan. Abang Nara terkesima membaca luahan hati Liyana Manan.
Tak dapat Abang Nara bayangkan betapa sedihnya, hancurnya dan remuknya perasaan Liyana Manan setiap kali membaca kata-kata Hanez Suraya mengenai percintaannya dengan si lelaki yang masih bergelar suaminya. Tahap kesabaran Liyana Manan tercabar apabila Hanez Suraya berkongsi gambarnya dengan anak-anak Liyana. Menariknya menurut Liyana, Hanez dan suaminya saling mengenali antara sama lain sejak 8 bulan lalu sementara rumahtangga mereka mula berantakan sejak 6 bulan. Kata Liyana Manan:-
Tak dapat Abang Nara bayangkan betapa sedihnya, hancurnya dan remuknya perasaan Liyana Manan setiap kali membaca kata-kata Hanez Suraya mengenai percintaannya dengan si lelaki yang masih bergelar suaminya. Tahap kesabaran Liyana Manan tercabar apabila Hanez Suraya berkongsi gambarnya dengan anak-anak Liyana. Menariknya menurut Liyana, Hanez dan suaminya saling mengenali antara sama lain sejak 8 bulan lalu sementara rumahtangga mereka mula berantakan sejak 6 bulan. Kata Liyana Manan:-
Selama hari ini, saya mendiamkan diri dan memendam rasa biarpun mengetahui suami menjalin hubungan cinta dengan Hanez. Saya tidak terfikir untuk menganggu Hanez, apatah lagi menyerangnya. Apa saja kenyataan dikeluarkan Hanez, saya baca dan pendam saja dalam hati.Bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. Apa tujuannya mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumah tangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup-cukuplah maruah saya disiat-siat.Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah, tapi apa yang dapat saya katakan, konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkah hubungan sejak 8 bulan lalu, itu pengakuan Hanez sedangkan rumah tangga kami berantakan baru saja 6 bulan. Bermakna rumah tangga kami jadi lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya. Sebelum ini
Liyana Manan terus menjelaskan bagaimana suaminya mula berubah sikap, sering menuduh dan memaki dirinya. Menurut Liyana, suaminya itu pergi tandas pun masih membawa telefon bimbit. Kata Liyana Manan:-
Sebelum ini saya hanya dpat mengagak suami menjalinkan hubungan dengan wanita lain apabila suami bersikap dingin. Sikap peliknya membuatkan saya dapat mengagak sesuatu, gerak hati isteri selalunya benar. Sampaikan masuk tandas pun masih membawa telefon bimbit, jadi faham-faham sendirilah.Suami juga selalu mencari pasal dan menuduh saya bukan-bukan sehingga mencetuskan perang besar. Pulang lewat jangan cakaplah, tapi masih bersabar. Kami berpisah bilik tidur dan akhirnya, saya tidak tahan dan ambil keputusan pulang ke rumah ibu saya pada September, tahun lalu.Saya terseksa apabila seing dimaki hamun sehingga kami tidak bertegur sapa dan hidup sebumbung bagaikan orang asing. Dia tidak lagi menghargai saya sebagai isterinya dan martabat saya sebagai isteri dipijak-pijak, jadi lebih baik saya keluar rumah.Anak pertama bersama suami, manakala anak kedua tinggal dengan saya. Bagaimanapun saya tidak dilepaskan sehingga hari ini. Saya sudah memfailkan permohonan cerai pada Oktober tahun lalu dan kes masih dalam sebutan.
Isteri Mr. R turut melahirkan kesedihannya dengan sikap Hanez yang tidak faham hati dan perasaan wanita lain. Tambah Liyana Manan lagi:-
Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Hanez seolah-olah mencabar saya, tapi itu semua saya masih boleh bersabar lagi. Tapi saya amat kecewa apabila Hanez memuat turun gambar dengan anak-anak saya dalam laman IG. Saya malu apabila teman dan sanak saudara bertalu-talu bertanyakan kisah rumah tangga saya.Saya jadi tertekan sejak gambar anak-anak saya dikeluarkan, sampaikan bekerja pun dalam keadaan tidak senang hati. Saya ibu mereka, dalam masa sama, saya masih isteri Mr. R, cukup baik saya tidak menyerangnya. Saya ada nombor telefon Hanez tapi saya tidak pernah menganggunnya walaupun dia menjadi penyebab keruntuhan rumahtangga saya.Kenapa wanita seperti Hanez tidak faham hati dan perasaan wanita lain? Kenapa nak bersikap keterlaluan sedangkan hakikatnya Hanez tahu Mr. R masih belum menceraikan isterinya. Hormatilah perasaan orang lain.
Sedih kan? Susah Abang Nara nak cakap namun rasanya ramai pembaca BeautifulNara terutamanya yang wanita memahami perasaan Liyana Manan. Mana hati tidak sedih suami dirampas wanita lain. Mana tak kecewa apabila perkahwinan yang dibina hancur kerana orang lain. Nantikan sebentar lagi Abang Nara akan kongsikan pendedahan Liyana Manan mengenai percutian suaminya dan Hanez Suraya ke Bangkok. Kredit gambar RotiKaya.