Friday, 14 March 2014

GEMPAR!!! Kerajaan tak hantar bomoh kesan MH370

JAMILAH HAMZAH
13 Mac 2014



bomoh

SHAH ALAM - Susulan kehadiran bomoh di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kononnya mampu mengesan pesawat MAS yang hilang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perkara itu tidak melibatkan usaha kerajaan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.

"Tidak, kerajaan tidak mempelawa bomoh untuk membantu mencari MH370," katanya yang dipetik di laman akaun Twitter, hari ini.

Menurut, Khairy yang juga Ketua Pemuda BN itu berkata, alasan dan penjelasan kerajaan berhubung misteri kehilangan pesawat MAS itu terpaksa memberi jawapan yang 'sama'.

Katanya, tidak mungkin kerajaan akan menyembunyikan perkara tersebut kepada masyarakat sekiranya mempunyai maklumat.

"Kadang-kadang kita hanya perlu mengulangi perkara yang sama lagi dan lagi," katanya.



Terbaru, sebuah portal berita antarabangsa melaporkan sekaligus melabelkan kerajaan Malaysia menggunakan "ahli sihir" sebagai usaha terakhir untuk mencari pesawat tersebut yang masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan apabila gambar dan video bomoh 'tikar terbang' tersebar sekaligus menjadi viral dalam media sosial.

Sebelum ini, media turut melaporkan  muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang itu.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh "tikar terbang" tersebut.

"Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan," katanya.

Sumber