24 Mac 2014
USAHA mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370 yang memasuki hari ke-16 semalam, masih tidak memberi apa-apa petunjuk sekali gus mengingatkan kejadian hampir serupa berlaku kepada Pesawat Airbus A330-200 Air France yang hilang pada 1 Jun 2009.
Namun, kotak hitamnya ditemui hanya selepas dua tahun oleh Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA).
BEA mengumumkan mereka berjaya menemui serpihan besar bangkai pesawat itu pada 3 April 2011, seterusnya mengarahkan beberapa kapal tenteranya mencari kotak hitam Airbus di dasar lautan dengan teknologi dimiliki.
Ketika itu, Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.
Empat kapal Tentera Laut Brazil dengan kelengkapan menyelamat dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui oleh Tentera Udara Brazil.
Antara serpihan yang ditemui pada kedalaman antara 3,800 hingga 4,000 meter ialah badan pesawat, enjin, sayap, gear pendaratan, kotak hitam dan 104 rangka manusia.
Kotak hitam itu ditemui dalam keadaan baik dan datanya masih boleh dibaca namun mengambil masa berbulan-bulan untuk dianalisa.
Pada 5 Julai 2012, BEA mengeluarkan laporan siasatan lengkap kotak hitam itu.
Laporan berkenaan menyebut, kristal ais telah menyekat peralatan mengukur kelajuan sehingga menyebabkan sistem pemanduan automatik tidak berfungsi.
Kegagalan juruterbang bertindak pantas untuk mengambil alih pemanduan pesawat secara manual, menyebabkan pesawat terhempas di laut dengan kelajuan 280 kilometer (km) sejam dan berkecai.
Tragedi itu berlaku slepas empat jam pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro, Brazil jam 7.03 petang waktu tempatan pada 31 Mei 2009 menuju ke Lapangan Terbang Paris yang memakan masa 11 jam penerbangan.
Ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada jam 1.33 pagi, 1 Jun 2009. Tragedi menyebabkan 228 anak kapal dan penumpangnya maut.
Jet itu hilang di laluan antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang serta dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 kilometer di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil.
Pada 27 Jun iaitu hari ke-25, pasukan tentera Brazil menamatkan operasi SAR dengan jumlah mayat ditemui kekal 50 dan 640 serpihan pesawat, menjadikan keseluruhan 154 mayat. Manakala, 74 mayat gagal ditemui.
Selepas tempoh 30 hari, kotak hitam tidak lagi mengeluarkan isyarat dan ia dipercayai tenggelam ke dalam rabung dengan anggaran kedalaman kira-kira 4,700 meter.
Justeru, penemuan kotak hitam adalah penting untuk mengetahui secara tepat apa sebenarnya berlaku kepada pesawat yang mengalami kemalangan tidak kira cepat ditemui ataupun memakan tempoh hingga bertahun kerana ketahanannya membolehkan ia masih boleh dibaca.
Sumber
Serpihan besar pesawat Air France ditemui di permukaan laut