Wednesday, 19 March 2014

SEDIH!!! Agus: Mengapa nilai ringgit makin turun?

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
3 Mac 2014

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
 Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin hari semakin menurun nilainya.

Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi.

Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi ketika itu.

" Namun hari ini saya ke 'money changer'. Sedih saya melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar.

"Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan bersama," katanya dalam entri terbaru Facebooknya.

Tambahnya, beliau pernah terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah.

"Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.

"Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk pelancongannya baik.

"...bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti," tegasnya.

Sumber