Monday 7 April 2014

Rokok tak sah lebih beracun


Pengarah Kastam Diraja Malaysia Sabah, Datuk Janathan Kandok (kiri) dan pegawainya menunjukkan sebahagian rokok tidak sah diseludup yang dirampas dalam serbuan di Jalan Nosoob-Kobusak, dekat Penampang, Sabah, baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Lebih 4,000 hingga 7,000 bahan kimia berbahaya termasuk arsenik dan kadmium ada dalam sebatang rokok tidak sah.

Justeru, menghisap rokok tidak sah sekali gus meningkatkan risiko penyakit barah, jantung dan paru-paru hingga 40 peratus.

Lebih membahayakan, rokok tidak sah yang dijual 70 peratus lebih murah mempunyai tiga kali ganda kandungan kadmium, bahan kimia digunakan untuk membuat bateri yang boleh menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang dan lapisan salur darah arteri.

Ia kerana rokok tidak sah dihasilkan tanpa standard dan kualiti tinggi.


Malah, media berpangkalan di Kolkata, India, The Telegraph pernah melaporkan rokok tidak sah mengandungi bahan karsinogen yang dikaitkan dengan punca kanser lebih tinggi.

Dalam pada itu, kajian Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) tahun 2012 menunjukkan 34.5 peratus atau 7.9 bilion daripada 23 bilion rokok yang digunakan di negara ini adalah rokok tidak sah, lebih membahayakan kesihatan.

Risiko meninggal tiba-tiba Pengurus Jabatan Kawalan Tembakau, Kementerian Kesihatan Mesir, Dr Sahar Latif, yang dipetik menerusi portal berita...

Sumber