17 Februari 2014
BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Rozhan, Cheruk Tok Kun di sini hari ini.
Mayat Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri, 2, ditemui di sebuah bilik di tingkat bawah rumah papan dua tingkat itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata kebakaran pada pukul 11 pagi itu menyebabkan rumah yang didiami keluarga kanak-kanak berkenaan musnah sepenuhnya.
Beliau berkata tiga jentera dengan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Bukit Mertajam dan Perda serta dibantu bomba sukarela mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sementara itu, Siti Zanyah Yaakob, 74, berkata ketika kejadian dua cucunya iaitu Nurul Adryana Lateesya dan Danial Mukhriz, 4, berada di dalam rumah bersamanya manakala ibu bapa kanak-kanak itu keluar berkerja.
Siti Zanyah berkata beliau hanya menyedari Nurul Adryana Lateesya masih berada di dalam rumah selepas diberitahu oleh abang kanak-kanak itu.
Ibu bapa kanak-kanak itu, Siti Salwani Othman, 28, dan Mohammad Asyri Zakaria, 30, yang turut berada di tempat kejadian enggan ditemu bual.
Pasangan yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Bukit Tengah itu mempunyai tiga anak perempuan dan seorang lelaki berusia antara dua dan tujuh tahun. Nurul Adryana Lateesya adalah anak bongsu pasangan itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) Datuk Mohd Salleh Man yang turut melawat keluarga mangsa menyampaikan sumbangan wang tunai dari ZPP. - Bernama
Sinar

"Nenek dan abang mangsa yang ketika kejadian turut berada dalam rumah itu sempat menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.
Beliau berkata tiga jentera dengan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Bukit Mertajam dan Perda serta dibantu bomba sukarela mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sementara itu, Siti Zanyah Yaakob, 74, berkata ketika kejadian dua cucunya iaitu Nurul Adryana Lateesya dan Danial Mukhriz, 4, berada di dalam rumah bersamanya manakala ibu bapa kanak-kanak itu keluar berkerja.
"Mereka memang tinggal bersama mak cik di rumah ini dan ketika kejadian hanya kami bertiga berada di rumah. Suami mak cik bekerja dan dua lagi cucu bersekolah.
"Masa tu mak cik sedang solat (sunat) duha di dalam bilik dan Nurul Adryana serta abangnya sedang bermain dalam bilik yang sama. Mak cik berhenti solat selepas terbau asap dan rasa bahang panas...bila keluar dari bilik mak cik nampak api berhampiran tangga dan kami terus keluar dari rumah," katanya.
Siti Zanyah berkata beliau hanya menyedari Nurul Adryana Lateesya masih berada di dalam rumah selepas diberitahu oleh abang kanak-kanak itu.
"Kami cuba menyelamatkannya tetapi api marak dengan cepat," katanya.