Laporan siasatan pencemaran pantai esok
9 Februari 2014
GEORGETOWN - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menyerahkan laporan siasatan kes pencemaran air sungai dan laut di Pantai Batu Ferringhi kepadanya esok.
Beliau berkata susulan itu tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi dan mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Siasatan terhadap punca pencemaran itu meliputi sebuah loji rawatan kumbahan, sekurang-kurangnya tiga premis makanan, tiga kedai dobi dan sebuah pusat mencuci kenderaan, katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pantai itu, hari ini.
"Saya tidak boleh beritahu siapa yang bertanggungjawab terhadap punca kejadian ini...mungkin boleh jadi IWK (Indah Water Konsortium Sdn Bhd), restoran, kedai dobi atau kedai kereta. Kita kena tunggu laporan lengkap terlebih dahulu," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan sebahagian air laut di pantai itu bertukar menjadi hitam, dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan, selain pantainya berdepan masalah hakisan yang serius.
Siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria e-coli dalam sampel air yang diambil daripada Sungai Batu Ferringhi.
Mengulas lanjut, Palanivel berkata kementeriannya menerusi JAS akan meneruskan pemantauan rapi di sekitar kawasan itu setiap hari sehingga berpuas hati pencemaran di sepanjang pantai Batu Ferringhi berjaya ditangani. - Bernama