Sunday, 9 February 2014

Maut dipercayai minum racun

Maut dipercayai minum racun
  • Maut dipercayai minum racun

  • Maut dipercayai minum racun Ibu mangsa yang ditemui wartawan.< 1 / 1 >
SEMENYIH – Akibat tertekan kerana sering dibuli di sekolah, seorang remaja dipercayai bertindak meminum racun serangga dalam kejadian di rumahnya di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa yang parah organ dalaman disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Semenyih kira-kira jam 10.25 malam.
Ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an berkata, sejak memasuki sekolah menengah tahun ini, ramai pelajar sekolah itu membuli dengan mengejek nama bapanya termasuk digelar sebagai pondan.
“Saya ada beritahu pada dia, kamu sudah besar dan bukan budak kecil lagi. Buat tidak tahu sahaja atau adukan sahaja kepada cikgu," katanya.
Menurutnya, pada hari kejadian, mangsa masuk ke tandas. Apabila keluar, muka mangsa jadi pucat dan memberitahunya dia sudah minum ubat serangga yang disimpan dalam tandas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, siasatan mendapati memang ada kandungan racun dalam tubuh mangsa.
“Cuma, kita masih belum menerima apa-apa maklumat sama ada mangsa dibuli atau tidak.
“Semuanya masih dalam siasatan,"katanya.
Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.