Misha Omar Pilih Bulan Mei Akhiri Zaman Bujang
. Tarikh: 5 Februari 2014
Bulan Mei akan datang tentunya menjadi bulan bersejarah buat penyanyi Misha Omar apabila mengumumkan akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Firos Ezzwan Rossly, 32.
Misha yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan majlis tersebut bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November, tahun lalu.
"Insya-Allah kami akan berumah tangga pada bulan Mei ini namun tarikh sebenar akan diberitahu selepas kad jemputan siap untuk diedarkan. Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan pada sehingga Mei depan bagi menghormati tempoh habis edah ibu saya pada minggu kedua April," ujar Misha yang dipetik daripada sebuah portal berita.
Bercerita lanjut mengenai perkahwinannya, Misha menjelaskan kedua-dua pihak bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.
Difahamkan, majlis pernikahan dan resepsi akan dijalankan secara serentak di Kota Bahru, Kelantan.