Pasangan Malaysia di Sweden didakwa esok
9 Februari 2014
- Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. - Foto dipetik daripada Astro Awani
KUALA LUMPUR - Pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweden bagi membolehkan siasatan terhadap insiden tangan anak lelaki mereka dikatakan dipukul, dijangka didakwa di mahkamah daerah Stockholm esok (10 Februari).
Kristofer Stahre, peguam bagi Shalwati Nurshal, ibu kanak-kanak itu, berkata pendakwa, Anna Arnelle memberitahu beliau (Stahre) bahawa ia akan mengemukakan dakwaan itu terhadap pasangan berkenaan.
"Jika pendakwa mengemukakan dakwaan, beliau (Anna) berkemungkinan besar akan mengemukakannya terhadap kedua-dua ibu bapa itu.
"Dakwaan itu akan menjadi rasmi pada 10 Februari, jam 11.00 pagi (6ptg waktu Malaysia) dan anda (media) boleh mendapatkan pengesahan perkara itu dengan menghubungi mahkamah daerah atau pejabat pendakwa," katanya kepada Bernama menerusi e-mel hari ini.
Stahre berkata anak guamnya akan mencabar dakwaan itu. Beliau berkata tiada pendengaran dibuat pada hari itu dan pendakwa akan menyerahkan dakwaan secara bertulis.
Beliau berkata tarikh bagi pendengaran awal mungkin ditetapkan 18 Februari jam 9 pagi (4ptg waktu Malaysia) dan perbicaraan itu dijangka berlangsung 14 hari.
Menurut Stahre, anak guamnya amat berterima kasih atas segala sokongan yang diterimanya dari saudara mara yang datang ke Sweden tetapi mereka tidak semestinya dapat berjumpa Shalwati sehingga perbicaraan berlangsung.
Adalah difahamkan pihak pembela (suami dan isteri) akan merayu kepada mahkamah bagi membebaskan pasangan itu dari reman oleh kerana tidak ada kemungkinan mereka akan mencederakan anak-anak mereka, yang kini sudah pulang ke Malaysia.
Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, dan suaminya Azizul Raheem, seorang pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, telah ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana gagal menunaikan solat. - Bernama