Saturday 15 February 2014

Pekerja binaan maut dalam kebakaran di Hospital Umum Sarawak

2014/02/15 - 18:38:04 PM

Pekerja binaan maut dalam kebakaran di Hospital Umum Sarawak
51 pesakit dari wad kanak-kanak dan wad umum di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipindahkan ketika kebakaran di bahagian kajian klinikal dalam bangunan berkenaan. - Foto NSTP

KUCHING: Seorang pekerja binaan maut manakala 151 pesakit dari wad kanak-kanak dan wad umum di Hospital Umum Sarawak (HUS) selamat dipindahkan ketika kebakaran di bahagian kajian klinikal dalam bangunan berkenaan.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dan Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan pada jam 5.02 petang tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 5 petang dan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 5.44 petang tadi.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada kebakaran longgokan sampah di bangunan berkenaan yang masih dalam pembinaan.

Berita Harian