Tuesday, 11 March 2014

MH370::: Dua lelaki Iran guna pasport palsu dipercayai pencari suaka politik





BANGKOK 11 Mac - Polis Thailand tidak menolak kemungkinan dua lelaki yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370, merupakan pencari suaka politik dan tidak terlibat dalam aktiviti keganasan.

Ketua polis Pattaya, Supachai Puikaewcome berkata, pengganas kebiasaannya akan mempunyai perancangan yang lebih rapi tentang laluan dan penerbangan yang dinaiki berbanding tiket yang ditempah kedua-dua lelaki yang dipercayai dari Iran.

“Malah pengganas akan membeli tiket dengan kos yang efektif selain tidak mempunyai maklumat tentang lokasi atau penerbangan yang dinaiki," katanya. - REUTERS