Tuesday 11 March 2014

MH370::: Objek terapung bukan bot penyelamat


HANOI 10 Mac - Objek kuning terapung di perairan Vietnam yang dikatakan bot penyelamat dari pesawat Malaysia Airlines MH370 adalah bekas pembalut kabel yang telah berlumut.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam, sebuah helikopter penyelamat negara itu telah ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 130 kilometer (km) barat daya dari Pulau Tho Chu selepas diminta oleh pusat mencari dan menyelamat Malaysia.

"Helikoter itu telah mengambil objek berkenaan dan mengesahkan ia merupakan bekas pembalut kabel yang telah berlumut," kata pihak berkuasa negara itu melalui laman webnya. - REUTERS
Sumber