Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Ihsan Azlan Yaacob dan Ashman
ERRA kembali solo dan kuota Awie masih ada tiga berbaki. Sama ada mahu akur ataupun tidak, persoalan ini yang bermain di benak fikir sekian banyak daripada pemerhati industri hiburan tempatan, selepas Erra yang pernah diangkat sebagai primadona filem Melayu moden itu sah bercerai dengan suami keduanya, minggu lalu.
Justeru, setiap gerak dan geri baik Erra mahupun Awie ketika ini dalam perhatian banyak pihak. Konsert Teaterikal Suara Kita menjadi tiket paling selamat untuk mengelak persepsi tidak baik terhadap kedua bintang besar dunia seni tanah air ini.
Apapun yang berlaku, hidup perlu dilihat daripada pandangan positif, tidak boleh memandang ke belakang. Erra kekal dengan aktiviti seni, memacu ke hadapan tanpa ada titik henti melayan duka.
Wanita penuh ketabahan yang berdikari sedari usia kecil ini malah kelihatan begitu bertenaga untuk memberi dorongan kepada lelaki yang suatu waktu dahulu pernah menjadi tunangannya, melalui karya seni ini.
Benar sekali, mereka begitu profesional dan tidak melayan sebarang cakap-cakap belakang. Bagi mereka, ini projek sulung bersama, ditambah kolaborasi dengan Ziana Zain, mereka bakal mencipta fenomena sekali lagi.
Kurang dari seminggu sahaja lagi, Konsert Teaterikal Suara Kita akan dipentaskan di panggung berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya.
Bermula 3 hingga 9 Mac ini, kegemilangan lima filem Melayu terhebat lakonan mereka yang mencatat jualan pecah panggung iaitu Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana dan Merah bakal mengembalikan nostalgia penonton yang pernah menyaksikannya sekitar tahun 1990-an dahulu.
Ini kerana, di Istana Budaya nanti, beberapa babak daripada kelima-lima filem itu bakal digabungkan menjadi satu cerita yang sekali gus, akan merealisasikan idea penerbitan konsert yang turut diselang-selikan dengan adegan teater itu.
Mendapat sokongan penuh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, konsert tersebut dijangka mendapat sambutan hebat penonton dan mencipta fenomenanya yang tersendiri memandangkan ketiga-tiga nama itu kekal dengan magis tersendiri dalam persada seni hiburan tanah air.
Memulakan sesi latihan lebih dua minggu lalu, konsert yang bernaung di bawah produksi Awie Entertainment Sdn. Bhd. itu adalah projek sulung Awie sendiri yang mendapat sentuhan pengarah drama dan teater terkemuka, Erma Fatima.
Selaku penerbit, Awie ketika ditemui semasa sesi latihan berkata, dia amat berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Erra sepanjang sesi latihan yang diadakan. Malah, komitmen Ziana Zain dan kesemua tenaga dibelakang juga membuat persiapan yang begitu dinamik untuk konsert.
"Sejak hari pertama latihan sehingga ke hari ini, barisan bintang utama iaitu Erra, Ziana dan saya sendiri serta pelakon pembantu telah memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan konsert ini. Erra sendiri tidak menunjukkan sebarang masalah, dengan apa yang terjadi kepada cerita peribadinya. Saya lihat dia sangat fokus.
"Sebagai contoh, walaupun Erra pada masa yang sama harus menjalani rakaman program Primadona yang diterbitkan oleh Astro, dia masih lagi dapat mengikuti sesi latihan bersama produksi ini asalkan bijak membahagikan masa," katanya.
Pada peringkat ini, tambah Awie, sesi latihan lebih menumpukan kepada penghayatan skrip dan juga jalan cerita serta lagu yang akan dipentaskan pada malam konsert nanti.
Menurutnya, tahap lakonan yang ditunjukkan setiap pelakon terlibat berada pada skala yang memuaskan. Cuma ada beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.
"Berlakon, menari dan menyanyi dalam masa yang sama adalah sesuatu yang boleh dikatakan agak sukar untuk dilakukan. Bak kata pepatah Inggeris, Practice Make Perfect.
"Transisi atau peralihan dari satu babak ke babak yang lain yang diselang-selikan dengan nyanyian lagu tema filem-filem tersebut perlu tepat supaya tidak ada yang mencacatkan persembahan," katanya.
Debaran bersulam teruja
KALI pertama menerbitkan sebuah program yang boleh dikatakan mega, Awie selaku empunya syarikat produksi tidak menafikan bahawa setiap hari-hari yang dilalui ditempuhinya dengan rasa penuh debaran bersulam teruja.
Dia amat berdebar menantikan pementasan konsert itu kerana ia mempertaruhkan nama-nama besar serta idea yang boleh dikatakan gempak yang secara tidak langsung meletakkan harapan tinggi kepada penonton yang mengeluarkan wang membeli tiket.
"Apabila ada nama besar yang terlibat dalam satu persembahan, semestinya penonton mengharapkan sebuah karya yang mampu memberikan kepuasan maksima, berbaloi dengan wang yang dikeluarkan mereka.
"Ia merupakan satu risiko yang perlu diambil dan diuruskan secara teliti agar apa yang dicitakan tercapai. Jika tidak berjaya, ia menjadi buah mulut orang yang lantas memberi persepsi negatif kepada saya dan individu penting yang terlibat," jelasnya.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, Awie menjelaskan, keterujaan itu juga dirasai kerana sudah lama tidak berkerja bersama Erra dan Ziana. Masa lalu hampir 20 tahun ditinggalkan, seolah kembali di depan mata apabila dapat bersama-sama semula dengan insan-insan berkenaan.
"Saya juga tahu bahawa peminat kami juga menanti-nantikan detik ini untuk melihat kami bertiga beraksi bersama di dalam satu karya semula. Mereka tidak akan dihampakan dan kami kembali untuk memberi sesuatu kepada mereka. Kali terakhir kami bekerjasama adalah bagi menjayakan filem Merah pada 1996. Bayangkan, betapa lamanya kami tidak bersua dalam satu karya yang sama.
"Hampir 20 tahun berlalu dan kini kami kembali bersatu menerusi konsert ini dan ia adalah sesuatu yang begitu mengujakan kami. Harap kami mampu membuat terbaik dan tidak mengecewakan serta mendapat respons positif peminat," ujar Awie.
Sumber
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Ihsan Azlan Yaacob dan Ashman
DUA bintang yang pernah bergelar tunangan ini begitu profesional dalam bab kerja.