Wednesday, 26 February 2014

PANAS!!! Neelofa pilih lelaki berusia?

WAN NASRAH ABDUL RAHIM
26 Februari 2014

Neelofa

SIAPA tak terpikat dengan kecantikan pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini, malah, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa punya pakej lengkap sebagai selebriti dan aura tersendiri.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki yang ingin mendekati dan menjadikannya sebagai teman istimewa mereka tak kurang pula yang ingin memperisterikannya.

Diusik soal cinta dan jodoh, walaupun Neelofa tidak meletakkan syarat tertentu, namun dia mengakui ingin calon pilihannya nanti mendapat restu daripada orang tua serta keluarganya.

Bahkan, anak ketiga daripada sepuluh beradik yang sering saja menjadi perhatian lelaki ini rupanya lebih selesa berkawan dengan lelaki berusia.

“Saya seorang yang simple dan easy. Asalkan saya selesa dan paling penting disukai ibu saya itu sudah cukup. “Tapi saya tak mahu letakkan apa-apa syarat dan kriteria tertentu, kerana kita takkan dapat orang yang betul-betul kita nak. Setiap orang berbeza dan unik, apa yang pentingnya keserasian dalam hubungan. “Jadi, jika berjumpa dengan orang yang benarbenar sesuai dengan karakter saya akan terima.

Tapi apa yang paling penting saya mahukan seorang yang bijak dan lebih berusia, kerana mereka lebih matang,” katanya. Akui masih belum menemui calon yang sesuai, pelakon cantik ini berkata, dia lebih selesa berkawan dengan sesiapa saja yang ingin mendekatinya.

Bagaimanapun restu orang tua tetap diutamakan terlebih dahulu. “Bukan mudah mencari pasangan yang benarbenar memahami serta ikhlas, setakat ini saya belum jumpa yang sesuai.

“Lagipun, ramai kawan saya yang berkahwin muda mempunyai masalah akhirnya bercerai,” katanya yang tidak mahu menjadikan percintaan sebagai fokus utamanya memandangkan dia lebih memberikan tumpuan terhadap karier bagi jaminan masa depan.

Menurut pelakon filem Lemak Kampung Santan ini, umur bukan penentu seseorang itu untuk melangkah ke fasa seterusnya, namun dirinya perlu lebih matang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Sekarang ni fokus saya nak kumpul duit beli rumah dan mencapai cita-cita saya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.

Tidak kisah dibenci 

Lumrah bergelar selebriti pasti ada yang menyanjungi, tak kurang juga yang membenci. Bagi pelakon drama Kau Yang Terindah ini, dia juga tidak kisah andai ramai yang tidak menyukainya, namun dia sangat berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa bersama-sama dan menyokong kariernya.

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih di atas sokongan positif daripada peminat dan media yang sudi bekerjasama dengan saya. Susah saya nak capai cita- cita tanpa bantuan semua.

“Tentang orang yang membenci saya tak fikir dan tak kisah apa pun tentang mereka yang penting, saya tak mahu respons mereka apa-apa,” katanya

Menurut Neelofa, laman sosial miliknya juga pernah dihujani dengan pelbagai kutukan dan cacian, namun dia lebih  selesa membiarkannya berlalu begitu sahaja.

"Kalau dilayan ia pasti semakin menjadi. Lebih baik saya diam sahaja.  Terpulanglah mereka nak kata apa. Namun hakikatnya, saya dah banyak berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Masih lagi menerima kritikan yang hebat gara-gara menyarungkan fesyen jumpsuit ketika mengendalikan Anugerah Meletop Era, baru-baru ini, Neelofa berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya. Bagaimanapun, dia tidak mahu lagi memperbesarkan lagi isu tersebut.

“Saya tak rasa cemar imej saya, kerana perkara itu melibatkan banyak pihak, bagi saya itu adalah perkara normal,” kata Neelofa yang akan lebih berhati-hati selepas ini.

Jual tudung

Seperti selebriti lain, aktres berusia 25 tahun ini, juga tidak ingin melepaskan peluang menceburi bidang perniagaan.

Kini, Neelofa sudah mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan menjual tudung.

“Saya menjadi pembekal kepada sebuah tudung di Labenon iaitu Bakutta, bagi saya ada sesuatu yang menarik tentang tudung ini.

“Disebabkan itu saya bersedia untuk membekalkannya di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu, dia mahu penuhi segala harapan ibu bapanya dan berazam membalas jasa mereka sekali gus berusaha menggembirakan mereka.

“Tahun ini saya tak nak bazirkan, saya mahu apa yang saya rancang akan tercapai,” katanya yang mahu mengejar kejayaan hasil titik peluh sendiri sekali gus membeli aset untuk masa hadapan.

Sertai filem muzikal

Menyentuh mengenai karier seninya, Neelofa mengakui, dia kini semakin banyak menerima tawaran dalam bidang lakonan.

Malah pengacara Meletop ini memberitahu, dia terpaksa memilih supaya jadualnya tidak terlalu padat dengan tawaran lakonan semata-mata.

“Saya sedang menjalani penggambaran filem Sinaran. Ini kali pertama saya menjalani penggambaran filem muzikal. Memang ia satu cabaran baharu bagi saya, dan saya suka dengan kelainannya kerana bergenrekan muzikal.

“Saya kena mula hafal lagu dan menari, jadi badan tu agak letih. Mungkin selepas ini saya sambung dengan tawaran lain untuk seimbangkan lakonan dan pengacaraan,” katanya yang akan menjalani penggambaran di
Singapura pada awal bulan ini.

Sumber