Wednesday, 26 February 2014

TERKINI!!! Pasangan Malaysia Di Sweden: Aishah Beri Testimoni Samar Dan Tidak Pasti

Oleh QISHIN TARIQ

Aishah, 14, (kanan) bersama adik-adiknya, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7.

STOCKHOLM: Anak perempuan kepada pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak mereka, memberikan testimoni yang tidak pasti dan samar-samar, dengan mengatakan bahawa isu keluarga adalah rahsia.

Aishah, yang kelihatan mengelak dalam wawancara susulan yang telah dirakam , berkali-kali berkata bahawa dia tidak pasti atau telah lupa mengenai butiran peristiwa yang menjangkau dua tahun lepas.

"Saya tidak berasa selesa memberitahu mengenai perkara ini," katanya, yang menyebabkan polis wanita yang menemubualnya bertanya siapakah yang memutuskan bahawa perkara tersebut adalah rahsia.

"Bagi saya, ia adalah rahsia . Ianya memalukan. Adalah lebih baik untuk tidak bercakap kepada sesiapa," kata Aishah.

"Saya rasa perkara tidak baik yang memberitahu ibu tidak tahu kira-kira, " dia menjawab, apabila ditanya bagaimana dia merasakan bercakap kepada pihak polis.

Ibu bapa Aishah, Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin ditahan sejak 18 Disember tahun lalu selepas anak lelaki sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Apabila ditanya untuk mengimbas peristiwa dipukul oleh ibu bapanya, Aishah berkata, dia tidak ingat kerana ia "sudah lama" berlaku.

"Saya mempunyai ingatan yang lemah. Saya mudah terlupa sesuatu perkara, " kata Aishah, dalam satu temubual yang dirakam, ditunjukkan di dalam mahkamah daerah Solna di sini.

Jawapannya yang kabur membawa kepada polis untuk bertanyakan soalan yang sama, yang mana Aishah menjawab "mengapa saya perlu katakannya lagi?"

Walaupun enggan menjawab, Aishah tidak mahu berehat apabila polis bertanya adakah mereka patut berhenti bagi penemuduga meneliti keterangannya.

Aishah mendedahkan bahawa ibunya Shalwati sering memberi amaran kepada anak-anak mereka menggunakan penyangkut baju apabila mereka tidak mengikut arahan.

"Dia (ibu) memberi amaran dengan menakut-nakutkan kami. Saya sudah biasa dengan perkara itu , jadi saya tidak berasa takut dan hanya melakukan apa yang dia beritahu saya untuk buat," kata Aishah.

Aishah bagaimanapun enggan menyatakan sebarang insiden baru-baru ini yang melibatkan bapanya, berkata "Saya benar-benar terlupa mengenainya."

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan pencabulan integriti kanak-kanak secara kasar, dengan memukul dan mendera anak-kanak mereka.

Kesalahan-kesalahan itu didakwa berlaku di rumah keluarga berkenaan di SpÄnga, di pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan diteruskan pada 28 Februari.

Sumber