18 Februari 2014
PENDAKWARAYA Perancis yang menyiasat kemalangan membabitkan Michael Schumacher mengesahkan, tiada bukti melibatkan salah laku dalam insiden itu dan siasatan kes telah ditutup.
Patrick Quincy berkata, keterangan dan maklumat yang diberikan pihak resort Meribel di mana kemalangan itu berlaku adalah mematuhi undang-undang Perancis, lapor BBC.
Pemain lagenda Formula 1 Jerman yang berusia 45 tahun itu telah dirawat di unit rawatan rapi selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis.
Penyiasat mendapati, batu yang menyebabkan beliau jatuh berada 10.4 meter (34 kaki) dari dari batu yang terhantuk di kepalanya.
Kedua-dua batu-batu lebih daripada 4 meter dari tepi trek ski itu.
Juara dunia tujuh kali itu ketika ini masih berada di hospital di Grenoble.
Jurucakap beliau berkata pada 30 Januari lalu, pasukan perubatan telah mengurangkan ubat pelali sebagai persiapan untuk membawanya keluar dari keadaan koma.
Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan dua kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.
Selepas berehat selama empat tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.
Sumber
Schumacher