Tuesday, 18 February 2014

TERKINI!!! Sebutan kes cerai Nurul Izzah 11 Mac

SITI AZIELAH WAHI
18 Februari 2014

Nurul Izzah
Nurul Izzah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes permohonan cerai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Ab Malik Awang dalam kamarnya yang dihadiri Raja Ahmad Shahrir dan peguamnya, Muhamad Nakhaie Ishak serta peguam plaintif, Normawaddah Ramli.

Nurul Izzah bagaimanapun tidak hadir semasa prosiding tersebut.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Nor Mawaddah berkata, pihak plaintif dan defendan masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan kes itu secara baik.

Peguam itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan pihak media namun mengulangi perkara sama ketika ditanya sama ada pemimpin itu akan meneruskan penceraian atau sebaliknya.

Anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memfailkan cerai pada awal bulan lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984.

Nurul Izzah bernikah dengan kerabat Diraja Johor itu pada 9 Mei 2003 di mana hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata masing-masing berusia 7 dan 4 tahun.

Sumber