Pesawat MAS B777 -200
SEPANG: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.
MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza.
Sementara itu, 'Reuters' melaporkan bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua.
Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat kawalannya.
MAS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa.
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.
INFO TAMBAHAN
- Pesawat B777 dianggap sebagai ‘permaisuri di langit’ apabila diperkenalkan pada 1997.
- MAS telah merancang menggantikan 15 pesawat itu yang dianggap telah berusia menjelang 2018.
Artikel Berkaitan
Tentera Laut Vietnam Sahkan Pesawat Terhempas Dalam Laut
Tragedi Tanjung Kupang Adalah Satu-satunya Malapetaka Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)
PM Arah Lakukan Semua Yang Terdaya Untuk Kesan Pesawat Hilang
Insiden Kehilangan Pesawat MH370: Alat Pemancar Kecemasan Dikesan 300km Dari Pantai Vietnam
Kerja Mencari Dan Menyelamat Tertumpu Di Laut China Selatan
Laporan Pesawat Mendarat Di Nanning Tidak Betul
Pesawat Hilang: MAS Mula Hubungi Keluarga Penumpang
Penerbangan MH370 KL - Beijing Hilang, Putus Hubungan Radar Di Ruang Udara Vietnam