Saturday, 8 March 2014

PM Arah Lakukan Semua Yang Terdaya Untuk Kesan Pesawat Hilang



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sudah mengarahkan agar "semua langkah yang boleh, diambil" bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang hari ini ketika dalam perjalanan dari sini ke Beijing.

"Doa dan ingatan saya untuk anggota keluarga penumpang penerbangan MH730. Saya sudah meminta agar semua langkah yang boleh, diambil," kata Najib menerusi Twitter.

Penerbangan MH730 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru dilapor hilang di antara ruang angkasa Malaysia dan Vietnam di Laut China Selatan pada 2.40 pagi.

Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Pesawat dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Tentera Laut Vietnam Sahkan Pesawat Terhempas Dalam Laut
Tragedi Tanjung Kupang Adalah Satu-satunya Malapetaka Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)
PM Arah Lakukan Semua Yang Terdaya Untuk Kesan Pesawat Hilang
Insiden Kehilangan Pesawat MH370: Alat Pemancar Kecemasan Dikesan 300km Dari Pantai Vietnam
Kerja Mencari Dan Menyelamat Tertumpu Di Laut China Selatan
Laporan Pesawat Mendarat Di Nanning Tidak Betul
Pesawat Hilang: MAS Mula Hubungi Keluarga Penumpang
Penerbangan MH370 KL - Beijing Hilang, Putus Hubungan Radar Di Ruang Udara Vietnam

Sumber