Saturday, 8 March 2014

SEGERA lantik ketua pembangkang

WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Mac 2014

Datuk Idris Haron
Datuk Idris Haron

AYER KEROH - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, menggesa pembangkang di Melaka supaya segera melantik seorang ketua bagi melancarkan lagi persidangan Dewan Undangan Negeri.

Menurutnya, apabila ada ketua isu yang hendak dibangkitkan dapat diselaraskan, sekali gus membolehkan pihak kerajaan menjawab dengan lebih mudah dan lancar.

Menurutnya, ketiadaan ketua pembangkang ini turut menyebabkan kecelaruan apabila banyak soalan yang dikemukakan Adun pembangkang hampir sama, seolah-olah tiada koordinasi di antara mereka.

“Cepat-cepatlah lantik seorang ketua pembangkang supaya dapat selaraskan apa yang hendak ditanya. Kita yang hendak menjawab pun senang,” katanya kepada media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Oktober lalu, Adun Duyong, Goh Leong San, meletak jawatan sebagai ketua pembangkang gara-gara dikritik hebat beberapa pihak dari DAP hanya kerana tindakannya memuji Idris.

Menurut Idris, walaupun perbahasan pembangkang kelmarin tiada kualiti kerana fakta yang tidak tepat serta gesaan yang lari dari tajuk asal, namun semalam mereka bertindak sebaliknya apabila bercakap berdasarkan fakta dan angka.

“Ini termasuklah Adun Kesidang yang semalam (kelmarin) mengamuk kerana tidak diberi peluang bercakap, hari ini hebat bercakap tanpa melihat teks. Nampaknya semua ada membuat homework (kerja rumah),” katanya

Artikel Berkaitan
SEGERA lantik ketua pembangkang
SAH!!! 'Bukti terlebih cukup sabitkan Anwar'
SPR kaji kelayakan Anwar tanding PRK Kajang
TERKINI!!! Saiful bersyukur dengan keputusan mahkamah
LIWAT!!! Anwar dihukum penjara 5 tahun
TERKINI!!! Anwar dibenar tangguh hukuman
Anwar didapati bersalah liwat Saiful

Sumber