Friday, 7 March 2014

TERKINI!!! Saiful bersyukur dengan keputusan mahkamah


gambar hiasan

KUALA LUMPUR 7 Mac - Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah di atas tuduhan meliwatnya pada 2008.

Beliau yang juga bekas pembantu peribadi Anwar berkata, kebenaran itu penting dan amat bermakna buatnya dan seluruh keluarga.

“Benar janji Allah. Yang hak pasti mengatasi yang batil.

“Berkat doa, istiqamah dan sabar selama enam tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan mahkamah hari ini yang memihak kepada saya," katanya menerusi entri bertajuk `Benar Janji Allah’ di blognya (http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2014/03/benar-janji-allah.html?m=1) hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
SEGERA lantik ketua pembangkang
SAH!!! 'Bukti terlebih cukup sabitkan Anwar'
SPR kaji kelayakan Anwar tanding PRK Kajang
TERKINI!!! Saiful bersyukur dengan keputusan mahkamah
LIWAT!!! Anwar dihukum penjara 5 tahun
TERKINI!!! Anwar dibenar tangguh hukuman
Anwar didapati bersalah liwat Saiful