Friday 7 March 2014

Facebook Padam Catatan Jualan Senjata Api Secara Haram



Albany - Facebook menggunakan dasar yang sama digunakan oleh Instagram apabila bersetuju untuk memadamkan catatan daripada penggunanya yang menjual senjata api atau menawarkan senjata api bagi tujuan jualan tanpa pemeriksaan latar belakang secara terperinci.

“Kami akan memadamkan catatakan yang menjurus kepada percubaan untuk mengelak atau membantu orang lain melanggar undang-undang,” kata syarikat itu melalui kenyataan akhbar.

Kata kenyataan itu lagi, Facebook akan memadamkan catatakan di mana bakal pembeli atau penjual yang menyatakan mereka tidak akan melalukan pemeriksaan latar belakang atau sanggup menjual di seluruh negara tanpa perlukan lessen pengedar senjata api. (AP)

Sumber