Friday 7 March 2014

Malaysia Hilang Hak Semak Harga Air - K. Shanmugam



Singapura - Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam semalam menegaskan bahawa Malaysia hilang hak untuk mengkaji semula harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura, berdasarkan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perjanjian Air 1962.

Ia berikutan laporan media Malaysia yang menyatakan pentadbiran negeri Johor berhasrat menyemak semula harga air mentah yang dijual dari negeri itu ke Singapura.

`Perjanjian Air itu juga dijamin di bawah Perjanjian Pemisahan yang memberi kemerdekaan kepada Singapura pada 1965.

"Kedua-dua perjanjian itu merupakan perjanjian antarabangsa yang penting kepada kami, kedaulatan kami dan keselamatan kami. Syarat-syarat yang termaktub di dalamnya tidak boleh diubah oleh sebelah pihak, katanya.

Sumber