Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MAS dikesan pada awal pagi Sabtu.
PETALING JAYA: Laman web akhbar harian Vietnam, Tuoi Tre, melaporkan bahawa Tentera Laut Vietnam mengesahkan pesawat MH370 dari KL - Beijing terhempas ke dalam laut, menurut 'Yahoo News'.
Laksamana Tentera Laut Ngo Van Phat berkata rekod radar tentera menunjukkan bahawa pesawat terhempas ke dalam laut, 153 batu ke Selatan pulau Phu Quoc.
Yahoo News melaporkan, ketika dihubungi, Malaysia Airlines (MAS) enggan mengesahkan atau menafikan laporan dan berkata pihak berkuasa Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak Vietnam mengenai perkara itu.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan bahawa China telah menghantar dua kapal menyelamat maritim untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.
Artikel Berkaitan
Tentera Laut Vietnam Sahkan Pesawat Terhempas Dalam Laut
Tragedi Tanjung Kupang Adalah Satu-satunya Malapetaka Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)
PM Arah Lakukan Semua Yang Terdaya Untuk Kesan Pesawat Hilang
Insiden Kehilangan Pesawat MH370: Alat Pemancar Kecemasan Dikesan 300km Dari Pantai Vietnam
Kerja Mencari Dan Menyelamat Tertumpu Di Laut China Selatan
Laporan Pesawat Mendarat Di Nanning Tidak Betul
Pesawat Hilang: MAS Mula Hubungi Keluarga Penumpang
Penerbangan MH370 KL - Beijing Hilang, Putus Hubungan Radar Di Ruang Udara Vietnam
Sumber