Monday, 30 June 2014

IBU remaja OKU diikat jamin

SEREMBAN – Selepas tiga hari Lolanopita Sadi, 40, didakwa di mahkamah, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, bagi membayar wang jaminannya berjumlah RM7,000. Dua wakil daripada syarikat tempatnya bekerja hadir kira-kira jam 3.30 petang. Difahamkan, wang jaminan tersebut dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja tersebut terhadap nasib menimpa Lolalopita atau lebih dikenali...

UM ::: 'Atas prinsip...saya letak jawatan'

Datuk Saifuddin Abdullah SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya. Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan,...

Piala Dunia: Halilhodzic naik berang soalan bulan Ramadan oleh wartawan

Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic.PORTO ALEGRE: Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic naik berang terhadap wartawan yang berulang kali mengajukan soalan sama ada pemainnya akan berpuasa di bulan Ramadan, sehari sebelum perlawanan pusingan kedua menentang Jerman.  Algeria dijadualkan menentang juara dunia tiga kali itu di Porto Alegre, pada 4 pagi esok.  “Tolong berhenti daripada bertanyakan saya mengenai Ramadan atau saya akan...

TIPS MEMBELI TAYAR KERETA

TIPS MEMBELI TAYAR KERETA Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?? Kadang kala kita terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita. Ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita Cuba kita perhatikan dan renung sejenak mengenai kod atau simbol yang terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita.... Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar : 175/70R13/82H - lebar permukaan bawah tayar...

TEKNOLOGI ::: Kesan babi dalam 1 minit

PROF DR ANUAR AHMAD SETIAP kali ke pasar, perkara utama yang selalu kita fikirkan ialah mahu membeli barangan yang baik sebagai santapan keluarga. Dan sebagai orang Islam, makanan itu seharusnyalah halal. Namun dalam keadaan di sebuah negara yang lebih 70 peratus produk makanan dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam, tidak dapat tidak, pasti timbul keraguan dari segi status halalnya. Akan tetapi, kita memang tidak ada pilihan. Biarpun sangsi,...

NAJIB luang masa ziarah Presiden PAS

Najib bergambar bersama Abdul Hadi di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. SHAH ALAM - Walaupun sibuk memenuhi urusan seharian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meluangkan sedikit waktu menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) tengah hari ini. Beliau sempat memuat naik gambar bersama Abdul Hadi di bilik rawatan serta ucapan mendoakan agar...

Sunday, 29 June 2014

GEMPAR !!! Pekerja restoran melampau

Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook. SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu. Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran...

Saturday, 28 June 2014

WARDINA :: 'Perasaan saya tidak penting'

Wardina PENEMUAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, pada Sabtu lalu, di Flat Semarak, Nilai, mendapat perhatian seluruh masyarakat. Di saat masing-masing sedang membuat andaian sendiri, kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, mengenai nasib remaja OKU ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Wardina menerusi Instagram, berkata perkara ini berpunca daripada ibu bapa remaja OKU yang tidak diberikan bantuan. Malah,...

Friday, 27 June 2014

BONGKAR !!! Emma punca kemelut Zizan-Marina?

KEMELUT membabitkan Zizan Razak dan Marina Juki yang juga rakan kongsi serta pengurusnya kembali menjadi perhatian, setelah Zizan dikatakan membekukan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE), sehingga urusan pembayaran artis dan pekerja tidak dapat dilakukan. Jika diimbas semula, kemelut membabitkan Zizan, Marina dan WFE mula hebat diperkatakan sejak awal Februari lalu. Ia bermula dengan khabar angin Emma Maembong yang juga...

AWAS penyebar berita palsu akan dihukum

Mohd Roze Shaari KLUANG - Polis di daerah ini mengingatkan orang ramai yang menyebarkan berita palsu sehingga menimbulkan rasa tidak selamat kepada orang lain boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan. Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner, Mohd Roze Shaari berkata, bagi individu yang melakukan kesalahan itu, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atau Seksyen 4 Akta Hasutan. Beliau...

BONGKAR !!! Cukuplah derita yang ditanggung

Penuh rasa belas kasihan...Faizal ketika bertemu Firdaus. PENGARAH Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berasa marah dan kecewa bila terkenang Muhammad Firdaus Dullah, 15. Bersama wartawan Sinar Harian, SYAMILAH ZULKIFLI, Faizal kembali mengimbas kenangan sewaktu pertama kali bertemu insan istimewa itu. SABTU lalu, ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi. Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan...

Thursday, 26 June 2014

GELOMBANG KEDUA !!! Lebih 700,000 rumah di lima wilayah alami gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR 26 Jun - Lebih 700,000 rumah di sekitar wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini, berkata gangguan ini berikutan pengeluaran air terawat dari loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan air tinggi di kawasan itu. SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana bergantung kepada bilakah loji rawatan...

Mazidul Akmal Sidek Diserang Angin Ahmar

Menerusi akaun Facebook penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, wartawan dan blogger terkenal, Mazidul Akmal Sidek dilaporkan telah diserang angin ahmar, beberapa hari lalu. (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Mazidul telah menerima rawatan di pantai Medical Centre dan telah berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara. Namun, difahamkan, sebelum menjalani pembedahan, beliau sudah boleh bernafas sendiri...

BANGGA !!! Filem 'Ribbit' Menang Anugerah Di Kanada

Filem animasi terbitan KRU Movies, 'Ribbit' telah meraih anugerah Filem Keluarga Terbaik di Niagara Integrated Film Festival 2014. Lebih menarik, filem yang memaparkan kisah seekor katak yang mengalami krisis identiti turut membuat tayangan perdana di festival tersebut pada 21 Jun lalu. Di bawah arahan pengarah Chuck Powers, 'Ribbit' menampilkan beberapa pelakon antarabangsa yang menyumbangkan suara seperti Sean Astin, Tim CUrry, Russel Peters,...

BONGKAR !!! Isteri sayangkan Firdaus, tak pernah dera

SHAH ALAM - Bapa tiri kepada remaja malang, Muhammad Firdaus Dullah berkongsi rasa bahawa isterinya itu terlalu menyayangi anak sulungnya yang juga orang kurang upaya (OKU). Menurut laporan sebuah portal, lelaki itu yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Abdullah berkata, isterinya yang dikenali pada 2004 itu ada memberitahu bahawa dia mempunyai anak OKU sebelum mereka berkahwin. “Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak...

GEMPAR !!! Perompak tawar diri jadi kekasih!

Razak terpaksa mengemas kembali barangan di bilik tidur yang berselerak selepas diselongkar perompak. BANDAR BAHARU – Pelik tapi benar! Detik berhadapan dengan penyamun sepatutnya menjadi saat mendebarkan boleh bertukar menjadi satu koleksi cerita lucu yang mungkin diingati sampai bila-bila. Situasi itulah yang berlaku kepada seorang gadis apabila seorang daripada empat lelaki yang memecah masuk kediamannya di Kampung Permatang Pasir, awal...

Wednesday, 25 June 2014

Gaji ibu Firdaus RM1,500

Laporan muka depan Sinar Harian, semalam. TIDAK tahu di mana silapnya, namun penemuan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai Sabtu lalu membuatkan banyak hati tersentuh. Malah ada menyalahkan pihak tertentu kerana didakwa tidak peka dan prihatin dengan nasib golongan OKU sehingga dibiar hidup dalam derita. Menurut sumber, ibu Firdaus, Lolanopita, 40, berasal dari...

GEMPAR !!! Dukung adik selepas ditinggal di tepi jalan

DUA beradik yang terselamat setelah ditinggalkan di tepi jalan oleh penjenayah yang melarikan kereta ibu mereka di kawasan Puchong, semalam. KUALA LUMPUR 24 Jun Tanpa setitis air mata, kanakkanak lelaki ber­usia sembilan tahun yang baru di­ugut bunuh oleh seorang penjenayah yang melarikan kereta ibunya hari ini, tabah berdiri sambil mendukung adiknya berusia empat bulan di tepi jalan selepas ditinggalkan. Dalam kejadian kirakira pukul 7.15...

Tuesday, 10 June 2014

1MWER ::: PENGALAMAN BERHARGA

TIGA ahli ekspedisi 1MWER 2013, Rosmadi Saad (kiri), Zamri Mohamed (tengah) dan Mohd. Faizal Sukree di Vancouver, Kanada, Rabu lalu. SETELAH mengharungi perjalanan sejauh 55,883 kilometer merentasi 38 buah negara dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ahli ekspedisi '1Malaysia World Endurance Ride 2013' (1MWER 2013) berjaya menamatkan cabaran mereka. Membawa mesej 'Pergerakan Kesederhanaan Global' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

1MWER kini di Vancouver, Kanada

Sumber Gambar facebook 1MWER KUALA LUMPUR 5 Jun - Pasukan kembara lasak bermotosikal terkemuka negara, 1Malaysia World Endurance Ride (1MWER) berjaya tiba di Vancouver, Kanada, sebentar tadi. Ketua 1MWER, Datuk Zamri Mohamed, 50, berkata, perjalanan mereka dari California ke Kanada bermula pada Sabtu lalu merentasi San Francissco dan Seattle. "Amat bersyukur kerana 1MWER telah selamat sampai di Vancouver, Kanada sebentar tadi. Negara kedua...

Friday, 6 June 2014

JPJ lelong motosikal sita

Antara motosikal yang akan dilelong pada 18 Jun ini di Kompleks JPJ Seremban. SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan lelongan awam kenderaan sita, pada 18 Jun ini. Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, lelongan bermula 9 pagi di Dewan Melati Kompleks JPJ Seremban itu menyaksikan tidak kurang 51 motosikal bakal dilelong, sebahagian besarnya masih boleh dilesenkan. “Kenderaan ini telah dilucutkan hak...

GEMPAR !!! Dengar orang mengaji tengah laut

Che Wan Mohd Razi (tengah) dipeluk erat dua anaknya, Che Wan Norazilah, 19, yang juga atlet Sukma dan Che Wan Mohd Saiful Amin, 20, sebaik bapa mereka tiba di pekarangan rumah di Tanjung Pagar, petang semalam. DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus  berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali...

Henti monopoli kandungan TV

Sreedhar (kiri) dan Mohd Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam. PENYEDIA  perkhidmatan rangkaian televisyen kabel Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABNxcess) menggesa campur tangan kerajaan dalam menghapuskan perjanjian eksklusif yang mengehadkan siaran kandungan penting televisyen seperti saluran pendidikan, dokumentari dan sukan kepada hanya sebuah stesen televisyen berbayar. Perjanjian eksklusif ialah persetujuan antara...

Thursday, 5 June 2014

Dr M ::: JAIS tak patut serbu majlis kahwin

Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Syarahan Perdana Presiden UIAM bertajuk "Contemporary Islamic Lifestyle:Fitting in or Taking the Lead" di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama GOMBAK - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, sebagai pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang berhak menyiasat agama seseorang, tetapi tidak patut menyerbu majlis perkahwinannya. Sejajar dengan itu, beliau menyarankan Jais merujuk kepada...

ZALIM !!! Lelaki humban bayi dalam gaung

Suspek membawa polis ke dalam gaung, lokasi bayi malang tersebut dihumban. SHAH ALAM – Seorang lelaki bertindak kejam menghumban bayi berusia enam bulan, anak kepada seorang pekerjanya ke dalam gaung di kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands. Mayat bayi berkenaan dibungkus di dalam plastik dan disumbat ke dalam beg pakaian, sebelum dihumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter itu oleh suspek yang difahamkan bimbang bayi hasil hubungan...

GEMPAR !!! Pelayar Britain dakwa nampak MH370

PHUKET - THAILAND. Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat MH370. Katherine Tee, 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius. Menurutnya ketika kejadian, suaminya...