Monday 28 April 2014

Sambal belacan antara menu tengah hari Obama



Najib Tun Razak bersalaman dengan Barack Obama ketika menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat itu ke Seri Perdana bagi mengadakan perbincangan dan mesyuarat delegasi dua hala di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini.

Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.


Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.
 
Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
 
Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan.

Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.- Sinar Harian

Muhyiddin luang masa ziarah Nik Aziz



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) beramah mesra dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahinya di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini.
 
Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.
 
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.

 
Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
 
Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana penyakit prostat kini dilaporkan semakin pulih dan mendapatkan rawatan secara berkala di hospital itu.
 
Muhyiddin dan isteri kemudian berlepas pulang ke ibu negara.  - Bernama

Thursday 24 April 2014

HARTA KARUN !!! Pintu ke bilik harta sudah ditemui

M JEFFRI RAZALI
Pintu ke bilik menyimpan harta karun ditemui syarikat terlibat.

AYER KEROH - Usaha bagi mengenal pasti kewujudan harta karun di Pulau Nangka, semakin menampakkan hasil apabila pintu ke bilik yang menyimpan harta berkenaan disahkan sudah ditemui.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kejayaan itu bakal membuktikan sama ada kewujudan harta karun hanya satu mitos atau sebaliknya.

Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa syarikat dilantik, Smart Partnership International Sdn Bhd berjaya menemui pintu berkenaan selepas kajian dijalankan di pulau terbabit.

“Sekiranya tiada aral melintang, saya dan wakil kerajaan negeri akan ke pulau berkenaan pada 28 April ini untuk membuka pintu ke bilik itu.

“Berdasarkan perkembangan ini, saya yakin mereka dapat sampai ke bilik itu menjelang 30 April iaitu tarikh akhir yang diberikan kerajaan negeri kepada syarikat ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Idris berkata, penemuan pintu ke bilik rahsia itu merupakan satu kejayaan memandangkan usaha mencari harta berkenaan telah dilakukan sejak 1980, bagaimanapun gagal.


Mengikut kajian, katanya, terdapat lebih 20 bilik di sebalik pintu berkenaan yang menyimpan pelbagai harta dipercayai milik Kesultanan Islam Melaka.

Menurutnya, kerajaan negeri akan menyerahkan tugas-tugas mengeluarkan harta berkenaan kepada Jabatan Warisan Negara apabila ia berjaya ditemui.

Bagaimanapun, beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan berkongsi harta berkenaan dengan Kerajaan Melaka apabila selesai tugas mengeluarkannya, memandangkan hasil dari harta berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan negeri ini.

Malah, katanya, kerajaan negeri telus dalam menyenaraikan setiap barangan yang ditemui di dalam bilik itu kelak dan akan diumumkan kepada orang ramai.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak kelak membuat tuduhan bahawa kita mengambil barangan di dalam bilik itu untuk diri kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, fasa kedua nanti membabitkan usaha mengenal pasti sama ada harta ditemui ini merupakan harta peninggalan Kesultanan Melaka atau sebaliknya.- SinarHarian

Wednesday 23 April 2014

MH370: Isteri Pramugara Luah Perasaan, Yakin Insiden Satu KOMPLOT



KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.


“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.
Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.


“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI / daisyteapot

Wardina Mohon Maaf kepada Ustaz Don

Semoga isu ini berakhir disini apabila Wardina telah meminta maaf kepada Ustaz Don dan semoga isu ini tidak dipanjangkan oleh semua pihak kerana pihak yang terlibat telah saling bermaafan.

Terima kasih semua. Semoga Allah tunjuk kan saya jalan yang baik dan benar. Betapa lemah nya saya. Betapa banyak nya dosa saya. Ibadah pun tak sempurna. Sunnah pun belum habis semua nya. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan saya. Semoga Allah ampunkan kita semua nya. Ya mungkin saya tak sesempurna ahli syurga. Tetapi saya tetap mengharapkan syurga. ..bimbinglah saya... sesungguhnya saya penuh dengan ketidaksempurnaan... 
Memang banyak yang saya tak tahu. Banyak betul. Maafkan jika ayat saya tidak tepat dan seolah menghina...
Ustaz Don penuh ilmu... Siapa saya untuk mengaibkannya? Ya penjelasan ustaz semalam sudah. Kesemua ustaz dah jawab. Hanya Allah yang lebih tahu segala nya... Hanya Allah yang lebih tahu.  
Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera. Ini post terakhir saya. Saya akan menyerahkan account ini ke Admin. Saya tidak akan lagi update status buat beberapa waktu. Saya juga tidak akan membaca komen anda. Maaf. Segalanya selepas ini saya pertanggungjawabkan kepada ADMIN WSOP sahaja.
Sumber facebook

BONGKAR !!! MISTERI KEHILANGAN GURU KAFA BULAN LALU TERUNGKAI AKHIRNYA



BACHOK – Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.

"Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut.

Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.

"Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.


Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.

Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.

"Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.

Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri," katanya.

Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.

"Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya," katanya.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut. - SH.

Cara Buat Perangkap Nyamuk


Cara Buat Perangkap Nyamuk Mudah dan Senang


Risau dengan kesihatan keluarga ekoran terdapat banyak nyamuk dikawasan perumahan? Jom buat perangkap nyamuk yang mudah dan senang.

Apa yang kita perlukan ialah:
200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.




Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
6. Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.


Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini di sekolah, taska, hospital, kedai, ladang, dan lain-lain.

Sumber mamapeduli

Daim: Saya bukan anti-kerajaan

FATHIN ATHIRAH HASLI

KUALA LUMPUR - "Saya bukan anti-kerajaan," tegas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan Menteri Kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.

Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin petang ini, beliau turut menegaskan tegurannya tidak ada kaitan dengan sebarang unsur anti-kerajaan sebaliknya ianya hanya satu perbincangan dan cadangan yang dikemukakan sebagai penambahbaik dalam penyelarasan ekonomi bersama.

"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.


"Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat malah ianya telah membebankan rakyat dari segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan perlu selidik dan memperbetul semula dasar perlembagaan kerajaan supaya ekonomi negara dapat dimajukan.

"Kerajaan sepatutnya mencari cara  serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

"Kerajaan juga harus mengambil kira keperluan kita sebagai orang Melayu dari segi ekonomi dan pembangunan demi memajukan kehidupan bangsa Melayu," katanya lagi. - Sinar Harian

'Fesyen Telletubies' Rabecca dikritik peminat

HANAN MANSOR

WALAUPUN sudah tampil dengan imej baru yang berhijab, pelakon Rabecca Nur Al Islam atau Becca, masih tidak henti dipalit kontroversi.

Terdahulu, Neelofa pernah mendapat kritikan hebat peminat industri hiburan tanah air apabila mengenakan ‘jumpsuit’ di suatu majlis penyampaian anugerah sehingga digelar fesyen makhluk asing, kali ini Becca turut menerima nasib yang sama.

Baru-baru ini gambarnya mengenakan ‘jumpsuit’ ketat rona merah yang mengikut bentuk badan tersebar luas di laman sesawang.

Gambar tersebut diambil daripada akaun Instagram milik Becca yang mengenakan fesyen tersebut ketika menghadiri sambutan hari lahir rakannya di sebuah hotel terkenal.

Ternyata pakaian yang dikenakan mengundang reaksi kurang senang peminat, apatah lagi pelakon Dejavu Di Kinabalu ini telah ‘berhijrah’ dan baju yang menonjolkan susuk tubuhnya itu tidak bersesuaian dengan imej seorang Muslimah.


Lebih tidak disangka, ada peminat menyifatkan ‘jumpsuit’ tersebut sebagai ‘fesyen Telletubies’, menyamakan baju Becca dengan salah satu watak dalam rancangan kanak-kanak popular itu.

Mendapat kritikan hebat dari orang ramai, Becca yang dihubungi, bagaimanapun menyatakan dia sedang tidak sihat dan enggan memberi sebarang komen tentang bajunya itu.

Jawapan yang sama diberikan apabila diajukan soalan bagi mengesahkan Becca sebagai individu dalam gambar tersebut.

“Saya tak nak komen apa-apa sebab tengah demam dan sakit tekak. Lagipun saya tak tahu apa-apa pun tentang isu yang tersebar ni,” katanya.

Yang pasti, pakaian seksi sememangnya ironi dengan konsep menutup aurat dan beberapa komen di laman sosial jelas menunjukkan maklum balas negatif peminat terhadap ‘jumpsuit’ yang dikenakan Becca.- Sinar Harian

Tuesday 22 April 2014

GEMPAR !!! Selekoh Jalan Kulim Junjung berhantu?


Selekoh tajam yang berbahaya ini perlu diperlebar.

KULIM - Pengguna jalan raya di antara Kulim ke Junjung meminta supaya pihak terlibat melebarkan beberapa selekoh berbahaya di kawasan itu bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Pekerja industri, Mohd Nizam Ariffin berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dalam kemalangan terdiri dari penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, masalah semakin serius terutama pada waktu malam dan keadaan hujan.

“Apa yang pasti, selekoh tajam yang ada di kawasan ini harus diperlebar. Memang banyak kemalangan maut berlaku di sekitar selekoh jalan Kulim Junjung ini,” katanya.

Ahli Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) Hadzir Abdullah berkata, sebelum ini memang ada perancangan untuk melebarkan setiap selekoh di Jalan Kulim Junjung bagaimanapun gagal dilaksanakan kerana ia melibatkan tanah individu.

Menurutnya, apabila ini berlaku, kerajaan negeri atau kerajaan pusat terpaksa membeli tanah terlibat bagi tujuan melebarkan jalan.

Beliau berkata, ini bukan sahaja memakan kos yang tinggi sebaliknya mengakibatkan pengguna jalan memandu lebih laju kerana jalan lurus.

“Saya mencadangkan supaya pengguna mematuhi papan tanda yang dipasang di sekitar kawasan itu. Tanda amaran juga diletakkan untuk mengingatkan mereka supaya berhati-hati.

"Sekiranya pengguna jalan lebih peka terhadap masalah ini, saya percaya kemalangan maut dapat dikurangkan,” katanya. - Sinar Harian

Monday 21 April 2014

BONGKAR !! AKHIRNYA PENGKALAN US DIEGO GARCIA BUKA MULUT ISU PESAWAT MH370


Akhirnya Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut isu MH370

Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.


Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.


”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa..

Sumber Infomedia

BONGKAR !!! Harta karun milik Kesultanan Islam

AMRAN ALI

PULAU NANGKA - Harta karun bernilai berbilion ringgit yang dipercayai tersimpan sejak lebih lima abad lalu di Pulau Nangka, hanya boleh digunakan untuk kebajikan.

Itulah yang diberitahu kepada media oleh syarikat yang dipertanggungjawab melakukan kajian serta mencari bukti bergambar mengenai kewujudan harta karun tersebut.

Pengarah Urusan syarikat terbabit, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said mendakwa, harta tersebut hanya boleh dikeluarkan dengan berbai’ah dan tidak boleh digunakan sesuka hati.

“Saya hendak tekankan perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan menerusi pengkajian kami secara teknologi dan spiritual, harta Kesultanan Islam Melayu Melaka memang tidak keluar dari bumi dan perairan Melaka termasuk isi kapal Flor De La Mar,” katanya.

Semalam, wartawan Sinar Harian, antara yang diberi peluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki di pulau yang dikatakan pernah berperanan sebagai markas para Wali Allah.

Rombongan tersebut turut disertai Timbalan Exco Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi Pelaburan dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia dan Pelancongan, Datuk Norpipah Abdol; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas serta Ketua Jabatan Warisan Negara, Zon Selatan, Johar Kadis.

Tidak seperti kunjungan pertama, kali ini kami diberi peluang menyaksikan sendiri kerja-kerja menebuk lubang pintu di samping menyaksikan kesan peninggalan sejarah yang terdapat di Pulau Nangka.

Menurut Mohammad Foad Khushairy, kehadiran syarikatnya di Pulau Nangka bermula pada Julai 2012 dan kerja-kerja tersebut akan berakhir pada 30 April ini.

Setakat ini, pihaknya begitu yakin akan menemui bukti sebagaimana yang diharapkan mengenai kewujudan harta karun tersebut.

Katanya, kerja-kerja penebukan pintu dinding batu sedang giat dijalankan dan dijangka selesai selewat-lewatnya pada 27 April ini.

"Berdasarkan laporan geoteknikal dengan alat pengimbas bumi, kami yakin memang terdapat harta karun dan barangan artifak di sini. Lantaran itu, kami terpaksa membuat pintu baharu untuk tembus ke bawah.


“Bila kita dapat masuk ke ruang bawah, maka kita akan dapat masuk kesemua bilik yang terdapat di sini,” katanya.

Beliau berkata, menerusi imbasan yang dijalankan terdapat 20 bilik di dalam pulau seluas 20 hektar itu yang pernah dibina di zaman kemuncak Islam Kesultanan Melayu Melaka.

“Kami terpaksa menambah tenaga kerja. Kalau sebelum ini hanya 23 orang tetapi menjelang Isnin ini meningkat kepada 40. Kebanyakan mereka memang pakar dalam melakukan kerja menebuk bongkah batu.

“Kesemua dinding batu terbabit mempunyai ketebalan antara 3.5 hingga lima meter serta mempunyai kedalaman lapan meter dari puncak bukit. Tempat yang kita tebuk semua kita sudah imbas bagi mengenal pasti lorong-lorong yang boleh dimasuki.

“Ada pintu, sudah hampir 50 peratus siap manakala pintu kedua hanya 30 peratus sahaja untuk kita masuk ke dalam. Proses dan kaedah yang dilakukan terpaksa mengambil masa sehingga hampir dua tahun kerana perlu dijalankan pelbagai peringkat dan prosedur,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pun sudah banyak pihak yang berjaya masuk dan menembusi pintu berkenaan tetapi tidak boleh membawa harta itu keluar.

“Apa yang ada di pulau ini memang penjajah terdahulu sudah tahu baik Belanda, Inggeris dan Jepun, mereka cuba ambil tetapi tidak dapat.

“Struktur tembok batu yang dibina ini memang benar-benar kukuh dan kalau di kira sekarang hendak membinanya memang tidak mampu.

“Jadi sebagaimana orang dahulu bersusah payah dan sebagaimana mereka mempertahankan bumi Melaka daripada penjajah, kita hari pun kena macam itu,” katanya.

Selain itu, beberapa simbol unik turut ditemui sepanjang penjelajahan kami di sebahagian pulau berkenaan.

Selain ukiran bulan sabit serta peta Pulau Nangka yang pernah dipaparkan sebelum ini, semalam kami telah menemui beberapa lagi tanda dan simbol antaranya batu berbentuk piramid dan batu berkenaan sama seperti yang terdapat di Pulau Serimbun terletak bersebelahan Pulau Besar.

“Di antara simbol lain yang ditemui adalah ukiran batu seperti orang Islam sedang solat iaitu melakukan duduk antara dua sujud, batu berbentuk ulas nangka.

“Simbol bulan sabit yang ditemui juga tertera kalimah “Muhammad Bin Abdullah” serta “Al-Mahdi”,” dakwanya.

Secara kesimpulannya, selain isu harta karun yang semakin memuncak heboh diperkatakan, Pulau Nangka sebenarnya adalah satu lagi lambang perkembangan syiar Islam di rantau ini dan ia pernah menjadi markas para wali termasuk beberapa Wali Songo.

Para pengkaji benar-benar yakin, harta berkenaan hanya boleh dikeluarkan oleh mereka yang berhak dan tidak boleh digunakan untuk tujuan sembarangan.

Sekiranya ada niat lain, pasti akan menerima musibah. - Sinar Harian

TERBAEKKK !!! Kecekapan juruterbang MH192 dipuji


Hishammuddin tekun mendengar penerangan dari Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak mengenai insiden pendaratan cemas MH192 di KLIA hari ini. - Foto dipetik dari Twitter Hishammuddin Hussein

SEPANG - Rata-rata penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar.

Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India berkata, walaupun ini merupakan detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.

Malah juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam, katanya.


"Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin," katanya semasa ditemui pemberita.

Masluhuddin ditemui bersama 159 penumpang dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di bangunan satelit KLIA.

Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemu ramah pemberita.

Kapal terbang itu dikemudi Kapten, Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang, Prakash Kumar. - Bernama

Sumber Sinar Harian

Thursday 17 April 2014

GEMPAR !!! Bangkai pesawat MH370 telah ditemui?



Seorang pemburu bangkai yakin pasukan mencari sudah menemui kawasan di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas dan kotak hitam dipercayai akan dikesan tidak lama lagi, lapor Sydney Morning Herald (SMH).

Pengarah Blue Water Recoveries, Davied Mearns, dalam program 7.30 ABC semalam, berkata beliau yakin berdasarkan kepada kekuatan mereka, empat ping yang dikesan kapal tentera laut Australia, Ocean Shiled minggu lalu adalah dari kotak hitam.

“Saya fikir, pada asasnya mereka sudah menemui kawasan bangkai,” SMH memetiknya sebagai berkata dalam program berkenaan.

“Walaupun kerajaan masih belum mengumumkannya lagi, jika seseorang tanya saya 'secara teknikal adalah mereka mempunyai maklumat mencukupi untuk berkata demikian?', jawapan saya jelas, ya.

“Mereka terima empat pengesanan yang sangat baik dengan spectrum bunyi yang tepat datang dari mereka dan ia tidak boleh daripada benda lain,” katanya.

Mearns, seorang warga Amerika, dianugerahkan pingat Order of Australia kerana berjaya menemui bangkai kapal HMAS Sydney pada 2008, iaitu 66 tahun selepas ia hilang di Lautan Hindi ketika Perang Dunia Kedua.

Beliau juga membantu dalam operasi mencari bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada 2011, lapor SMH.

Mearns berkata, pegawai mencari mengambil sikap berhati-hati demi menjaga perasaan keluarga pesawat dan anak kapal sementara mereka menunggu kenderaan robotik dasar laut (AUV) Bluefin-21 untuk membawa pulang bukti bergambar bangkai pesawat itu.

Kapal selam mini itu dihantar lagi malam tadi dari Ocean Shield selepas tidak ada apa-apa yang menarik ditemui daripada data terkumpul dari misi pertamanya pada Isnin, menurut kenyataan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) di Perth, hari ini.

Setiap misi AUV mengambil masa 16 jam.

Perkakas sonar itu mengambil kira-kira dua jam untuk turun ke kedalaman 4,500 m sebelum mengimbas kawasan pencarian antara seluas 5km x 8 km persegi. Ia kemudian akan kembali ke kapal Ocean Shield untuk menukar bateri.

Data dari perkakas itu mengambil masa sehingga empat jam untuk dianalisis.

Kapten tentera laut Amerika Syarikat, Mark Matthews memberitahu Fairfax Media, Bluefin-21 mengkaji kemungkinan kawasan serpihan dan mengukur kepadatan objek berkenaan untuk mengenal pasti jika sesuatu itu kelodak atau kilauan logam, yang boleh memberi petunjuk bangkai pesawat.

Sebaik sahaja objek buatan manusia dikenal pasti, pengendali operasi mencari boleh memprogramkan semula Bluefin-21 untuk mengumpul imej beresolusi tinggi.


“Anda kemudian boleh menukar sistem sonar dengan sistem pengimejan, sistem kamera, untuk mengambil gambar kawasan serpihan bagi membolehkan anda mengenal pasti secara positif ia adalah bangkai pesawat atau benda lain,” kata Matthews.

Beliau berkata, pencari mempunyai “beberapa petunjuk positif” di kawasan yang sebenar, termasuk mengesan empat isyarat akustik sonar dan tumpahan minyak yang ditemui pada Isnin.

Mearns berkata, kejayaan dalam siasatan itu datang bersama analisis laluan penerbangan MH370, yang memperincikan kawasan carian.

“Di satu tempat, pecahan kebijaksanaan yang hebat disatukan untuk benar-benar mengecilkan kawasan pencarian, itulah caranya pencari dan penyiasat dapat mencarinya dengan cepat,” katanya dalam program ABC itu.

“Ocean Shield hanya baru beberapa hari di situ dan mereka dapat menemui sesuatu. Ia adalah kejayaan yang baik dan keajaiban,” katanya.

Sebanyak 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal akan membantu dalam operasi mencari hari ini, kata JACC.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang kawasan pencarian visual kira-kira 55,151 km persegi. Pusat kawasan mencari terletak kira-kira 2,000km barat laut Perth.- TMI

Sumber BeritaOMG

TRIUMPH Tiger Sport jentera touring paling selesa!

NIK N HIDAYAT
Tiger Sport boleh ditambah dengan beberapa bagasi pilihan yang ditawarkan Triumph.

SUKAR untuk kita menjustifikasikan sesuatu perkara yang subjektif dan berbeza-beza mengikut cita rasa individu. Akan tetapi, secara jujurnya, boleh saya katakan kebanyakan justifikasi kepada hasil kerja mekanikal jenama Triumph sangat impresif.

Pada awalnya, saya cukup takut pendapat saya kepada mesin-mesin Triumph adalah berat sebelah atau mungkin akan dilabel sebagai ‘syok sendiri’. Setelah berkongsi pandangan bersama orang-orang lama dalam industri motosikal, saya yakin dengan kebolehpercayaan kepada jenama ikonik British itu.

Pengalaman selama lebih 110 tahun sejak kewujudannya sehingga kekal pada hari ini digunakan sebaiknya untuk menghasilkan produk yang hebat di atas jalan raya.

Saya masih terbayang-bayang keindahan ciptaan Bonneville T100 yang baru diuji tempoh hari. Mungkin satu hari nanti, saya akan pastikan Bonneville antara salah satu koleksi peribadi dalam garaj saya kelak.

Pengedar rasmi motosikal Triumph, Fast Bikes Sdn Bhd (Fast Bikes) baru sahaja membawa masuk varian Tiger Sport bersempena dengan pembukaan pusat pameran utama di Seksyen 13 Petaling Jaya pada hujung tahun lalu.

Tiger Sport merupakan varian baharu yang menerima penambahbaikan dari segi reka bentuk badan, prestasi pengendalian dan kuasa enjin.

Pada hujung minggu lalu, Fast Bikes memberi saya peluang menguji jentera touring ini untuk ke Pulau Pinang bagi menyaksikan majlis pelancaran cawangan Triumph di sana.

Bagi saya, peluang tersebut merupakan yang terbaik untuk menguji sejauh mana kebolehpercayaan jentera ini terutamanya dalam melengkapkan perjalanan jarak jauh.

Pada hari yang dijanjikan, saya menerima kunci Tiger Sport berwarna putih selain pilihan warna merah yang ditawarkan dalam pasaran.

Jentera ini mempunyai sentuhan rekaan yang lebih bergaya di samping swing-arm tunggal. Penawaran ciri ini lebih terserlah dengan set sport rim yang anggun.

Jika dibandingkan dengan model sebelumnya, Tiger Sport baharu diperbaharui dari segi reka bentuk ekor dan lampu belakang, panel sisi, pengadang angin dan tempat duduk yang lebih rendah.

Prestasi

Tiger Sport dikuasakan oleh enjin tiga silinder DOHC yang menghasilkan 123 kuasa kuda dan mempunyai tork puncak 104Nm. Jentera ini direka sebagai motosikal pengembaraan, tetapi tidak berkecenderungan ke arah tujuan yang lebih lasak ke laluan off-road. Mungkin watak itu lebih sesuai dipegang Triumph Explorer 1200.

Triumph sememangnya terkenal dengan penawaran sudut tunggangan yang selesa dan lembut tanpa mengetepikan tahap prestasi enjin.

Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang bersama ahli Rat-Pack, jentera ini berjaya membuatkan saya lebih gemar kepada teknologi tradisi Triumph.

Ternyata, ia bukan hanya kerana faktor jenama, tetapi penawaran prestasi yang memuaskan dan wajar dihargai.

Enjin tiga silinder 1050cc Triumph fleksibel dan berkuasa. Ya, saya setuju untuk mengatakan enjin Tiger Sport terlebih lembut dan mungkin menjadi defisit jika disasarkan kepada golongan yang mahukan sensasi tork.

Tetapi secara peribadi, saya lebih gemar prestasi enjin yang lembut seperti yang dibawa Tiger Sport untuk mendapatkan keselesaan tunggangan dan menghargai suasana perjalanan lebih santai.

Daya pecutan tidak menghampakan dan masih mampu memberi daya pecutan walaupun pada kitaran enjin rendah dalam gear terakhir.

Oleh kerana itu, saya tidak perlu menukar gear terlalu banyak di sepanjang perjalanan di lebuh raya. Kelajuan selesa Tiger Sport adalah antara 140 kilometer sejam (km/j) hingga 170 km/j. Tidak ada masalah sekiranya anda mahu memecut melebihi 200 km/j.

Tindak balas pendikit cukup baik walaupun tidak dibekalkan dengan sistem Ride-by-Wire (RbW) seperti mana motosikal moden lain. Namun, saya lebih menyukai motosikal yang lebih ringkas tanpa terlalu banyak sistem elektronik.


Pengendalian impresif

Mengendalikan Tiger Sport di lebuh raya mudah dan seperti mana-mana motosikal touring, saiz dan ketinggian jentera banyak membantu untuk menjangka trafik di hadapan.

Memasuki ke trafik sibuk dalam bandar pulau mutiara tersebut, saya dapat mengendalikan motosikal dengan baik tanpa sebarang masalah walaupun sesak.

Menghala ke Ferringhi melalui jalan berliku, saya dapati prestasi Tiger di selekoh baik dan tidak terbeban dengan saiz dan ketinggiannya. Ia seolah-olah saya sedang mengendalikan motosikal yang lebih kecil.

Ketika di selekoh ketat, saya yakin dengan cengkaman brek cakera 320 milimeter (mm) dan angkum empat omboh Nissin. Fork Showa 43mm terbalik boleh laras dan penyerap hentak tunggal Showa pada bahagian belakang juga memainkan fungsi dengan cemerlang.

Lebih nilai daripada harga

Secara keseluruhan, Triumph Tiger Sport mudah untuk ditunggang sama ada di lebuh raya atau pun di dalam bandar. Jika anda sedang mencari motosikal pelbagai kegunaan, Tiger Sport wajar dipertimbangkan.

Mungkin ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai kenderaan harian ke tempat kerja terutamanya yang jauh terpaksa berulang alik.

Aspek prestasi enjin, pengendalian dan nilai praktikaliti kepada jumlah harga yang ditawarkan adalah munasabah dan berbaloi.

Triumph Tiger Sport dijual pada harga RM85,900, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.- Sinar Harian

VESPA LXV 150 3V i.e utama elemen KLASIK

NIK N HIDAYAT

PENGIMPORT  tunggal dan pengedar skuter Vespa di Malaysia, NAZA Premira Sdn Bhd melancarkan varian tambahan terbaru dalam rangkaian produk jenama itu baru-baru ini.

Vespa LXV 150 3V suntikan bahan api menggabungkan gaya vintaj jenama ikonik Itali dengan teknologi Piaggio termaju.

Yehuda (kiri) menggayakan Vespa LXV 150 3V i.e.

Turut hadir pada acara pelancaran rasmi tersebut ialah Pengurus Jualan Piaggio Asia Pasifik, Yehuda Sangaran, Naib Presiden Kanan Bahagian Diversified NAZA Group of Companies, Abdul Hamid Ismail, dan Naib Presiden Naza Two Wheels, Nik Danial Nik Mahmood.

Vespa LXV 150 3V mengekalkan struktur binaan Vespa LX sebelum ini tetapi menerima beberapa perubahan untuk menyerlahkan lagi perincian konsep klasik.

Perubahan yang dilakukan adalah semata-mata untuk membawa semula nostalgia kegemilangan Vespa pada tahun 1960-an termasuklah kemasan kromium pada hendal berbentuk tiub, skrin pengadang angin, lampu hadapan bulat dan pelana kulit gaya baharu.


Pengenalan model ini tidak hanya tertumpu kepada elemen klasik yang diilhamkan, bahkan menekankan teknologi enjin dan sistem suntikan bahan api terbaharu.

Unit ini menerima enjin empat lejang 154.8cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik tiga injap sebagai penjana kuasa utama.

Enjin 3V sejukan udara dikatakan lebih ringan berbanding model sebelumnya. Enjin yang dibangunkan di kilang Pontedera lebih menumpukan pengurangan geseran dalam enjin dan penggunaan bahan api lebih efisien.

Usaha intensif pengeluar skuter ikonik tersebut berjaya menghasilkan enjin yang lebih cekap bahan api - kira-kira 30 peratus lebih baik daripada generasi sebelumnya di samping kadar pelepasan pencemaran yang lebih rendah dan peningkatan tahap prestasi.

Varian terbaharu ini masih mengekalkan penggunaan lengan ayun tunggal pada bahagian hadapan dengan suspensi hidraulik. Manakala, sistem kejutan bahagian belakang boleh laras kepada empat tetapan pra-beban.


Skuter ini menggunakan tayar hadapan bersaiz 110/70 11 inci dan tayar belakang 120/70 10 inci untuk menyediakan pengendalian mudah.

Bagi daya hentian pula, ia dilengkapi dengan brek cakera 200 milimeter (mm) di hadapan dan 110mm di bahagian belakang.

Ketika majlis perasmian di Pusat Vespa 3S Petaling Jaya, Nik Danial Nik Mahmood menyatakan skuter ikonik terbaharu ini bukan hanya membawa pesona klasik Vespa, tetapi turut melengkapkan trend fesyen masa kini selain daripada aspek teknikal asas enjin dan teknologi terbaharu.

“Vespa telah menggabungkan elemen penting dalam reka bentuk popular klasik dengan teknologi Piaggio terkini untuk menyediakan keseronokan tunggangan dalam bandar atau menikmati perjalanan santai di luar bandar,” kata Nik Danial Nik Mahmood.

“Inovasi teknologi terkini disemai dengan baik kepada gaya retro Vespa khas buat pelanggan-pelanggan kami dengan pakej gaya, praktikal dan ekonomi,” tambahnya.

Vespa LXV 150 boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Blue, Rossa Chianti (Maroon) dan Beige dengan harga jualan asas RM 11,658.00.

NAZA Premira menyasarkan penjualan sebanyak 2000 LXV 150 3V bagi tahun ini. Syarikat milikan Bumiputera itu turut merancang untuk membawa tiga lagi model pada tahun ini termasuk Vespa Primera. - Sinar Harian

TAKZIAH !!! 2 Gambar kemalangan maut libatkan kenderaan Karpal Singh



Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).


Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.


Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh." - Sumber Inikalilah

Wednesday 16 April 2014

SEDIH !!! 'Saya marah dia mandi laut'

NIK MUHAMMAD RAFFIQ


Nelayan turut membantu mencari Ikhwan dan Solihin yang hilang sebelum masing-masing berjaya ditemui petang kelmarin.

PAKA - DUNGUN. Sebaik melihat orang ramai mengerumuni pantai, jantungnya tiba-tiba berdebar, rasa tidak sedap hati kerana semalam (kelmarin), dia lihat anak lelaki jirannya mandi laut di situ.

Bagaimanapun segala persoalan yang bermain di fikiran seorang wanita berusia lewat 30-an itu terjawab sebaik dimaklumkan bahawa mangsa yang hilang di laut  itu adalah anak rakan baiknya seperti diduga.

Berikutan itu, Ramlah Wahab, 38, tidak dapat menahan sebak sebaik mendekati rakannya, Nora Ismail, 41, yang sudah berada di tepi pantai untuk menunggu usaha pencarian anaknya, Khairul Ikhwan Rochim, 15, yang hilang ketika mandi bersama empat lagi rakannya di pantai Kampung Cacar, dekat sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Mengimbas kembali detik sebelum tragedi, Ramlah berkata, sehari sebelum kejadian, dia datang bersiar-siar di tepi pantai dekat situ dan ternampak kelibat Ikhwan sedang berseronok mandi laut.

Menurutnya, walaupun Ikhwan bukan anak kandungnya, kerana naluri seorang ibu, dia  memarahi mangsa  seperti anak sendiri.

Kata Ramlah, dia menasihati Ikhwan supaya segera naik ke darat kerana keadaan arus laut ketika itu agak deras dan boleh membahayakan keselamatan jika terus mandi.

“Saya sudah melarangnya beberapa kali, jangan mandi laut, bahaya, dulu sudah ada orang mati lemas dekat sini.

“Tak sangka hari ni dia mandi lagi, kalau dia dengar nasihat saya, dia takkan lemas di sini, kenapalah dia mandi lagi hari ini,” kata Ramlah yang masih trauma dengan kejadian menimpa mangsa yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.

Menurut Ramlah, ketika tragedi itu berlaku, dia sengaja datang ke pantai Cacar untuk melihat sama ada Ikhwan masih mandi laut dan bercadang untuk memarahinya lagi jika terserempak dengan murid tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka itu.

Namun dia sama sekali tidak menyangka, orang ramai yang berada di situ rupa-rupanya sedang menunggu usaha pencarian mayat Ikhwan dan rakannya, Muhammad Solihin Mohamad Zaki, 15, yang dipercayai lemas.

Ibu rasa tak sedap hati

Ibu mangsa, Nora pula berkata, pagi sebelum kejadian, anaknya pergi ke sekolah, namun dia tidak tahu anak ketiga daripada enam beradik itu pergi ke arah pantai untuk mandi laut selepas pulang dari sekolah.


Kata Nora, ketika kejadian, dia berada di rumah dan rasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu perkara buruk bakal terjadi.

Namun dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dimaklumkan seorang rakan mangsa yang anaknya lemas di laut lalu bergegas ke pantai untuk mengetahui keadaan sebenar.

Bagaimanapun suasana makin hiba apabila Nora yang menunggu hampir satu jam usaha pencarian mangsa hilang itu terus bangun lalu berlari ke arah laut sebaik diberitahu penemuan mangsa kedua, dipercayai anaknya pada jam 6.45 petang.

Tambah menyayat hati apabila  Nora yang tidak dapat menahan sebak hanya menyebut kalimah ALLAH, selain mengusap kepala anaknya beberapa kali tanda syukur atas penemuan mayat mangsa selepas lebih satu jam dia dilaporkan hilang.

“Nak, mak datang sini, syukur mak dapat jumpa kamu.

“Tapi kamu dah tak ada lagi nak, kamu dah tak ada,” kata Nora yang tidak henti mengalirkan air mata.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, keseronokan lima sahabat mandi laut selepas pulang dari sekolah bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas.

Ketika kejadian, dua rakan mangsa, Hassan Basri Zulkifli, 15, dan Shahwalfri Shahriza, 15, cuba menyelamatkan kedua mangsa namun gagal kerana dihanyutkan arus deras, menyebabkan Solihin dan Ikhwan tenggelam timbul lalu lemas.

Seorang lagi rakan, Hazimi Luqman Zainal Ariffin yang turut berada di situ cuba mendapatkan bantuan orang ramai yang berada di warung tidak jauh dari pantai, namun sebaik bantuan tiba, mangsa sudah hilang dari pandangan.

Mayat Solihin ditemui jam 6.33 petang manakala Ikhwan ditemui jam 6.45 petang.

Dalam kejadian bulan lalu, seorang pekerja syarikat petrokimia juga mati lemas ketika mandi laut berdekatan lokasi yang meragut nyawa dua remaja berkenaan. Sinar Harian 

HARTA KARUN !!! 'Benda itu memang ada'

AMRAN ALI
Mohammad Foad

MELAKA  - Menggunakan perkhidmatan bot laju, jeti Pengkalan umbai Pernu kami tinggalkan.

Sekitar 20 minit, kaki sudah dapat menjejak Pulau Nangka. Pulau yang kini kembali menjadi sebutan.

Di Pulau ini, sesiapa saja tidak kira orang awam, wartawan atau jurugambar, tidak dibenarkan mengambil gambar  atas arahan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Kami hanya dibenarkan merakam pemandangan pulau di bahagian luar sahaja.

Pulau Nangka digazetkan sebagi hak milik Perbadanan Muzium Melaka sejak 1997.

Di persisiran pantai, bertemu beberapa petugas dipercayai kakitangan syarikat kontraktor dilantik Perzim untuk menjalankan kerja-kerja pencarian bukti mengenai wujudnya harta karun di pulau ini.

Kami dihalang memasuki kawasan lebih jauh dengan alasan tidak dibenarkan serta memberi amaran kawasan berkenaan amat merbahaya.

Selain bentuk muka bumi yang curam di bahagian belakang, pulau berkenaan dikatakan juga banyak dihuni makhluk halus dan keras.

Hampa kerana hasrat untuk meneroka Pulau Nangka tidak kesampaian, kami kemudian pulang semula ke tanah besar.

Di tanah besar, kami terus mendapatkan syarikat yang terlibat melakukan kerja-kerja penyelidikan di Pulau Nangka.

Dakwaan adanya harta karun bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, disahkan dengan bukti bergambar yang diperoleh syarikat itu.

Gambar-gambar tersebut merupakan artifak lama dipercayai digunakan pada zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka.


Menurut Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd, Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said, pihaknya mengadakan penyelidikan di pulau berkenaan kali pertama pada Julai 2012 dan menemui tiga tanda besar termasuk ukiran batu berbentuk bulan sabit.

Katanya, batu berkenaan diperbuat daripada batu kuarza yang dilekapkan pada batu laut dipercayai berusia lebih setengah abad di zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka.

“Selain itu, terdapat ukiran batu peta Pulau Nangka sendiri yang menunjukkan simbol bermaksud adanya pinggan mangkuk lama tersimpan di situ.

“Semua itu boleh jelas kelihatan semasa air laut benar-benar surut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Jelas Mohammad Foad, syarikatnya dipertanggungjawabkan untuk mencari bukti bergambar serta menjalankan kajian di Pulau Nangka selama tiga bulan dan akan berakhir sehingga penghujung April ini.

“Mengikut kajian geoteknikal yang dijalankan, memang wujud bahan artifak lama dan selama hampir tiga bulan ini, kami bukan menemui gua seperti didakwa tetapi merupakan bilik-bilik yang dibina oleh orang terdahulu di zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka.

“Saya tidak dapat pastikan berapa banyak barangan yang terdapat di dalamnya namun menerusi kajian geoteknikal serta imbasan imej bumi, mendapati memang wujud artifak berkenaan.

“Cuma sekarang ini halangannya struktur batuan yang amat keras dan perlu dipecahkan terlebih dahulu,” katanya.

Menurut beliau, binaan bilik-bilik berkenaan sama seperti struktur binaan Kota Melaka dan kemudiannya dikenali dengan nama Kota A Farmosa yang dibina oleh orang Melayu Melaka sendiri sebenarnya.

“Bilik-bilik berkenaan dibina mempunyai banyak fungsi, antaranya bilik mesyuarat dan pelbagai bilik lain. Lebih kurang 20 tahun lepas ketika struktur pintu utama masih elok, kita boleh masuk tapi sekarang pintu tersebut sudah runtuh jadi kita kena buat pintu baru, itu sebabnya tidak boleh masuk. - Sinar Harian

Restoran Warisan pamer keunikan tersendiri

ONNYIZWAN PULKEM FOTO: ASMAWAL ARSHAD

MENJAMU selera sambil menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan perkampungan yang dipelihara memang mengasyikkan dan sukar diperoleh di kebanyakan tempat, namun, Restoran Warisan Kampung Terachi menawarkan suasana flora di tengah bendang yang pasti menjadi kenangan indah bagi setiap pengunjung.

Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban, Restoran Warisan mempunyai keunikan tersendiri selain menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai.  

Lokasinya di Pusat Kraf, Perkampungan Budaya Terachi memberi peluang kepada pengunjung bukan sahaja boleh menikmati hidangan, malah mempelajari dan menghalusi kesenian dan keunikan kraf tangan penduduk yang dipamerkan. Produk kraf tangan ini dijual bersama produk industri kecil dan sederhana (IKS) lain yang diusahakan penduduk setempat bagi memenuhi permintaan pelancong.

Menjejakkan kaki ke restoran ini bukan sekadar untuk destinasi menjamu selera, malahan pada setiap malam minggu pelanggan turut disajikan dengan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan seperti bongai, caklempong dan joget lambak.

Difahamkan, persembahan bongai merupakan persembahan tradisi yang dianggotai oleh masyarakat setempat yang berusia lebih 70 tahun. Ia masih lagi tidak mempunyai pelapis meskipun anak-anak muda tempatan sedar bahawa persembahan bongai ini akan pupus apabila datuk dan nenek mereka kembali kepada ilahi.

Bongai, satu-satunya persembahan tradisi yang boleh didapati di Kampung Terachi ini. Ia gabungan alunan biola, nyanyian dan tarian yang mempunyai keunikan tersendiri.

Pemiliknya, Shuhaimi Sidek, 47, berkata, Restoran Warisan menampilkan kelainan berbanding restoran sedia ada di negara ini melalui gaya persembahan iaitu bukan sekadar daripada segi keenakan makanan, tetapi aspek nilai budaya cuba diketengahkan.

Memulakan perniagaan sejak Oktober 2009 lalu ia juga lokasi sesuai untuk mengadakan hari keluarga, jamuan korporat, hari jadi dan majlis perkahwinan memandangkan keluasan restoran ini mampu memuatkan lebih 400 orang pelanggan pada satu-satu masa.

Biarpun restoran ini berada di ceruk kampung, tetapi lokasinya mampu menjadi tumpuan kerana kemudahan yang banyak dan selesa selain keunikan budaya yang ditonjolkan.

“Di Malaysia peninggalan budaya dan warisan sejarah sememangnya unik. Ini terbukti melalui keunikan masakan yang diwarisi turun-temurun sejak zaman nenek moyang.


Di Negeri Sembilan, masakan tradisi seperti masak lemak cili api sememangnya terkenal kerana menggabungkan masakan tradisional diwarisi turun-temurun.

Justeru, kami mengetengahkan konsep Melayu daripada segi hiasan dalaman, manakala hidangan ditawarkan pula merangkumi masakan tradisional Negeri Sembilan dan masakan Thai. Makanan Thai juga diselingkan bagi memenuhi kehendak pengunjung luar dan tempatan,” katanya penuh yakin.

Berhampiran dengan Taman Rekreasi Ulu Bendul dan Istana Lama Seri Menanti membuatkan Restoran Warisan ini umpama tempat persinggahan bagi pengunjung yang ingin merehatkan minda sambil menikmati hidangan panas.

Menurut isteri pemilik, Sabariah Md. Ali, 44, pengunjung terutamanya dari luar Negeri Sembilan yang menjamu selera di sini berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di Ulu Bendul sambil menghayati kesan sejarah di Istana Lama Seri Menanti.

“Kami menyajikan menu mengikut permintaan pelanggan kerana pada hari biasa kebanyakan mereka adalah masyarakat setempat manakala hujung minggu pelanggan dari luar. Bagaimanapun jika pelanggan meminta menu yang tiada dalam senarai, kami masih menerima dan menyediakannya.          

"Antara menu menjadi pilihan pengunjung ialah rendang, daging dan ikan keli salai, masak tempoyak dan tomyam, selain masak tempoyak daun kayu, udang galah, asam pedas, stim atau kukus halia ikan dan ketam.

"Manakala air minuman yang sering menjadi pilihan pengunjung tempatan ialah Air Jando Pulang yang menggunakan air kelapa dicampur dengan gula. Selain itu, kami menawarkan minuman coconut shake dengan harga serendah RM1.90 segelas,” ujarnya menerangkan makanan dan minuman.

Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah berkunjung ke Restoran Warisan. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 12 tengah hari sehingga 11 malam. Lakukan tempahan awal bagi memastikan acara anda berjalan lancar. - Sinar Harian

GEMPAR !!! Feri bawa 450 penumpang karam





SEOUL- Korea Selatan mengerahkan pasukan pengawal pantainya menggunakan kapal dan helikopter untuk mencari dan menyelamat kira-kira 450 penumpang feri yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah yang karam di perairan selatan hari ini.

“Feri berkenaan karam dan tenggelam," kata jurucakap pengawal pantai.


“Terdapat kira-kira 450 orang dalam feri berkenan ketika kejadian. Operasi menyelamat turut dibantu oleh kapal komersial di sekitar perairan berkenaan," katanya.

Menurut AFP, laporan awal menyebut jumlah penumpang di dalam feri yang karam adalah 350 orang.

Kebanyakan penumpang di dalam feri adalah pelajar sekolah yang sedang dalam perjalanan ke sebuah pulau peranginan di Jeju. - Sinar Harian

MISTERIUS KEHILANGAN PESAWAT A4 SKYHAWK TUDM 1988 - Bahagian 2



Hari Pertama: Pak Muin dan kawan kawan nya dibawa ke kapal TNI untuk menunjukkan dimana lokasi pesawat tempur itu berada. Cuaca sangat baik dan air tenang. Perjalanan dari Tarempah menuju lokasi sekitar 2 jam. Apabila sampai, saya merasa tak sedap hati. macam ada sesuatu yang tak kena saja. laungan azan diazankan dari kapal TNI. beberapa anggota TNI dan TLDM bersiap sedia untuk menyelam. saya hanya duduk atas dek kapal saja. Terus terang saya katakan, saya merasa sangat takut ketika itu. kemudian penyelam turun ke dasar dengan berpandukan pada tali yang telah di ikat dahulu.. (kira kira 8 bulan yang lalu semasa saya datang sendiri untuk membuat penanda arah lokasi) Penyelam berlegar disekitar kawasan itu lebih kurang 30 minit. saya dapat lihat kesan buih buih dari tangki oksijen yang dilepaskan dari mulut penyelam. Jam 11.30 pagi... lebih kurang... langit kelihatan gelap dan mendung. Sekali ribut datang dan kapal terumbang ambing. saya masok ke kabin saya... penyelam segera naik kekapal. saya muntah teruk sebab mabok laut. tiada apa yang ditemui. Malam itu, selepas ribut reda, komandan TNI datang ke kapal pencari Malaysia....


Komandan TNI beritahu yang penyelam TNI mengikuti tali yang di ikat oleh pekerja Pak muin itu bukan nya pada ekor pesawat tetapi pada batu karang yang besar. Pak muin dan pekerjanya bersumpah mengatakan yang tali itu di ikat pada ekor pesawat tempur malaysia. Pak muin bersumpah dengan mengatakan yang pekerjanya semasa menyelam untuk mengikat tali itu sempat melihat dan menepuk nepuk badan pesawat itu yang dikatakan berwarna "abu abu" (kelabu agaknya) dan si pengikat itu sempat melihat dalam pesawat itu. itu pun agak kabur kerana sudah berlumut. akan tetapi yang jelas kelihatan adalah helmet putih (pilot pesawat pakai helmet ker?)... itu yang dijelaskan oleh pekerja pak muin semasa mengikat tali pada ekor pesawat bagi penanda lokasi. saya diam saja kerana saya pun takut dipersalahkan kerana pesawat itu tak ditemui. last sekali, komandan TNI beritahu, esok pagi mereka akan menyelam lagi di kawasan sekitar lokasi itu....


hari Kedua Operasi. Setelah solat subuh, kedengaran siren bagi menandakan semua anak anak kapal berkumpul di dek bagi mendengar taklimat darikomander TLDM & TNI. mereka bergabung tenaga bagi mengesan bagaimana pesawat tempur itu boleh hilang sedangkan ia nya telah diberitanda oleh orang orang Pak Muin. Banyak cerita cerita ganjil yang aku dengar dari penduduk tempatan dan mengapa pulau yang berhampiran lokasi penemuan pertama itu tiada berpenghuni. Dikatakan pulau yang tiada berpenghuni itu berpuaka konon nya dizaman dahulu ia didiami oleh pengamal ilmu sihir. dan berbagai bagai lagi cerita mitos yang tak masok akal didengar dari mulut penduduk tempatan....

Selesai sarapan, maka kami menaiki bot kecil menuju ke lokasi semalam dan kawasan pencarian dibesarkan. diver dari malaysia dan angkatan TNI memulakan selaman. Kali ini aku rasa agak cemas kerana mereka tak muncul muncul... hampir 20 minit mereka didalam air. Akhirnya komander TNI menembak sesuatu dari kapal nya ke dalam laut. bunyi agak kuat. barangkali itu agaknya isyarat untuk menyuruh mereka naik kepermukaan air. selang beberapa saat, kelihatan seorang demi seorang penyelam naik dan berwajah pucat. aku sendiri tertanya tanya, apakah yang menyebabkan mereka seperti orang takut... (Ben Senin... cerita cerita tahyul mereka ialah, pada zaman dulu mereka membuang ancak, kepercayaan tahyul yang berbentuk khurafat... dan mengamalkan ilmu ilmu yang bertentangan dengan akidah Islam.)


matahari yang pada mulanya nampak cerah, kini hilang dalam mendung. aku agak dah... hujan ribut akan turun. sejurus kemudian komandan TNI memaklumkan kepada komandan TLDM yang ribut akan melanda kepulauan Anambas (dari Natuna hingga ke Jemaja) dan aku dimaklumkan oleh komandan TLDM yang kapal harus meninggalkan lokasi pencarian. sama ada bertarung dengan ribut untuk balik ke Kuantan (base paling hampir) atau meminta jasabaik komandan TNI untuk berlabuh di Tarempa, Siantan. Ini kerana Tarempa dilindungi oleh beberapa buah pulau yang boleh mengurangkan kelajuan angin monson. Setelah berunding diantara kedua dua komandan, maka keizinan diberi untuk berteduh dari angin monson di Tarempa dengan syarat tiada seorang pun dibenarkan naik ke darat tanpa izin Bupati (di malaysia dipanggil Pegawai Daerah dan Komandan Setempat)... Maka dalam keadaan ribut yang baru melanda, dua kapal TNI mengiringi kapal TLDM untuk mencari perlindungan dari ribut di Tarempa. Aku hanya di dalam kabin dengan baldi kerana muntah melambak lambak sampai naik lembik badan. Aku sendiri tak sedar bila kapal telah sampai ke Tarempa. Sesadar aku, bila dah pagi.

Pagi yang cukup cerah. aku masih ingat lagi... permandangan Tarempa sangat cantik tapi kami hanya dapat melihatnya dari atas kapal sahaja. selesai sarapan, aku lihat ketua komandan TNI naik ke atas kapal TLDM untuk bertemu dengan komandan TLDM. aku tidak tahu apa yang dibincangkan. hampir 30 minit kemudian, komandan TNI bersalaman dengan kami semua dan memberitahu yang kami semua dibenar untuk naik ke daratan Tarempa sehingga jam 4 petang dan kemudian harus keluar dari perairan Indonesia kerana komandan TNI mendapat isyarat dari Jakarta untuk menamatkan Operasi mencari pesawat tempur itu. Aku dan crew kapal menaiki bot kecil milik TNI untuk ke darat Tarempa. Diadakan permainan bola tampar antara crew TNI dan crew TLDM. Aku rasakan keakraban dantara dua dua negara sangat baik dan saling bantu membantu. mereka sangat sangat simpati atas nasib Lt Abd Wahi yang hilang bersama pesawat tempur jenis Skyhawk sehingga ada yang menangis apabila diberitahu operasi harus dihentikan.

Apabila selesai membeli barang barang dan hasil hasil laut diTarempa, maka bot kecil TNI mula menghantar kami balik ke kapal induk. Waktu dah nak senja, semua berkumpul dan memberi tabik hormat antara satu sama lain (TNI & TLDM). kemudian kedua dua kapal TNI mengiring kapal TLDM sehingga ke perairan antarabangsa. Aku merasa sangat bersalah kerana gagal menemukan pesawat TUDM itu. sehingga hari ini aku masih merasakan kesalan itu apatah lagi Pak Cik Amin (Bapa Arwah Lt Abdul Wahi) yang sangat mengharapkan agar dapat dibawa kembalik.... jangan kata jenazah, tulang nya diharapkan dapat dibawa balik. itu lah kata kata Pakkcik Amin sebelum aku berangkat ke Natuna dulu. Sepanjang perjalanan pulang, aku berasa sangata kesal dan malu kerana gagal menemukan sesuatu yang menjadi harta kerajaan yang hilang di LCS.........


Oh... hampir aku terlupa memberitahu kenapa penyelam berwajah pucat. Semasa aku didaratan Tarempa, aku menghampiri salah seorang penyelam itu dan aku tanya kenapa muka kamu kelihatan pucat semasa naik dari menyelam. mereka geleng kepala dan tidak kata apa apa. cuma mereka kata..." jika disuruh saya menyelam lagi di tempat tadi, saya rela undur diri dari TNI! dan jika kami tidak dengar bunyi tembakan isyarat suruh naik, kami tidak akan naik.".... sampai sekarang aku tak tahu apa yang mereka lihat dan apa yang menyebabkan mereka ketakutan.Jam 7 malam ribut melanda lagi. terhumabg ambing kapal. aku beberapa kali jatuh dari katil kerana gelombang kuat menghempas kapal. aku ke kabik komandan dan bertanya, kemanakah hala tuju kapal ini. komandan memberitahu yang kapal menuju kuantan kerana untuk mengisi minyak dan bahan makanan sebelum berangkat pulang ke Lumut.....

Oh... hampir aku terlupa memberitahu kenapa penyelam berwajah pucat. Semasa aku didaratan Tarempa, aku menghampiri salah seorang penyelam itu dan aku tanya kenapa muka kamu kelihatan pucat semasa naik dari menyelam. mereka geleng kepala dan tidak kata apa apa. cuma mereka kata..." jika disuruh saya menyelam lagi di tempat tadi, saya rela undur diri dari TNI! dan jika kami tidak dengar bunyi tembakan isyarat suruh naik, kami tidak akan naik.".... sampai sekarang aku tak tahu apa yang mereka lihat dan apa yang menyebabkan mereka ketakutan.Jam 7 malam ribut melanda lagi. terhumabg ambing kapal. aku beberapa kali jatuh dari katil kerana gelombang kuat menghempas kapal. aku ke kabik komandan dan bertanya, kemanakah hala tuju kapal ini. komandan memberitahu yang kapal menuju kuantan kerana untuk mengisi minyak dan bahan makanan sebelum berangkat pulang ke Lumut.


Aku berkata dengan komandan, bila dan berapa hari lagi boleh sampai Lumut. komandan beritahu ... Lagi 2 hari baru boleh sampai Lumut. Aku cakap dengan komandan... boleh kah tuan, jika saya turun di kuantan dan naik bas untuk balik ke Kota Tinggi? Tuan komandan kata, boleh dan beliau akan aturkan kenderaan dari port untuk ke bas staion kuantan. setelah sampai di pengkalan tldm kuantan, aku merasa sangat lega dan terhoyong hayang bila berjalan diatas darat setelah hampir seminggu di laut. kenderaan tentera menghantar aku ke bas station kuantan dan aku menaiki bas untuk tujuan Johor Bahru dan turun di kota tinggi. berbagai bagai persoalan timbul dikepala aku hingga kini... diantaranya... kenapa penyelam TNI menjadi pucat dan ketakutan? apa yang mereka lihat? bagaimana mereka boleh terpukau didalam air... hanya Allah saja yang mengetahui. Ini adalah kisah yang aku alami dan sehingga kini aku merasa bersalah kepada Pakcik Amin kerana gagal menemukan apa yang diinginkan. Alfatihah untuk Lt Abd Wahi Bin md Amin. Jika sesiapa ingin meneruskan usaha mencari pesawat Skyhawk di Tarempa ini, boleh berjumpa saya terus. saya akan kenalkan dengan keyman yang boleh membawa anda ke lokasi nya. .... Wassalam....

Penceritaan asal : Raja Kamarazaman

Edit oleh : #DimMi dan #Katon

Saksikan dan Baca Bahagian 1

Sumber Komuniti Sejarah Military dan Teknologi Ketenteraan Dunia