Wednesday 26 February 2014

10 INDIVIDU TERKAYA MALAYSIA!!!

KRITIK!!! Chef Zam Pula Kritik Hidangan Makanan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)


Selepas Datuk Chef Wan mengkritik set nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airline System, giliran Chef Zam pula mengkritik makanan MAS.

 photo Untitled.png

Melalui Instagram beliau, Chef Zam menyatakan kekesalan beliau terhadap hidangan MAS yang disifatkan ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.

Gambar ini diberi kapsyen:

There is something terminally wrong with MAS food onboard. It is such a huge embarrassment not only to domestic passengers but most importantly to our foreign guests. How in the world can you promote this country as a food haven when their very first encounter with our so-called ‘cuisine’ is this ridiculousness?? It really embarassingly undermines the government’s effort i.e. MATRADE, Tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payers’ hard-earned money every year trying to paint a glorious picture of our cuisine to the world. Some people up there MUST go NOW!!  @Malaysia_airlines @Malaysiaairlines

Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Ia sepatutnya hidangan nasi putih dengan asam pedas ikan tetapi dikhabarkan ikan tidak ada dalam hidangan tersebut .Nasinya juga dikatakan ‘lembik’ dan sayur yang sedih, tanpa hidangan pencuci mulut.
Sebelum ini Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak sebenar Malaysia dan pilihan lauk yang sebenarnya.

Sumber beutifulnara

HORMAT Tempoh Edah, Adegan Intim Awie & Erra Fazira Dikurangkan

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Awie dan Erra

KUALA LUMPUR: Pengarah Konsert Teaterikal Suara Kita Erma Fatima menghormati permintaan Erra Fazira agar adegan intim melibatkan dia dengan Awie dikurangkan dalam teater berkenaan.

Erma berkata, dia memahami situasi Erra yang sedang dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas perceraiannya selain dia juga tidak mahu beraksi secara berlebihan pada pementasan itu nanti.

"Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu.

"Bagaimanapun dengan tempoh edah yang sedang dilalui Erra, saya hormati permintaannya untuk mengurangkan babak intim kerana ingin menjaga batas sepanjang tempoh itu," katanya kepada mStar Online.

alah satu adegan lakonan bintang filem Sembilu ini.

Erma ditemui ketika sesi latihan teater tersebut di Istana Budaya pada Selasa.

Selain Erra dan Awie, Konsert Teaterikal Suara Kita turut menampilkan Ziana Zain dan ia bakal berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pada 18 Februari lalu Erra, 40, mengejutkan peminat dunia hiburan apabila dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini selepas tujuh tahun hidup bersama.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun pada mulanya dia sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.

Ziana Zain (kanan) bersama Awie (tengah) dan Erra.

Jelas Erra, selain ingin menjaga batas selepas bercerai dia juga tidak mahu ada sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksinya dengan Awie di atas pentas nanti.

"Sebelum membuat keputusan itu kami duduk berbincang terlebih dahulu dan mujur Erma memahami," katanya.

Dalam pada itu, Erra mengakui agak penat sepanjang menjalani latihan teater berkenaan kerana perlu mempersiapkan diri dari segi lakonan, nyanyian dan tarian.

Bagaimanapun dia yakin dapat memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka pada pementasan itu nanti.

"Paling saya bimbang kerana perlu menyanyi secara 'live' dan sudah lama tidak berbuat demikian membuatkan saya sedikit gementar," ujarnya.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan oleh Erra adalah Pasrah, Jendela, Cinta Abadi dan Yang Terindah Hanya Sementara.

Sumber

PANAS!!! Neelofa pilih lelaki berusia?

WAN NASRAH ABDUL RAHIM
26 Februari 2014

Neelofa

SIAPA tak terpikat dengan kecantikan pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini, malah, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa punya pakej lengkap sebagai selebriti dan aura tersendiri.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki yang ingin mendekati dan menjadikannya sebagai teman istimewa mereka tak kurang pula yang ingin memperisterikannya.

Diusik soal cinta dan jodoh, walaupun Neelofa tidak meletakkan syarat tertentu, namun dia mengakui ingin calon pilihannya nanti mendapat restu daripada orang tua serta keluarganya.

Bahkan, anak ketiga daripada sepuluh beradik yang sering saja menjadi perhatian lelaki ini rupanya lebih selesa berkawan dengan lelaki berusia.

“Saya seorang yang simple dan easy. Asalkan saya selesa dan paling penting disukai ibu saya itu sudah cukup. “Tapi saya tak mahu letakkan apa-apa syarat dan kriteria tertentu, kerana kita takkan dapat orang yang betul-betul kita nak. Setiap orang berbeza dan unik, apa yang pentingnya keserasian dalam hubungan. “Jadi, jika berjumpa dengan orang yang benarbenar sesuai dengan karakter saya akan terima.

Tapi apa yang paling penting saya mahukan seorang yang bijak dan lebih berusia, kerana mereka lebih matang,” katanya. Akui masih belum menemui calon yang sesuai, pelakon cantik ini berkata, dia lebih selesa berkawan dengan sesiapa saja yang ingin mendekatinya.

Bagaimanapun restu orang tua tetap diutamakan terlebih dahulu. “Bukan mudah mencari pasangan yang benarbenar memahami serta ikhlas, setakat ini saya belum jumpa yang sesuai.

“Lagipun, ramai kawan saya yang berkahwin muda mempunyai masalah akhirnya bercerai,” katanya yang tidak mahu menjadikan percintaan sebagai fokus utamanya memandangkan dia lebih memberikan tumpuan terhadap karier bagi jaminan masa depan.

Menurut pelakon filem Lemak Kampung Santan ini, umur bukan penentu seseorang itu untuk melangkah ke fasa seterusnya, namun dirinya perlu lebih matang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Sekarang ni fokus saya nak kumpul duit beli rumah dan mencapai cita-cita saya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.

Tidak kisah dibenci 

Lumrah bergelar selebriti pasti ada yang menyanjungi, tak kurang juga yang membenci. Bagi pelakon drama Kau Yang Terindah ini, dia juga tidak kisah andai ramai yang tidak menyukainya, namun dia sangat berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa bersama-sama dan menyokong kariernya.

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih di atas sokongan positif daripada peminat dan media yang sudi bekerjasama dengan saya. Susah saya nak capai cita- cita tanpa bantuan semua.

“Tentang orang yang membenci saya tak fikir dan tak kisah apa pun tentang mereka yang penting, saya tak mahu respons mereka apa-apa,” katanya

Menurut Neelofa, laman sosial miliknya juga pernah dihujani dengan pelbagai kutukan dan cacian, namun dia lebih  selesa membiarkannya berlalu begitu sahaja.

"Kalau dilayan ia pasti semakin menjadi. Lebih baik saya diam sahaja.  Terpulanglah mereka nak kata apa. Namun hakikatnya, saya dah banyak berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Masih lagi menerima kritikan yang hebat gara-gara menyarungkan fesyen jumpsuit ketika mengendalikan Anugerah Meletop Era, baru-baru ini, Neelofa berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya. Bagaimanapun, dia tidak mahu lagi memperbesarkan lagi isu tersebut.

“Saya tak rasa cemar imej saya, kerana perkara itu melibatkan banyak pihak, bagi saya itu adalah perkara normal,” kata Neelofa yang akan lebih berhati-hati selepas ini.

Jual tudung

Seperti selebriti lain, aktres berusia 25 tahun ini, juga tidak ingin melepaskan peluang menceburi bidang perniagaan.

Kini, Neelofa sudah mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan menjual tudung.

“Saya menjadi pembekal kepada sebuah tudung di Labenon iaitu Bakutta, bagi saya ada sesuatu yang menarik tentang tudung ini.

“Disebabkan itu saya bersedia untuk membekalkannya di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu, dia mahu penuhi segala harapan ibu bapanya dan berazam membalas jasa mereka sekali gus berusaha menggembirakan mereka.

“Tahun ini saya tak nak bazirkan, saya mahu apa yang saya rancang akan tercapai,” katanya yang mahu mengejar kejayaan hasil titik peluh sendiri sekali gus membeli aset untuk masa hadapan.

Sertai filem muzikal

Menyentuh mengenai karier seninya, Neelofa mengakui, dia kini semakin banyak menerima tawaran dalam bidang lakonan.

Malah pengacara Meletop ini memberitahu, dia terpaksa memilih supaya jadualnya tidak terlalu padat dengan tawaran lakonan semata-mata.

“Saya sedang menjalani penggambaran filem Sinaran. Ini kali pertama saya menjalani penggambaran filem muzikal. Memang ia satu cabaran baharu bagi saya, dan saya suka dengan kelainannya kerana bergenrekan muzikal.

“Saya kena mula hafal lagu dan menari, jadi badan tu agak letih. Mungkin selepas ini saya sambung dengan tawaran lain untuk seimbangkan lakonan dan pengacaraan,” katanya yang akan menjalani penggambaran di
Singapura pada awal bulan ini.

Sumber

TERKINI!!! Pasangan Malaysia Di Sweden: Aishah Beri Testimoni Samar Dan Tidak Pasti

Oleh QISHIN TARIQ

Aishah, 14, (kanan) bersama adik-adiknya, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7.

STOCKHOLM: Anak perempuan kepada pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak mereka, memberikan testimoni yang tidak pasti dan samar-samar, dengan mengatakan bahawa isu keluarga adalah rahsia.

Aishah, yang kelihatan mengelak dalam wawancara susulan yang telah dirakam , berkali-kali berkata bahawa dia tidak pasti atau telah lupa mengenai butiran peristiwa yang menjangkau dua tahun lepas.

"Saya tidak berasa selesa memberitahu mengenai perkara ini," katanya, yang menyebabkan polis wanita yang menemubualnya bertanya siapakah yang memutuskan bahawa perkara tersebut adalah rahsia.

"Bagi saya, ia adalah rahsia . Ianya memalukan. Adalah lebih baik untuk tidak bercakap kepada sesiapa," kata Aishah.

"Saya rasa perkara tidak baik yang memberitahu ibu tidak tahu kira-kira, " dia menjawab, apabila ditanya bagaimana dia merasakan bercakap kepada pihak polis.

Ibu bapa Aishah, Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin ditahan sejak 18 Disember tahun lalu selepas anak lelaki sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Apabila ditanya untuk mengimbas peristiwa dipukul oleh ibu bapanya, Aishah berkata, dia tidak ingat kerana ia "sudah lama" berlaku.

"Saya mempunyai ingatan yang lemah. Saya mudah terlupa sesuatu perkara, " kata Aishah, dalam satu temubual yang dirakam, ditunjukkan di dalam mahkamah daerah Solna di sini.

Jawapannya yang kabur membawa kepada polis untuk bertanyakan soalan yang sama, yang mana Aishah menjawab "mengapa saya perlu katakannya lagi?"

Walaupun enggan menjawab, Aishah tidak mahu berehat apabila polis bertanya adakah mereka patut berhenti bagi penemuduga meneliti keterangannya.

Aishah mendedahkan bahawa ibunya Shalwati sering memberi amaran kepada anak-anak mereka menggunakan penyangkut baju apabila mereka tidak mengikut arahan.

"Dia (ibu) memberi amaran dengan menakut-nakutkan kami. Saya sudah biasa dengan perkara itu , jadi saya tidak berasa takut dan hanya melakukan apa yang dia beritahu saya untuk buat," kata Aishah.

Aishah bagaimanapun enggan menyatakan sebarang insiden baru-baru ini yang melibatkan bapanya, berkata "Saya benar-benar terlupa mengenainya."

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan pencabulan integriti kanak-kanak secara kasar, dengan memukul dan mendera anak-kanak mereka.

Kesalahan-kesalahan itu didakwa berlaku di rumah keluarga berkenaan di Spånga, di pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan diteruskan pada 28 Februari.

Sumber

HOT!!! Fenomena kali kedua

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Ihsan Azlan Yaacob dan Ashman


DUA bintang yang pernah bergelar tunangan ini begitu profesional dalam bab kerja.

ERRA kembali solo dan kuota Awie masih ada tiga berbaki. Sama ada mahu akur ataupun tidak, persoalan ini yang bermain di benak fikir sekian banyak daripada pemerhati industri hiburan tempatan, selepas Erra yang pernah diangkat sebagai ‘primadona filem Melayu moden’ itu sah bercerai dengan suami keduanya, minggu lalu.

Justeru, setiap gerak dan geri baik Erra mahupun Awie ketika ini dalam perhatian banyak pihak. Konsert Teaterikal Suara Kita menjadi tiket paling ‘selamat’ untuk mengelak persepsi tidak baik terhadap kedua bintang besar dunia seni tanah air ini.

Apapun yang berlaku, hidup perlu dilihat daripada pandangan positif, tidak boleh memandang ke belakang. Erra kekal dengan aktiviti seni, memacu ke hadapan tanpa ada titik henti melayan duka.

Wanita penuh ketabahan yang berdikari sedari usia kecil ini malah kelihatan begitu ‘bertenaga’ untuk memberi dorongan kepada lelaki yang suatu waktu dahulu pernah menjadi tunangannya, melalui karya seni ini.

Benar sekali, mereka begitu profesional dan tidak melayan sebarang cakap-cakap belakang. Bagi mereka, ini projek sulung bersama, ditambah kolaborasi dengan Ziana Zain, mereka bakal mencipta fenomena sekali lagi.

Kurang dari seminggu sahaja lagi, Konsert Teaterikal Suara Kita akan dipentaskan di panggung berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya.

Bermula 3 hingga 9 Mac ini, kegemilangan lima filem Melayu terhebat lakonan mereka yang mencatat jualan ‘pecah panggung’ iaitu Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana dan Merah bakal mengembalikan nostalgia penonton yang pernah menyaksikannya sekitar tahun 1990-an dahulu.

Ini kerana, di Istana Budaya nanti, beberapa babak daripada kelima-lima filem itu bakal digabungkan menjadi satu cerita yang sekali gus, akan merealisasikan idea penerbitan konsert yang turut diselang-selikan dengan adegan teater itu.

Mendapat sokongan penuh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, konsert tersebut dijangka mendapat sambutan hebat penonton dan mencipta fenomenanya yang tersendiri memandangkan ketiga-tiga nama itu kekal dengan magis tersendiri dalam persada seni hiburan tanah air.

Memulakan sesi latihan lebih dua minggu lalu, konsert yang bernaung di bawah produksi Awie Entertainment Sdn. Bhd. itu adalah projek sulung Awie sendiri yang mendapat sentuhan pengarah drama dan teater terkemuka, Erma Fatima.

Selaku penerbit, Awie ketika ditemui semasa sesi latihan berkata, dia amat berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Erra sepanjang sesi latihan yang diadakan. Malah, komitmen Ziana Zain dan kesemua tenaga dibelakang juga membuat persiapan yang begitu dinamik untuk konsert.

"Sejak hari pertama latihan sehingga ke hari ini, barisan bintang utama iaitu Erra, Ziana dan saya sendiri serta pelakon pembantu telah memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan konsert ini. Erra sendiri tidak menunjukkan sebarang masalah, dengan apa yang terjadi kepada cerita peribadinya. Saya lihat dia sangat fokus.

"Sebagai contoh, walaupun Erra pada masa yang sama harus menjalani rakaman program Primadona yang diterbitkan oleh Astro, dia masih lagi dapat mengikuti sesi latihan bersama produksi ini asalkan bijak membahagikan masa," katanya.

Pada peringkat ini, tambah Awie, sesi latihan lebih menumpukan kepada penghayatan skrip dan juga jalan cerita serta lagu yang akan dipentaskan pada malam konsert nanti.

Menurutnya, tahap lakonan yang ditunjukkan setiap pelakon terlibat berada pada skala yang memuaskan. Cuma ada beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

"Berlakon, menari dan menyanyi dalam masa yang sama adalah sesuatu yang boleh dikatakan agak sukar untuk dilakukan. Bak kata pepatah Inggeris, Practice Make Perfect.

"Transisi atau peralihan dari satu babak ke babak yang lain yang diselang-selikan dengan nyanyian lagu tema filem-filem tersebut perlu tepat supaya tidak ada yang mencacatkan persembahan," katanya.

Debaran bersulam teruja

KALI pertama menerbitkan sebuah program yang boleh dikatakan mega, Awie selaku empunya syarikat produksi tidak menafikan bahawa setiap hari-hari yang dilalui ditempuhinya dengan rasa penuh debaran bersulam teruja.

Dia amat berdebar menantikan pementasan konsert itu kerana ia mempertaruhkan nama-nama besar serta idea yang boleh dikatakan gempak yang secara tidak langsung meletakkan harapan tinggi kepada penonton yang mengeluarkan wang membeli tiket.

"Apabila ada nama besar yang terlibat dalam satu persembahan, semestinya penonton mengharapkan sebuah karya yang mampu memberikan kepuasan maksima, berbaloi dengan wang yang dikeluarkan mereka.

"Ia merupakan satu risiko yang perlu diambil dan diuruskan secara teliti agar apa yang dicitakan tercapai. Jika tidak berjaya, ia menjadi buah mulut orang yang lantas memberi persepsi negatif kepada saya dan individu penting yang terlibat," jelasnya.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Awie menjelaskan, keterujaan itu juga dirasai kerana sudah lama tidak berkerja bersama Erra dan Ziana. Masa lalu hampir 20 tahun ditinggalkan, seolah kembali di depan mata apabila dapat bersama-sama semula dengan insan-insan berkenaan.

"Saya juga tahu bahawa peminat kami juga menanti-nantikan detik ini untuk melihat kami bertiga beraksi bersama di dalam satu karya semula. Mereka tidak akan dihampakan dan kami kembali untuk memberi ‘sesuatu’ kepada mereka. Kali terakhir kami bekerjasama adalah bagi menjayakan filem Merah pada 1996. Bayangkan, betapa lamanya kami tidak bersua dalam satu karya yang sama.

"Hampir 20 tahun berlalu dan kini kami kembali bersatu menerusi konsert ini dan ia adalah sesuatu yang begitu mengujakan kami. Harap kami mampu membuat terbaik dan tidak mengecewakan serta mendapat respons positif peminat," ujar Awie.

Sumber

GEMPAR!!! Katy Perry Bakar dan Lumat Lafaz Allah



Penyanyi asal Los Angeles, Amerika Serikat, Katy Perry kembali membuat kejutan. Dalam video klip terbarunya berjudul 'Dark Horse', penyanyi yang baru saja dinobatkan sebagai Ratunya Twitter itu membakar lafaz Allah. Tak pelak, video featuring Juicy J itu pun menyulut amarah sejumlah pihak, terutama umat Islam.

Video klip berkonsep 'Katy Patra' itu kental nuansa mistis dan 'hidden' agenda. Sejumlah simbol satanic bertebaran di video klip tersebut, seperti simbol Mata Ra, piramida terpenggal, ular, patung Firaun, hingga kepala banteng.

Adegan pembakaran lafaz Allah dimulai pada menit 01.05, dimana seorang pria berpenampilan Timur Tengah datang menghadapnya. Pria itu membawa sebuah berlian besar yang akan dipersembahkan kepada Katy yang berperan sebagai Ratu Cleopatra. Penampilan pria itu terlihat modis dengan memakai sejumlah perhiasan, termasuk kalung berliontin dengan lafaz Allah.

Di menit 01.11 hingga 01.15, Katy membakar pria itu dengan cahaya berwarna biru. Pria itu lalu menjadi butiran pasir. Gilanya, Katy menggigit liontin berlafaz Allah itu dengan tatapan garang. [ROL/bersamadakwah]

Sumber

KEJAM!!! Dua beradik mati dikelar amah

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa, Nurul Huda Kosnon dan Sharul Rezuan

Foto
Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.

Foto
Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.


"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Foto
Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.

Sumber

GEMPAR!!! Budak disangka sampah

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Februari 2014

Budak disangka sampah
  • Kereta terbabit yang dipercayai melanggar kanak-kanak tersebut. - Foto Sinar Harian

SABAK BERNAM - Disangkakan sampah, rupa-rupanya seorang budak. Itulah trauma yang dihadapi seorang pemandu kereta BMW apabila melanggar anak jirannya berusia lapan tahun di halaman rumahnya di Taman Perumahan Jalan Radin, Sekinchan, yang disangka sampah, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Pua Yen An, gagal diselamatkan apabila mati dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang akibat kecederaan serius dan pendarahan di bahagian anggota badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu berlaku sewaktu pemandu lelaki berusia 60 tahun itu cuba menggerakkan kenderaannya yang berhenti di halaman rumah.

“Sebelum kejadian, pemandu terbabit dipercayai mengundurkan keretanya keluar dari rumahnya dan kemudian memberhentikan kenderaannya untuk mencari dokumen dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Noor Mushar berkata, lelaki yang menjumpai dokumennya itu terus menekan pedal minyak untuk meneruskan perjalanannya, bagaimanapun dia tiba-tiba terlanggar satu objek hingga menyebabkan kenderaannya bergoyang sebelum bertindak memberhentikan kereta terbabit.

“Apabila turun dari keretanya, pemandu yang pada mulanya ingin memeriksa kenderaannya terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring dalam keadaan anggota badannya berlumuran darah,” katanya.

Beliau berkata, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu terus memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa yang tinggal berhampiran dan terus membawa anaknya itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, anak mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam dan disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang.

Beliau berkata, siasatan kes kemalangan itu dijalankan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Sumber