Monday 17 February 2014

TERKINI!!! Rangkuman keputusan perlawanan bola sepak Eropah

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Berikut rangkuman keputusan perlawanan bola sepak Eropah yang berlangsung awal pagi ini.

PIALA FA (ENGLAND) - Pusingan Kelima:
Arsenal 2 - Liverpool 1
Everton 3 - Swansea 1
Sheffield United 3 - Nottingham Forest 1

LA LIGA (SEPANYOL)>
Granada 1 - Real Betis 0
Getafe 0 - Real Madrid 3

SERIE A (ITALI):
Juventus 3 - Chievo 1
Sassuolo 0 - Napoli 2
Catania 3 - Lazio 1
Genoa 3 - Udinese 3
Atalanta 0 - Parma 4
Cagliari 1 - Livorno 2

BUNDESLIGA (JERMAN):
FC Augburg 0 - Nurnberg 1
Hertha Berlin 1 - VfL Wolfsburg 2

LIGUE 1 (PERANCIS):
Lyon 3 - Ajaccio 1
Evian 2 - Lille 2

EREDIVISIE (BELANDA):
Cambuur 3 - FC Zwolle 1
NAC Breda 1 - Feyenoord 1
FC Groningen 1 - Go Ahead Eagles 0
Ajax 3 - SC Heerenveen 0

Sumber

Isteri pun boleh bohong suami

MUHAMAD MAT YAKIM
14 Februari 2014

MUHAMAD MAT YAKIM
Muhamad Mat Yakim

KEPADA suami, pernahkah anda dibohongi isteri? Isteri pula, pernahkah anda membohongi suami?

Saya tidak mengharap jawapan untuk soalan itu kerana pernah atau tidak pernah, sedar atau tidak, jawapan hanya ada pada diri anda sendiri. Cuma apa yang saya boleh katakan, tidak salah bagi isteri berbohong kepada suami, bergantung pada bagaimana dan apa tujuan pembohongan itu!
 
Mungkin ada yang masih ingat, tidak lama dahulu saya pernah menulis bahawa tidak dianggap salah bagi seseorang suami membohongi isterinya, juga bergantung pada bagaimana dan apa tujuan pembohongan itu.
 
Justeru, apa yang saya tulis ini adalah untuk menjelaskan bahawa sebenarnya keharusan untuk berbohong itu sama ada suami kepada isteri atau isteri kepada suami hukumnya sama selagi berada dalam ruang lingkup syarat-syarat yang diharuskan.

Saya nak bagi contoh, perut saya adalah seumpama tembikai masak dari ladang yang paling subur. Sudah sekian lama, apabila saya minta komen isteri mengenai 'tembikai masak' saya ini, dia kata "ok saja!"

Apabila saya merungut, dia menyabarkan saya. Ini meyakinkan saya bahawa dia memang tidak kisah. Lama kelamaan, saya pun ikut tidak kisah. Sebagai suami yang baik, keutamaan saya sudah tentu kepada isteri. Saya bertanggungjawab untuk jaga pandangannya terhadap saya. Apa yang dia tidak suka, saya perlu elak termasuklah dalam hal imej dan penampilan.
 
Jadi apabila dia kata 'ok' atau 'tak kisah' saya pun jadi tidak kisah. Makan minum bak kata orang, 'membujur lalu, melintang patah'.

Tiba-tiba beberapa hari lepas, di luar pengetahuan saya, isteri beli secara online tali pinggang menggunakan kuasa bateri yang gunanya untuk membakar dan memecahkan lemak pada 'tembikai masak' saya.
 
Ketika tali pinggang itu dihantar, hanya saya yang berada di rumah dan terkejut juga saya apabila ianya adalah untuk saya sedangkan bukan saya yang memesan tali pinggang itu. Dan lebih terkejut lagi apabila kotaknya dibuka, saya tengok rupa tali pinggang itu seakan yang selalu dibawa Stone Cold dan Tripple H dengan gambar lelaki perut berketak.
 
Setelah membelek itu ini, baharulah saya faham apa yang selama ini dikata ok oleh isteri mengenai 'tembikai masak' saya sebenarnya tidak ok. Niat dan tujuannya untuk menjaga hati saya supaya tidak tersinggung!

Memang dalam kebanyakan keadaan, kita suami isteri perlu berterus terang. Tetapi bayangkan kalau kita bersikap terlalu jumud dan langsung tidak ada keanjalan dalam komunikasi, bagaimana perasaan pasangan?
 
Hakikatnya, kita adalah manusia yang punya hati dan perasaan. Ada ketika kita boleh terima kenyataan berterus terang orang lain, dan ada masanya juga kita akan tersinggung meskipun apa yang dikata itu betul.

Dalam konteks saya dengan isteri, sudah tentu sukar bagi saya untuk terima malah mungkin saya akan merajuk tidak makan nasi berhari-hari jika dia menjawab begini: "Betullah, memang perut abang tu boroi, macam orang mengandung 12 bulan. Buruk la.. Eeee, tak suka la tengok!!!"

Lalu apabila dia guna strategi dengan membelikan saya tali pinggang Stone Cold itu, saya terima malah saya teramat faham mesej yang cuba disampaikannya bahawa dia memang tidak suka 'tembikai masak' saya. Maka saya pun terima hadiah itu dengan senang hati dan memakainya setiap hari. Sekarang saya hanya tunggu masa untuk dipanggil 'abang ketak'!
 
Berbalik kepada soal bohong yang diharuskan, hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ummu Kalsum RA bahawa berbohong diharuskan dalam tiga keadaan iaitu ketika berperang, mendamaikan dua pihak yang bermusuhan dan juga antara suami isteri untuk menjaga hati ataupun menggembirakan hati satu sama lain sekali gus memantapkan lagi kebahagiaan rumah tangga.
 
Seorang ustaz memberitahu saya, pembohongan seperti ini disebut kazbul beidh atau white lie kata orang putih. Istilah orang kita, bohong sunat tetapi saya tidak suka istilah itu kerana sunat dikaitkan dengan Rasulullah SAW sedangkan Nabi sifatnya siddiq, tidak pernah berbohong. Wallahua'lam.

Sumber


PADAH!!! Dirogol lebih lima lelaki

WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Februari 2014

Zaharudin Rasip
Zaharudin Rasip

TUMPAT - Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Geting di sini.

Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini menerusi laman sosial.

Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi.

“Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal.
"Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya.

“Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir.
“Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan diri," katanya.

Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah di Pangkalan Chepa.

Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini.

“Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Sumber

PANAS!!! Tak timbul isu itu - Bocey

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my


PROGRAM popular Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) telah pun melabuhkan tirainya pada minggu lalu malah bahang kemenangan yang diraih kumpulan Sepahtu masih menjadi sebutan ramai.

Di sebalik kejuaraan Sepahtu, nama kumpulan Bocey juga terheret kerana ada pihak menyifatkan trio itu layak menyandang gelaran juara pada malam akhir pertandingan yang menawarkan wang tunai sebanyak RM500,000 sebagai taruhan.

Secara amnya ramai berpendapat berbanding Sepahtu, Bocey punya potensi besar untuk menjuarai MLM2013 kerana mempunyai idea yang segar dan tidak klise.

Lalu timbul isu yang mendakwa bahawa kemenangan Sepahtu telah dirancang.

Pelbagai spekulasi muncul mendakwa bahawa usaha untuk menjadikan Bocey sebagai juara ‘terhalang’ kerana kumpulan tersebut tidak lahir daripada produk Astro.

Tidak mahu menuduh Pancaindera mendapatkan Bocey yang menduduki tangga ketiga pada malam kemuncak MLM2013 untuk mendengar pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Ini adalah penjelasan Bocey yang diwakili oleh Abam.

Ada yang mempertikai kejuaraan pertandingan MLM2013 tempoh hari wajar diberikan kepada Bocey. Apa pandangan kalian?
Sejujurnya apa-apa pun keputusan tempoh hari adalah sesuatu yang tak dijangka. Kami tak pernah mempertikai keputusan juri dan undian ramai untuk Sepahtu. Kami pun dah cukup puas hati dengan kedudukan ketiga walaupun kami tak begitu popular berbanding Sepahtu dan Shiro. Kami pun tak sangka mampu sampai ke tahap itu.
Sebagai peserta takkan tidak simpan hasrat untuk bergelar juara? Apalagi rata-rata penyokong bersetuju bahawa Bocey lebih banyak idea berbanding Sepahtu?
Kami buat persembahan lawak dengan ikhlas dan lebih pentingkan erti persahabatan. Kami tak sasarkan untuk menang pun sebab kami percaya kalau ada rezeki jadi juara maka sudah tentulah kami akan mendapat rezeki itu. Tapi keputusan menempatkan kami pada kedudukan ketiga, itu pun sudah bersyukur sebab bukan senang nak capai tahap itu.
Ternyata kesepakatan kami akhirnya membawa kami sampai ke peringkat ini dan membawa hasil yang tak terjangka. Malah kami juga percaya, Sepahtu layak menyandang gelaran juara. Mereka disokong oleh peminat yang ramai.
Memang tak rasa Bocey patut menang?
Macam kami cakap... itu semua rezeki. Lagipun kami sedar, kami ini tak popular dan masih baru berbanding Sepahtu. Jadi mungkin sukar untuk kami untuk memenangi hati semua orang. Kami rasa isu ini tak patut dipanjangkan.
Selain isu kemenangan timbul juga cerita kononnya Bocey jika tanpa Abam tidak akan ke mana. Komen?
Tak adalah. Kami semua ada kelebihan masing-masing. Sebelum persembahan kami akan berkongsi idea dan berbincang apa yang boleh dan tak boleh. Kebanyakan masa juga kami banyak merujuk pada mentor kami, Afdlin Shauki.
Apa perancangan Bocey selepas MLM2013 terutama dengan wang kemenangan tempoh hari?
Wang kemenangan belum lagi kami perolehi. Setakat ini perancangan kami untuk mengadakan kenduri kesyukuran sempena kemenangan di tempat ketiga. Namun pada masa yang sama kami merancang untuk menyertai pusat gimnasium.
Macam saya perancangan itu dibuat bukan sebab saya nak kurus tetapi lebih kepada penjagaan kesihatan. Kami faham imej adalah amat penting apabila sudah bergelar public figure. Kami juga sedar untuk membuat persembahan kami perlu memastikan diri sentiasa bertenaga. Selain itu kami juga mahu buat perubahan imej yang bersesuaian.

Sumber


GEMPAR!!! Denmark haramkan sembelih cara Islam, Yahudi

WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Februari 2014

Kambing
Gambar Hiasan

DENMARK - Denmark akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional Yahudi.

Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.

Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.

Ini bermakna umat Islam dan orang-orang Yahudi yang tinggal di Denmark tidak lagi akan dapat membeli daging mereka daripada penjual daging tempatan, dan mereka perlu membeli daging halal yang diimport.

Kementerian itu berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi haiwan.

Walau bagaimanapun , umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan.

Pesuruhjaya Eropah untuk Kesihatan, Tonio Borg, mengutuk larangan itu dengan berkata ia " bercanggah dengan undang-undang Eropah."

Menteri Pertanian dan Makanan Karen Hækkerup pula menyedari bahawa orang Islam dan orang-orang Yahudi kecewa dengan peraturan baru ini , tetapi menegaskan bahawa kementerian tidak akan mengubah dasarnya.

Sumber

GEMPAR!!! Penganggur derhaka kepada ibu dijel dua tahun


KOTA BHARU 17 Feb. - Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yang derhaka terhadap ibu mereka akan mendapat balasan di dunia." - (Riwayat Hakim)

Demikianlah yang terjadi kepada seorang penganggur yang tergamak mengugut untuk membunuh dan juga membaling pasir terhadap ibunya hanya kerana hendak mendapatkan wang.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu yang dilakukan pada bulan lalu menyebabkan tertuduh, Rosmidi Hamid, 42, hari ini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu setelah Rosmidi mengaku bersalah melakukan ugutan untuk mencederakan ibunya, Mek Limah Che Mat, 71, selepas melempar pasir ke kepala mangsa kira-kira pukul 6 petang, 16 Januari lalu di rumah mereka di Kampung Pasir Hor, di sini.

Rosmidi didakwa mengancam hendak mencederakan ibunya dengan berkata, “Kalu mu tok beri duit, aku katok mu mapuh bagi pecah palo (kalau kamu tak beri duit, aku akan pukul kamu hingga pecah kepala)." - UTUSAN ONLINE

Sumber

Kebakaran!!! Kanak-kanak dua tahun ditemui rentung

17 Februari 2014

BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Rozhan, Cheruk Tok Kun di sini hari ini.

Mayat Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri, 2, ditemui di sebuah bilik di tingkat bawah rumah papan dua tingkat itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata kebakaran pada pukul 11 pagi itu menyebabkan rumah yang didiami keluarga kanak-kanak berkenaan musnah sepenuhnya.

"Nenek dan abang mangsa yang ketika kejadian turut berada dalam rumah itu sempat menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata tiga jentera dengan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Bukit Mertajam dan Perda serta dibantu bomba sukarela mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sementara itu, Siti Zanyah Yaakob, 74, berkata ketika kejadian dua cucunya iaitu Nurul Adryana Lateesya dan Danial Mukhriz, 4, berada di dalam rumah bersamanya manakala ibu bapa kanak-kanak itu keluar berkerja.

"Mereka memang tinggal bersama mak cik di rumah ini dan ketika kejadian hanya kami bertiga berada di rumah. Suami mak cik bekerja dan dua lagi cucu bersekolah.
"Masa tu mak cik sedang solat (sunat) duha di dalam bilik dan Nurul Adryana serta abangnya sedang bermain dalam bilik yang sama. Mak cik berhenti solat selepas terbau asap dan rasa bahang panas...bila keluar dari bilik mak cik nampak api berhampiran tangga dan kami terus keluar dari rumah," katanya.

Siti Zanyah berkata beliau hanya menyedari Nurul Adryana Lateesya masih berada di dalam rumah selepas diberitahu oleh abang kanak-kanak itu.

"Kami cuba menyelamatkannya tetapi api marak dengan cepat," katanya. 

Ibu bapa kanak-kanak itu, Siti Salwani Othman, 28, dan Mohammad Asyri Zakaria, 30, yang turut berada di tempat kejadian enggan ditemu bual.

Pasangan yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Bukit Tengah itu mempunyai tiga anak perempuan dan seorang lelaki berusia antara dua dan tujuh tahun. Nurul Adryana Lateesya adalah anak bongsu pasangan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) Datuk Mohd Salleh Man yang turut melawat keluarga mangsa menyampaikan sumbangan wang tunai dari ZPP. - Bernama

Sinar

GEMPAR!!! Sharifah Zarina Beri Pengajaran Pada Penulis Blog Tidak Beretika



Sharifah Zarina kini sudah berhijab

PETALING JAYA: Penyanyi Sharifah Zarina memberitahu tindakannya menyelar pengendali sebuah blog hiburan yang memuat naik gambarnya di laman blog mereka sebagai satu pengajaran yang perlu dijadikan iktibar.

Sharifah Zarina, 32, berkata, dia mahu penulis blog tersebut bertanggungjawab diatas kesalahan yang telah memalukan dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang artis.
"Saya tahu siapa dia dan alamat dimana blog berkenaan beroperasi, namun saya sengaja ingin memberitahu media tentang perkara ini agar ia dijadikan iktibar dan penulis berkenaan tidak mengulangi kesalahan ini lagi.

"Saya juga mahu blog-blog hiburan terutamanya yang berdaftar lebih beretika dalam menyiarkan berita-berita mereka.

"Cara mereka mencuri gambar dan meletakkannya pada cerita yang salah telah menyebabkan saya dan keluarga menanggung malu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Sharifah Zarina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di sebuah program hiburan tentang penyalahgunaan gambar penyanyi ini oleh sebuah blog hiburan.

Blog hiburan bernama Jom sembang tersebut menggunakan gambarnya dengan cerita yang mengaibkan.

Sharifah Zarina
Dalam pada itu, tambah Sharifah Zarina, dia juga memberi tempoh selama 14 hari sebelum mengambil tindakan saman kepada blog hiburan terbabit jika tidak memadam gambar-gambarnya dan tampil meminta maaf.
"Dia ambil gambar saya untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol.

"Dia juga tidak menulis gambar tersebut sebagai gambar hiasan, saya sedari perkara ini apabila ramai rakan-rakan dan peminat menyatakan kurang senang dengan perkara itu," katanya.
Oleh itu, Sharifah Zarina telah membuat laporan polis pada Khamis lalu di Balai Polis Kampung Subang.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang terkenal dengan lagu Langit Ketujuh ini juga kini tampil dengan imej bertudung.

Dia juga baharu sahaja keluar dengan single berjudul Memandang Awan.

Sumber

BONGKAR!!! Mandi bunga pilihan bakal pengantin

ERMA YUSNIDA JUSOH
16 Februari 2014

Mandi bunga pilihan bakal pengantin
Pemilik Pusat Kecantikan Sarsha Teratak Kejelitaan, Rosmah Tukimin

DARI segi saintifik, mandi bunga merupakan satu cara mendapatkan aura positif dari alami yang bertujuan menambahkan kesegaran dan menaikkan seri wajah. Khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan sesuai bagi si pengantin baru dan sesiapa sahaja yang mahu menghilangkan tekanan serta merelakskan badan. Selepas seharian penat bekerja, manjakan diri dengan mandi bunga di spa sambil menikmati haruman segar daripada aroma bunga-bungaan pastinya dapat merawat tekanan dan kepenatan.

Penggunaan pelbagai bunga-bungaan yang berwarna-warni dan harum mampu memberi kelegaan dan kesegaran badan serta wajah. Kebiasaannya, bunga mawar dan kekwa menjadi pilihan untuk mandi bunga malah setiap bunga mempunyai aura tersendiri.

Memetik kajian saintis, Pakar Kinesiologi serta pengasas perubatan Terapi Getaran Cahaya (Colour Vibration Therapy) pertama Malaysia, Dr Norhisham Wahab; tumbuhan diperlukan untuk menstabilkan ketidakharmonian dalaman manusia. Sumber tenaga yang bersatu dalam tumbuh-tumbuhan boleh dimanfaatkan sebagai pengganti kepada tenaga yang hilang. Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami. Rendam dalam air untuk merakamkan tenaga yang akan dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang. Tenaga bunga yang sudah dipindahkan ke dalam air itu amat berkait rapat dengan misteri mandi bunga yang menjadi amalan pelbagai budaya di seluruh pelosok dunia.

Menurut Dr Norhisham, kepesatan hidup moden membuatkan kehidupan hari ini serba sukar, menyebabkan ramai yang dilanda tekanan perasaan atau ketidakharmonian perasaan. Setiap satu bentuk ketidakharmonian akan mengundang satu penyakit tetapi tidak kepada tumbuhan. Tumbuhan walaupun dicemari tetap dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk terus hidup dengan penuh bertenaga.

Dari sudut konsep dan prinsipnya terdapat hubungan berikut di antara alam dan manusia. Alam adalah pengaruh luaran dan manusia itu sendiri adalah pengaruh dalaman manakala yang memegang kunci pengimbang ialah deria atau pancaindera. Derialah yang menjadi penganalisis maklumat tenaga yang masuk dan keluar daripada tubuh. Deria ialah pengimbang yang cekap, terutamanya bulu roma. Kecekapan deria ini sebagai reseptor boleh dipastikan jika bulu roma atau kulit kita selalu basah dan tidak terdedah kepada udara kotor atau cahaya matahari yang keterlaluan. Dengan mengambil wuduk lima kali sehari sudah cukup untuk membuktikan Islam itu amat saintifik bagi menghormati rahsia keajaiban air.

Mandi bunga dijalankan di sini biasanya memilih bunga mawar dan kekwa. Waktu dan cara memetik bunga juga perlu diketahui jika tidak getaran bunga itu berpindah bentuk dan tidak asli lagi. Umpamanya, kelopak bunga yang ganjil dengan warna penyakit, perlu disesuaikan untuk tidak mencernakan warna aura persekitaran tubuh yang sudah stabil. Kesilapan dalam penggunaan jenis dan warna bunga mungkin tidak memberikan kesan positif merawat penyakit, namun sekurang-kurangnya memberi kesegaran kepada pengamalnya melalui aroma bunga-bungaan.

Sumber

GEMPAR!!! Batu seberat 8 kg hempap kereta

AHMAD ISMADI ISMAIL
17 Februari 2014

Batu seberat 8 kg hempap kereta
Bongkah batu konkrit yang menghempap kereta Mohd Nizar. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Penduduk di blok 58 Pangsapuri Alunan Bayu, Seksyen 24, di sini, gempar apabila bongkah batu seberat lapan kilogram dipercayai terjatuh dari aras bumbung pangsapuri berkenaan, lalu menghempap sebuah kereta, semalam.

Mangsa, Mohd Nizar Abdul Rahim, 32, berkata, dia menyedari kejadian itu setelah dimaklumkan oleh salah seorang penduduk kira-kira jam 4.40 petang.

“Ketika kejadian saya tengah tidur, sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kilat. Sebelum tu terdengar bunyi penggera kereta, saya ingatkan bunyi penggera itu milik kereta orang lain. 
“Kemudian saya menerima SMS daripada salah seorang penduduk di sini yang memaklumkan ada bongkah batu menghempap kereta Proton Saga BLM milik saya,” katanya.

Mohd Nizar berkata, bongkah batu itu menghempap bumbung kereta dan mengenai cermin sisi bahagian pemandu.

“Saya menganggarkan kerugian kira-kira RM2,000. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 15 sejurus selepas kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan, Anwar Sakimon mempersoalkan penebat kilat di bangunan berkenaan sama ada ia berfungsi.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat dan petir, sebelum penduduk terdengar dentuman kuat disebabkan bongkah batu yang dipercayai dipanah petir sebelum menghempap kereta berkenaan. Mujurlah bongkah itu tidak terkena penduduk di sini. 
“Kita mohon Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pemaju tampil menyiasat punca sebenar kejadian tersebut dan mengambil tindakan lanjut demi kesejahteraan penduduk di sini,” katanya.
Sumber 

ALIEN!!! Ternak belangkas elak pupus

ARKIB : 03/02/2014



NAMUN, setelah melihat hasil tangkapan semakin berkurangan berbanding 30 tahun dahulu timbul kesedaran dalam diri Ahmad agar taburan haiwan laut tersebut perlu dipertingkatkan.

"Sebelum ini sebagai nelayan belangkas kami hanya menangkap haiwan ini untuk dijual namun sejak akhir-akhir ini belangkas semakin berkurangan.

"Hasil daripada jualan juga semakin hari semakin merosot kerana sejak dari dahulu saya sendiri tidak pernah terfikir untuk memulihara belangkas agar haiwan ini dapat terus membiak dengan baik," katanya ketika ditemui dalam program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran Jabatan Perikanan baru-baru ini.

Bagaimanapun usaha menternak belangkas bukanlah sesuatu yang mudah, banyak usaha serta kos perlu dikeluarkan.

Usaha Ahmad yang bersungguh-sungguh memulihara taburan belangkas telah mendapat perhatian pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi tersebut telah mengeluarkan dana sebanyak RM35,000 untuk membina bilik penetasan belangkas untuknya.

Menerusi kemudahan tersebut, Ahmad kini mampu menetaskan hampir 100,000 ekor anak belangkas setiap tahun dan dilepaskan ke laut.

Anak belangkas yang baharu menetas memiliki saiz lebih kecil daripada syiling 10 sen dan tumbesarannya amat perlahan.

Untuk mencapai saiz syiling 10 sen, belangkas memerlukan jangka masa selama dua tahun.

Di pusat penetasan miliknya, Ahmad menjaga anak belangkas tersebut sehingga berumur dua tahun sebelum dilepaskan ke laut.

Tujuannya untuk memastikan kelangsungan hidup anak belangkas berada pada tahap yang tertinggi.

Bagaimanapun Ahmad tidak berkemampuan memelihara haiwan laut tersebut sehingga dewasa berikutan kekangan kewangan dan cara yang terbaik adalah melepaskan anak-anak belangkas kembali ke laut.

Pada masa yang sama Ahmad tetap meneruskan tangkapan belangkas untuk dieksport ke negara jiran, Thailand.

Akui Ahmad, usahanya menetas dan melepaskan kembali anak belangkas ke laut berbaloi apabila hasil tangkapan kini semakin meningkat.

"Jika kena pada musimnya iaitu pada bulan November sehingga Februari, hasil tangkapan mampu mencecah 1,000 ekor sebulan. 
"Malah di Johor dan Melaka pernah dicatatkan hasil tangkapan mencecah lima hingga enam ribu ekor sebulan," katanya.

Ujar Ahmad, belangkas kebiasaannya mengambil masa hampir 15 tahun untuk matang, namun bagi belangkas betina apabila menginjak usia ke sembilan tahun, haiwan marin tersebut mula menghasilkan telur untuk disenyawa.

Saiz belangkas dewasa tidak menentu namun boleh dikategorikan antara berat 700 gram (g) sehingga satu kilogram (g) seekor.

Kini menerusi usaha tersebut, belangkas mampu membiak dengan lebih baik namun berapa ramaikah nelayan yang sanggup untuk melaksanakan usaha seperti Ahmad di negara ini dalam menyelamatkan haiwan prasejarah tersebut daripada diancam kepupusan.

Belangkas merupakan haiwan bercengkerang dan hidup di kawasan berair tetapi dalam keadaan tertentu, akan naik ke darat untuk tujuan bertelur.

Sumber



BONGKAR!!! Raja Ahmad Alauddin takut buat filem

AKMALIAH RAZAK
17 Februari 2014

Raja Ahmad Alauddin
Raja Ahmad Alauddin

CUBA  teka berapa ramai pengarah di era 90 an yang masih bertahan sehingga ke hari ini?

Jika diteliti, pengarah pada era 80 dan 90 an jarang diberi peluang mengarah berbanding pengarah baharu.

Walaupun kehadiran pengarah silih berganti, siapa sangka, kembara seni ikon ini yang bermula sejak era 90 an masih berlanjutan sehingga kini.

Tidak perlu diragui hasil kerja seninya kerana kebanyakan sentuhan daripada pengarah terkenal, Raja Ahmad Alauddin, berjaya memenangi hati penonton.

Ini dibuktikan dengan kejayaannya menerusi drama adaptasi, Sebenarnya Saya Isteri Dia, nukilan Zura Asyfar, yang ditayangkan pada tahun lalu menerusi slot Zehra TV3.

Bukan itu sahaja, percaturan Raja Ahmad dalam membawa karya novel, The Wedding Breaker, sebagai drama, Ariana Rose, membuktikan ianya bukanlah karya picisan.

Biarpun usia penglibatannya melebihi sedekad, namun penangan pengarah filem, Kayangan ini meninggalkan kesan mendalam buat penonton.

Ia sekali gus membawa nama Raja Ahmad lebih dekat dengan penonton generasi muda yang kebanyakannya menjadi penonton setia drama di kaca televisyen.

Walaupun bergelar ‘orang lama’ yang pastinya penuh ilmu di dada, namun Raja Ahmad bukanlah individu yang sukar untuk didekati.

Ikuti temu bual Zass bersama insan seni yang pernah menggenggam trofi, Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) menerusi taruhan pertamanya, Hati Bukan Kristal.

Drama-drama arahan anda memberi fenomena luar biasa. Apakah anda sudah menjangkakannya?

Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada mereka yang menjadi penonton setia karya-karya saya di televisyen. Tidak dinafikan, sambutan yang diterima itu adalah dipengaruhi beberapa aspek
termasuk pemilihan karya dan gandingan pelakon. Drama adaptasi saya seperti Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Ariana Rose, sememangnya ada kelompok peminat iaitu golongan pembaca. Malah,
novel itu juga merupakan naskhah yang bagus dan menarik.

Drama adaptasi novel, Ariana Rose baharu sahaja melabuhkan tirainya. Adakah anda berpuas hati dengan karya ini?

Sejujurnya, saya tidak berpuas hati kerana tidak dapat membawa drama ini seperti dalam novel ekoran kekangan bajet dan masa. Namun, saya bersyukur kerana penonton yang terdiri daripada dua kelompok iaitu pembaca dan peminat drama Melayu berpuas hati dengan apa yang kami persembahkan.

Walaupun  terpaksa mengubah beberapa lokasi kerana kekurangan bajet, namun ia tidak mengecewakan golongan pembaca. Malah, saya turut terkejut apabila drama ini  ditonton oleh golongan pelajar di luar negara menerusi aplikasi online, Tonton. Ini menunjukkan bahawa mereka yang berada di luar negara turut mengikuti perkembangan drama Melayu.

Saya gembira kerana dapat mendekati golongan muda dengan karya-karya sebegini. Malah, mereka adalah pembakar semangat saya untuk terus bekerja keras.

Apa reaksi anda bila dilabel sebagai pengarah drama adaptasi?

Saya tak kisah apa sahaja pandangan orang terhadap kerja seni saya kerana setiap ‘job’ yang diberikan, saya bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Sebagai pengarah, saya akan menerima apa juga tawaran  diberikan. Drama biasa atau adaptasi, semua saya buat. Lagipun, karya saya bukan drama adaptasi sahaja.

Walaupun pada pandangan mata kasar, drama adaptasi lebih mudah divisualkan, namun sebenarnya ia lebih sukar. Saya perlu mengambil kira beberapa perkara lain termasuk golongan pembaca.

Walaupun hanya 50 hingga 60 peratus sahaja yang dibawa kelayar,  namun saya perlu memastikan ia masih mengikuti jalan cerita asal. Malah, saya juga mengambil kira pandangan masyarakat terutamanya penonton.

Khabarnya, anda kini sedang sibuk mengarah lagi. Boleh kongsikan sedikit mengenai karya terbaru anda itu?

Alhamdulillah, rezeki dalam bidang pengarahan drama amat baik. Saya juga diberi kepercayaan dalam drama untuk RTM, terbitan Global Station Sdn Bhd, Bermula Dengan Bismillah. Selain itu, saya juga terlibat dalam pengarahan telefilem, Hanya Di Atas Kertas, untuk slot Cerekarama di TV3. Telefilem ini membariskan pelakon hebat seperti Nabila Huda dan Keith Foo.

Sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, saya akan menghasilkan telefilem istimewa, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Saya juga akan terlibat dalam pengarahan karya  melibatkan kerjasama tiga negara, iaitu Singapura dan Indonesia.

Namun, saya tidak dapat bercerita lebih lanjut lagi mengenai karya ini kerana ia masih dalam proses perbincangan.

Tidak terdetik hati untuk mengarah filem?

Sepanjang usia penglibatan seni saya sejak awal 90 an, sebanyak empat filem yang saya hasilkan, iaitu Hati Bukan Kristal, Lurah Dendam, Qaisy dan Laila serta Kayangan. Filem Kayangan merupakan karya filem terakhir saya iaitu pada 2006. Namun, buat masa ini, saya tidak bersedia mengarah filem kerana tidak mahu menanggung risiko yang tinggi. Malah, jika dilihat keadaan industri perfileman kini, saya menjadi ragu-ragu untuk berkarya.

Kita sendiri tidak tahu apa yang penonton inginkan. Saya tidak mahu memberi risiko yang tinggi buat penerbit. Sekiranya filem itu gagal mendapat sambutan, saya akan terus dibuai rasa bersalah kepada pihak penerbit.

Setelah mencuba dua bidang ini, ternyata saya lebih selesa berkarya menerusi drama dan telefilem sahaja.

Mengapa? Adakah rajuk ini akan berpanjangan?

Bukan merajuk, tapi tidak berani kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Melihat kepada kemerosotan kutipan kini, lagi lah ia menakutkan saya. Kalau ditanya mengenai kepuasan, memanglah saya lebih puas dengan penghasilan filem. Namun, ‘feel’ untuk buat filem sudah tidak ada kerana konsep sekarang sudah berubah. Mana tidaknya, kebanyakan filem kini hanya setaraf drama sahaja. Malah, penggambaran juga hanya mengambil masa 10 hingga 15 hari sahaja. Adakah itu filem?

Bagi saya, filem memerlukan kajian dan tempoh masa  panjang untuk beberapa perkara termasuk script reading dan rehersal. Lagipun,  produksi sekarang lebih suka buat cerita hantu dan seram. Saya tidak minat menghasilkan filem sebegitu dan saya lebih selesa memberi peluang kepada pengarah lain untuk berkarya.

Akhir sekali, apa pandangan anda mengenai perkembangan industri hiburan tempatan?

Walaupun pelbagai pandangan orang ramai mengenai industri, namun bagi saya, ia tetap menunjukkan perkembangan yang positif. Malah, kehadiran banyak syarikat produksi membantu penggiat seni  menghasilkan  drama. Stesen televisyen juga semakin banyak dan terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk memberikan hidangan yang lebih menarik buat penonton. Ini juga memberi peluang kepada pendatang baharu dalam industri.

Ramai pelajar seni yang masih memerlukan bimbingan untuk bersama kita dalam industri ini. Jadi, sebagai orang lama, kita perlu melihat hasil kerja mereka dan jangan biarkan mereka terkontang-kanting di luar bidang yang dipelajari.Sejujurnya, saya seronok bekerja dengan orang muda kerana mereka memiliki buah fikiran segar yang boleh dikongsi.

Sumber

TERKINI!!! KEBAKARAN hutan di Ukay Perdana


KEBAKARAN hutan di Ukay Perdana, Ampang semakin merebak sejak 9.30 malam tadi. - Foto ihsan pembaca BH

Feb 17, 2014 12:10 am

GEMPAR !!! ELAK NAMPAK COLI, NORA DANISH TERPAKSA BUTANG BAJU KUAT-KUAT





Janda hot yang juga girlfriend kepada anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Nora Danish kembali lagi menghangatkan suasana Instagram beliau. Seperti yang kita tahu, Nora sering memuatnaik foto aktiviti hariannya.

Salah satu dari kepingan gambar yang dikongsikan seperti biasa telah menimbulkan sediikit kontroversi malah mengundang pelbagai komen-komen separa lucah.

Gambar tersebut, menyaksikan Nora Danish, Awal Ashaari dan Jalena Rejab mengambil gambar bersama. Sekali imbas, ianya biasa sahaja tetapi tidak untuk peminat-peminat tegar Nora. Habis ditelitinya segenap tubuh wanita berkenaan dan akhirnya mereka berjumpa juga.

Rupa-rupanya, tangan Nora yang berada dicelah dada bajunya pun boleh jadi 'bahan' untuk mereka komen. Macam-macam dituduh dek peminat fanatik. Ada yang mengatakan beliau dirabalah, digeleteklah dan pelbagai lagi.


Setelah kami selungsuri Instagram Awal, maka kami terjumpa sekeping gambar yang menyembabkan Nora bertindak sedemikian.

Bahagian butang di dada baju Nora agak terbuka sedikit, jadi mungkin menyedari perkara tersebut akan berlaku lagi, makan Nora mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan 'benda' lain pula yang terkeluar untuk penggambaran seterusnya...


Sumber

ALAHAI!!! Penumpang kandas tak mandi tiga hari


 Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Penumpang kandas tak mandi tiga hari

Sebahagian penumpang tidur bergelimpangan di atas lantai di LCCT, Sepang, semalam berikutan penerbangan mereka ke Indonesia tertunda. - Foto FARIZ ISWADI ISMAIL

Sepang: Tidur bergelimpangan dalam kesejukan di atas lantai tanpa alas dan tidak mandi hampir tiga hari.

Itu antara kesulitan yang terpaksa ditempuhi hampir kebanyakan penumpang yang terkandas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) disebabkan penerbangan mereka ke Indonesia tertunda akibat penutupan beberapa lapangan terbang antarabangsa di negara itu.

Penutupan lapangan terbang itu susulan letusan Gunung Berapi Kelud di Jawa Timur, Indonesia, sekali gus menjejaskan jadual penerbangan dari Malaysia membabitkan laluan Kuala Lumpur-Surabaya, Kuala Lumpur-Semarang dan Kuala Lumpur-Yogyakarta.

Seorang penumpang, Susiati, 35, berkata dia tidak menyangka penantiannya untuk pulang bercuti ke kampung halaman di Surabaya selepas tiga tahun bekerja di negara ini berakhir sedemikian rupa.

Kali pertama pulang

“Ini kali pertama saya balik selepas tiga tahun setengah bekerja sebagai operator kilang di Ipoh, Perak. Tidak sangka begini jadinya. Sudah dua hari saya tidak mandi kerana menunggu di sini, disebabkan bimbang mereka akan panggil penumpang secara tiba-tiba. 
“Sudah tiga kali penerbangan saya ditunda. Harap segalanya kembali pulih dengan cepat kerana cuti hanya dua minggu, saya terlalu rindukan keluarga di sana,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Penumpang, Misrawi Hassan, 63, berkata dia tidur dalam kesejukan di atas lantai menyebabkan hampir demam dan mula selsema. 

Tak tahan cuaca sejuk

“Apabila malam, keadaan di sini terlalu sejuk dan saya tidak mampu menahannya. Tetapi, saya tetap bersyukur kerana kami tidak dihalau dan pekerja di sini faham kesulitan yang melanda. Itu sudah cukup buat saya,” katanya. 

Dia yang tinggal hampir 30 tahun di Malaysia dan bekerja sebagai tukang simen di Melaka, bagaimanapun tidak menyalahkan sesiapa atas penundaan penerbangan itu.

“Puncanya adalah bencana alam yang sememangnya tidak dapat dikawal manusia, ini adalah ketentuan Tuhan. Cuma saya harap, semuanya kembali pulih dan dapat pulang ke Surabaya untuk menghadiri kenduri arwah bapa di sana,” katanya.
Sumber 

NGERI !!! GAMBAR MEKANIK PESAWAT BOEING HANCUR DISEDUT DALAM ENJIN.



Memang Ngeri!!! Untuk cabaran seorang mekanik pesawat atau kapal terbang. Kejadian ngeriini berlaku di Lapangan terbang antarabangsa Texas. Pesawat jenis Airlines Flight 1515 dalam proses penerbangan menuju ke lapangan terbang Bush Intercontinental di Houstonwhen..

Menurut info, proses menyenggarakan enjin sebelah kanan sedang dijalankan. Dalam masa yang seorang mekanik telah disedut dalam enjin tersebut.Selepas siasat,menunjukkan mangsa yang disedut dalam enjin tersebut ialah seorang mekanik yang bekerja sebagai pembekal syarikat penerbangan tersebut.