Wednesday 2 April 2014

BONGKAR !!! Tak munasabah letak telefon bimbit dalam DUBUR

2 April 2014
Philip Wood

SHAH ALAM - Cukup tidak munasabah bagi seseorang mampu bertahan selama 14 hari dengan sebuah telefon bimbit berada di dalam dubur.

Pakar Kesihatan, Dr Shariff Ramlee berkata, sebarang benda asing yang berada di dalam saluran usus bakal memberi kesan sampingan kepada individu itu.

“Analogi yang boleh saya katakan di sini, sekiranya seorang kanak-kanak tertelan sebiji sel kering, ia harus dikeluarkan secepat mungkin kerana bahan kimia yang terdapat dalam sel kering mampu bertindak balas terhadap cecair di dalam badan.

“Begitu juga dengan sebiji telefon bimbit dalam dubur berkemungkinan bertindak balas dengan cecair yang ada bakal menyebabkan satu litar pintas kecil dan bahan kimia pada telefon itu mampu mengakibatkan luka serta menipiskan dinding usus,” katanya.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya telefon bimbit berkenaan adalah bersifat kalis air atau diletakkan dalam sebuah bekas kalis air.


“Pernah pesakit saya mengalami situasi yang sama, tetapi telefon berkenaan dimatikan tetapi untuk beberapa jam sahaja.

“Apa yang menjadi sesuatu yang mustahil adalah kemampuan kuasa bateri bertahan selama dua minggu dan bagaimana seseorang yang normal menjalani kitaran hidup tanpa membuang air besar,” katanya.

Ditanya mengenai gelombang yang dihasilkan sebuah telefon bimbit mampu mengakibatkan penyakit kronik, beliau berkata, perkara tersebut masih lagi belum dapat dibuktikan dengan konkrit.

“Kalau untuk penyakit kanser saya tidak boleh katakan tidak kerana semua masih dalam peringkat kajian,” katanya.

Sebelum ini, sebuah blog memaparkan mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya Philip Wood itu mendakwa dia bersama yang lain ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

Dia mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya diberikan dadah oleh perampas.

Wood mendakwa menyembunyikan telefon di dalam dubur yang membolehkannya menghantar mesej.

Sumber

105 staf HOTEL bakal DIBERHENTIKAN

2 April 2014
  • Hotel Quality Shah Alam terpaksa ditutup bermula 1 Jun kerana tidak mahu terus tanggung kerugian.

SHAH ALAM – Selepas kemelut 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings diberhentikan kerja Februari lalu, kali ini 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam, di bawah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang juga anak syarikat kerajaan negeri bakal menerima nasib sama.

Nasib 105 kakitangan berjawatan tetap itu kini dalam keadaan terumbang-ambing selepas dimaklumkan terpaksa diberhentikan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Difahamkan pekerja hotel tersebut terkejut selepas dimaklumkan berita berkenaan dalam sesi taklimat kelmarin.

Tindakan drastik itu dikatakan terpaksa dibuat kerana prestasi kewangan hotel yang sudah beroperasi selama 26 tahun itu terjejas.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat KPS, Amin Lin Abdullah berkata, keputusan untuk menghentikan operasi hotel tersebut dibuat selepas perbincangan tahun lalu.

“Perniagaan perhotelan di sini sememangnya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelanggan mungkin disebabkan oleh faktor lokasi yang kurang strategik kerana jauh dari Kuala Lumpur.

“Jadi kita akan tutup hotel ini bermula 1 Jun,” katanya.


Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan arahan penutupan tersebut dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas arahan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Amin Lin menafikannya.

Amin Lin menegaskan, keputusan tersebut tiada kena mengena dengan Anwar dan Abdul Khalid kerana ia dibuat berdasarkan perbincangan Pengurusan dan Lembaga Pengarah Perangsang Selangor berpandukan prestasi kewangan hotel yang tidak memberangsangkan.

Menurutnya, hotel itu tidak mampu menanggung kadar sewa baru mengikut kadar pasaran semasa.

Ketika ditanya sama ada bangunan berkenaan akan dijual sebagai aset, Amin Lin berkata, KPS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual Plaza Perangsang.

Menurutnya, hotel tujuh tingkat dari tingkat 18 ke 24 itu akan dibangunkan semula sebagai ruang pejabat.

Berkenaan nasib 105 kakitangan hotel, Amin Lin berkata, kesemua yang dihentikan itu akan menerima pampasan bernilai lebih RM5 juta.

Menurutnya, pihaknya cuba sedaya upaya membantu mereka dengan menyerapkan mana-mana kakitangan ke bahagian di dalam KPS.

“Selain pampasan RM5 juta, kita sediakan bantuan seperti nasihat temu duga, nasihat mencari pekerjaan, khidmat kaunseling, penggunaan komputer dan mesin fotostat untuk surat permohonan pekerjaan, mengeluarkan testimoni dan penawaran peluang keusahawanan," katanya.

Sumber

TERKANDAS semalaman dalam pesawat

2 April 2014
Ribut memaksa penumpang bermalam di dalam pesawat di landasan lapangan terbang.

HONG KONG - CHINA. Ratusan penumpang Dragonair terpaksa menghabiskan masa lebih tujuh jam di dalam pesawat apabila pesawat yang mereka naiki tidak boleh mendarat di lokasi asal kerana ribut kuat.

Penerbangan KA875 berlepas dari Shanghai pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) dengan muatan penumpang seramai 252 itu, berpatah balik ke lapangan terbang berhampiran di Shenzen selepas Hong Kong dilanda hujan batu yang lebat dan ribut kuat.



Jurucakap pengendali Dragonair, Cathay Pasific berkata, pada awalnya pesawat merancang berlepas semula ke Hong Kong sebaik sahaja cuaca reda, namun ia terpaksa ditangguhkan apabila pesawat didapati menghadapi masalah teknikal.

"Kami memohon maaf di atas kelewatan ini kerana ia mengambil masa lebih lama daripada dijangka,"katanya dipetik AFP.

Sumber

JKSB pertahan kadar tol jambatan kedua

1 April 2014
  • Plaza tol Jambatan Kedua di Batu Kawan ini merupakan plaza tol yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mempertahankan kadar tol yang ditetapkan bagi penggunaan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS).
 
Pengarah urusannya Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata ada pihak mempertikaikan bahawa kadar RM8.50 yang dikenakan itu RM1.50 atau 21.4 peratus lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan di jambatan pertama.
 
Tetapi, kata beliau, jarak di atas permukaan laut bagi jambatan baharu itu ialah 16.9 kilometer, sekali ganda lebih panjang daripada jambatan pertama.
 
"Jika dibuat perbandingan berdasarkan kos bagi setiap kilometer, tol bagi jambatan baharu ini lebih murah iaitu 50 sen bagi setiap kilometer, berbanding 84 sen bagi setiap kilometer di jambatan pertama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Beliau berkata walaupun jambatan baharu itu lebih panjang, namun ia tidak banyak menjejaskan penggunaan bahan bakar kerana selalunya kenderaan menggunakan lebih banyak bahan bakar apabila bergerak perlahan di jalan sesak, berbanding dipandu dengan lancar di laluan lebih panjang.
 
Menurut beliau kenderaan berat pula dibenar menggunakan Jambatan SAHMS sepanjang masa.
 
Kenderaan berat tidak dibenar menggunakan jambatan pertama antara 6.30 pagi dan 8.30 pagi, dan dari 5 petang hingga 7 malam.

 
Dr Ismail berkata di samping tol untuk jambatan berkenaan, pengguna juga perlu membayar tol bagi jalan yang dibina untuk menghubungkan Lebuhraya Plus sedia ada hingga ke jambatan itu di persimpangan bertingkat baharu Jambatan SAHMS.
 
"Mulai hari ini, pemandu kenderaan yang menggunakan jambatan baharu ini perlu membayar tol apabila memasuki Pulau Pinang di plaza tol Jambatan SAHMS dan di plaza tol bersepadu Bandar Cassia," katanya.
 

Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan kadar tol bagi jambatan baharu itu ialah RM1.70 untuk motosikal (Kelas 0); RM8.50 untuk kereta, kecuali teksi dan bas (Kelas 1); RM30.50 untuk kenderaan dua gandar dan enam roda, kecuali bas (Kelas 2); RM70.10 untuk kenderaan tiga gandar atau lebih, kecuali bas (Kelas 3); RM8.50 untuk teksi (kelas 4) dan RM26.20 untuk bas (Kelas 5). - Bernama

Sumber

MAHKAMAH AS tolak petisyen terhadap MAS

1 April 2014

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) berkata syarikat dimaklumkan bahawa petisyen yang difailkan bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang telah ditolak dengan perintah Mahkamah Amerika Syarikat.
 
MAS mengumumkan perkara ini kepada Bursa Malaysia hari ini.
 
Petisyen terhadap syarikat penerbangan nasional itu dan juga Boeing Company, pengeluar pesawat berkenaan, difailkan di Mahkamah AS baru-baru ini.
 
MAS menerima salinan petisyen itu pada 27 Mac.

 
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di Laut China Selatan.
 
Pesawat B777-200 dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada yang hari yang sama.
 
Operasi mencari melibatkan pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor - koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama

Sumber