Wednesday 5 March 2014

BONGKAR!!! Saya bukan perosak rumah tangga Nurliyana - Hanez Suraya

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN


HANEZ SURAYA

PETALING JAYA 5 Mac - Pelakon Hanez Suraya menafi menjadi perosak rumah tangga Nurliyana Abd. Manan seperti yang didakwa oleh wanita tersebut.

Hanez dalam satu sidang akhbar hari ini berkata, dia mengenali suami wanita tersebut, Romie Razin Adilha, 34, pada bulan Disember tahun lalu.

Katanya, sewaktu mengenali Romie yang diperkenalkan kepada umum sebagai Mr. R, rumah tangga lelaki itu sudah bermasalah.

"Saya tahu apa yang berlaku terhadap rumah tangga mereka dan saya difahamkan hubungan mereka sudah bermasalah sebelum saya mengenali Romie. 
"Kalau saya tahu mereka masih bahagia, saya tidak akan teruskan hubungan tersebut," katanya.

Kata Hanez, sejak Liyana tampil membuat kenyataan di sebuah akhbar, ramai yang mengecamnya.

Liyana dalam kenyataannya itu berkata, tindakan Hanez yang mendakwa suaminya duda telah menguris hatinya yang masih lagi bergelar isteri.

Ekoran daripada kenyataan Liyana, ramai yang menjadikan laman sosial Instagram Hanez sebagai platform untuk mengecamnya dengan pelbagai tuduhan.

Hanez walaupun sedih dengan segala tuduhan, mahu Liyana tampil membersihkan namanya. - UTUSAN ONLINE

Sumber

BONGKAR!!! Status halal 1.3 juta ayam sembelihan diragui

Oleh Faiza Zainudin, Azrul Affandi Sobry, Syed Azwan Syed Ali dan Siti Nursyazwani Mahalil

Status halal 1.3 juta ayam sembelihan diragui
Gambar hiasan

Susulan pembongkaran BH: 4 agensi Pusat, negeri ambil tindakan serta-merta tangani isu syubhah

Kuala Lumpur: Kira-kira 80 peratus atau 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya.

Ini diakui sendiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana kebanyakan premis itu tidak berlesen atau dipantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hanya 300,000 ekor ayam sehari (20 peratus) yang disembelih di 23 loji penyembelihan berskala besar yang dipantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dijamin halal serta mendapat akreditasi Veterinary Health Mark (VHM) dan Good Veterinary Hygiene Practices (GVHP).

Sumber

PAHLAWAN!!! Kawasan kem dikelilingi jerangkap samar

AMRAN ALI
5 Mac 2014

Kawasan kem dikelilingi jerangkap samar

BIARPUN orang menggelarnya sebagai Yaacob Kudung, namun, bagi bekas komando, Yaacob Hassan, 62, langsung tidak pernah berasa malu, marah ataupun berkecil hati.

Bagi Yaacob, mereka yang memanggilnya dengan gelaran itu kebanyakannya tidak mengetahui kisah sebenar bagaimana dirinya boleh mengalami kecacatan kekal tersebut.

Anak kelahiran Kampung Manggol Kambing, Pendang, Kedah mula memasuki tentera selepas menjalani rekrut di Port Dickson pada 1970 ketika berusia 18 tahun.

Bagi Yaacob, minatnya dalam dunia ketenteraan memang ditanam sejak dari usia kecil lagi apatah lagi selepas mendapat galakan kedua ibu bapanya.

Selepas diserapkan ke dalam Rejimen 10 Melayu, Yaacob diberi kepercayaan untuk menggalas tugas dalam 21 Rejimen Gerak Khas (RGK) yang berpengkalan di Kem Komando Sungai Udang, Melaka.

Menyingkap kembali peristiwa yang menyebabkan beliau mendapat kecacatan tersebut, Yaacob berkata ia berlaku kira-kira jam 10 pagi pada 21 April 1976.

Ketika itu, beliau bersama 44 rakan daripada 21 RGK, ditugaskan untuk menawan sebuah perkampungan yang menjadi kem terbesar komunis di sempadan Thailand-Malaysia melalui Gerakan Gubir II.

Menurut Yaacob, tujuan operasi khas itu adalah untuk melumpuhkan kegiatan musuh yang dianggarkan seramai 1,000 orang.

Sebelum kumpulannya dihantar ke situ, katanya, pesawat F5E telah melancarkan serangan bom dari udara untuk melemah serta mengucar-ngacirkan pertahanan musuh.

Selepas itu, barulah pasukan yang Yaacob sertai dihantar menggempur kawasan tersebut menggunakan tiga helikopter.

"Ketika hendak mendarat, kami turun menggunakan tali, namun telah ditembak dari pelbagai penjuru oleh musuh.

“Syukur kami berjaya mendarat dengan selamat dan sempat mencari tempat perlindungan sebelum melancarkan serangan balas," katanya.

Beliau dan pasukannya bernasib baik kerana bilangan musuh ketika itu telah berkurangan kerana ramai yang telah berundur ke Thailand menggunakan terowong bawah tanah selepas diserang.

“Jumlah musuh yang memberi tentangan, lebih 200 orang. Bagaimanapun, akhirnya selepas bertempur selama kira-kira sejam, kem tersebut berjaya kami tawan,” katanya.

Peristiwa berdarah

Yaacob berkata, selepas itu, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila seorang demi seorang rakannya terkena jerangkap samar ketika melakukan tugas penggeledahan.

Orang pertama terkena ialah Staf Sarjan Ahmad Jantan diikuti Trooper Hussin Mahbib. Kedua-duanya putus sebelah kaki. Selepas itu, barulah mereka sedar di sekeliling kem itu terdapat banyak jerangkap samar.

“Saya pernah diberitahu oleh seorang bekas komunis yang menyerah diri selepas itu, mereka telah menanam 7,000 butir jerangkap samar di situ pada 1970.

"Ekoran itu, kesemua mereka diarah supaya lebih berhati-hati di samping memusnahkan jerangkap samar yang dijumpai," katanya.

Pada masa sama, Yaacob telah ditugaskan membersihkan laluan yang akan digunakan untuk membawa Ahmad dan Hussin ke kawasan lapang bagi membolehkan helikopter membawa mereka ke hospital dengan segera.

“Ketika melalui lorong tersebut saya ternampak empat butir jerangkap samar dan berjaya mematikan kesemuanya. Apabila menghampiri kawasan lapang di bawah bukit, saya menemui sebutir lagi jerangkap samar jenis baru yang menggunakan bom tangan buatan Czechoslovakia.

“Semasa hendak menghampiri alat letupan itu menggunakan pisau, saya dapati ia sudah berasap. Tanpa diduga, alat itu tiba-tiba meletup,” katanya.

Akibat letupan itu, badan Yaacob tercampak sejauh tiga meter, tangan kanannya putus dan hancur manakala sebahagian tapak tangan kirinya turut mengalami nasib sama. Kening dan tepi dagu juga terkoyak. Mata kirinya menjadi rabun sehingga sekarang.

“Walaupun dalam keadaan cedera parah, saya masih sedar dan tidak merasa sakit langsung. Yang saya rasa hanyalah kebas sehinggalah dibawa ke hospital,” katanya.

Yaacob sebelum itu pernah terbabit dalam hampir 20 operasi termasuk bertempur dengan musuh sebanyak tiga kali.

Ekoran kecederaan tersebut, Yaacob terpaksa menjalani rawatan dan pemulihan selama lebih enam bulan di tiga buah hospital tentera.

Demi maruah negara

Selepas bersara pada 1990, Yaacob menetap di Tanjung Keling, Melaka. Beliau kini meneruskan kehidupannya sebagai tukang kayu. Namun kini, dengan keadaan dirinya yang semakin berusia, tidak banyak pekerjaan dapat dilakukan selain hanya duduk di rumah.

Yaacob dikurniakan sembilan anak hasil perkahwinannya dengan isteri, Fatimah Salleh, 57. Katanya, dia tidak pernah menyesal memasuki tentera kerana mengalami kecacatan ini.

“Inilah bukti pengorbanan saya untuk agama, bangsa dan negara. Malah, perkataan menyesal tidak harus ada pada mana-mana anggota RGK.

“Kerana itulah saya terus menggalakkan anak agar mengikut jejak saya dan hasilnya, kini anak nombor tiga telah pun berkhidmat sebagai anggota tentera darat,” katanya.

Satu permintaan Yaacob, mahu kerajaan memandang golongan bekas tentera sepertinya yang pernah berjuang, menggadaikan nyawa demi maruah negara.

“Pada zaman kami tiada insurans kelompok dan faedah lain seperti mana yang diperoleh askar masa kini.

“Ketika saya mendapat kecederaan tersebut, kerajaan cuma membayar pampasan sebanyak RM2,000 sahaja. Ia berbeza dengan sekarang. Misalnya, anggota keselamatan yang bertugas Lahad Datu baru-baru ini, mereka mendapat pelbagai faedah,” katanya.

Yaacob berkata, sekarang, beliau cuma memperoleh pencen sebanyak RM820 serta bayaran elaun perubatan di atas kecacatannya yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,400 sebulan.

“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan supaya bayaran elaun perubatan yang diberi dapat dimasukkan sekali dalam skim pencen disebabkan sekiranya meninggal dunia isteri saya mendapat jumlah yang lebih besar dan bukannya RM820.

“Sekiranya, kerajaan dapat memberikan bayaran pampasan khas lagi bagus, tetapi sekiranya tidak itu sahaja yang saya pinta kerana bekas askar yang mengalami kecacatan ketika era komunis seperti saya tidak ramai lagi disebabkan kebanyakannya sudah meninggal dunia,” katanya

Sumber

KILANG BESI pertama dibina di Kelantan


MAR 04, 2014
 SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR






KOTA BHARU: Sebuah kilang besi membabitkan kos RM30 juta akan dibina syarikat Optimum Transform Sdn Bhd di kawasan perindustrian Staphanol, Kuala Krai.

Kilang tersebut yang pertama di Kelantan dibina dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di kawasan seluas 44.4 hektar.

Semalam berlangsung majlis menandatangani perjanjian membina kilang tersebut di antara PMBK dan Optimum Transform di pejabat Menteri Besar.

PMBK diwakili pengerusinya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, manakala Pengarah Urusan Optimum Transform, Steven Lee Seng On mewakili syarikat terbabit.

Menteri Besar berkata, kilang tersebut bakal menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Katanya, tanah tersebut diberi dipajak selama 33 tahun kepada syarikat terbabit dijangka dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi Kelantan.

“Kuantiti bijih besi di Kelantan agak banyak dan dengan adanya kilang syarikat tidak perlu lagi mengeksport bijih mentah keluar negara untuk diproses,” katanya pada majlis berkenaan.

Sebelum ini tanah mengandungi bijih besi yang dilombong di Rantau Panjang dieksport ke China dan Vietnam melalui pelabuhan Tok Bali untuk diproses.

Sumber

GEMPAR!!! Anak saudara timbalan menteri terjun jambatan baru Pulau Pinang


Jambatan Kedua Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Menurut Lai Fah Hin lagi, mangsa dikatakan terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

Tambah beliau, mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500m daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh pihak polis.

Sumber

KERACUNAN!!! 3 peniaga diarah henti operasi

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISa
pengarang@utusan.com.my


Anwa Sulaiman (tengah) melawat ketua jururawat, Siti Nor Abd. Karim yang turut dirawat akibat keracunan makanan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 4 Mac - Selain seorang kanak-kanak berusia lima tahun iaitu Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme yang maut dipercayai akibat keracunan makanan selepas membeli juadah di pasar malam di sini, sebanyak 101 orang lagi turut menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat masalah yang sama.

Mereka mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak 28 Februari sehingga awal pagi ini kerana mengalami muntah-muntah dan ciritbirit selepas membeli makanan di dua buah pasar malam iaitu di Dataran Shahbandar dan Padang Hiliran di sini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman berkata, seramai 68 dirawat sebagai pesakit biasa dengan lapan orang telah dibenarkan pulang manakala selebihnya masih dirawat di dalam wad dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Seramai 33 yang lain dirawat sebagai pesakit luar dan siasatan mendapati kesemua mereka mengalami simptom yang hampir sama iaitu muntah-muntah dan cirit-birit atau kedua-duanya sekali," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengambil sampel najis daripada 10 orang pesakit dan sembilan daripadanya didapati positif bakteria 'salmonella' iaitu sejenis bakteria yang dipercayai berpunca daripada daging, telur atau najis ayam.

"Pihak jabatan juga mendapati, hampir kesemua pesakit mengambil empat jenis makanan yang sama iaitu nasi goreng merah, nasi goreng putih, kuetiau goreng dan mi goreng yang mengandungi ayam atau telur ayam di pasar malam berkenaan.

"Ekoran kejadian itu, satu siasatan lanjut telah dibuat dan tiga peniaga telah ditahan untuk tindakan lanjut dan operasi mereka diarah dihentikan untuk tempoh seminggu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dapur dan pendidikan kesihatan diberikan kepada mereka," ujarnya.

Selain itu katanya, pihak jabatan juga telah mengambil 31 contoh atau sampel makanan termasuklah peralatan dapur dan beberapa perkara yang berkaitan milik ketiga-tiga peniaga terlibat untuk dibuat ujian makmal.

Kes keracunan makanan itu dilaporkan berlaku sejak Sabtu lalu sehingga mengakibatkan kematian Muhammad Iqbal Rafie yang dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam ketika dalam perjalanan ke HSNZ.

Mengenai kejadian yang menimpa kanak-kanak itu, Dr. Anwa berkata, setakat ini, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia disebabkan mengalami masalah dehidrasi yang teruk selain muntah-muntah dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan.

Katanya, walaupun ibu bapa kanak-kanak tersebut dikatakan telah mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Bukit Payong kelmarin, keadaannya ketika itu difahamkan tidak begitu serius namun tahap kesihatannya merosot secara tiba-tiba selepas itu.

"Kita juga telah mengambil beberapa sampel berkaitan termasuklah air tulang belakang mangsa, darah daripada jantung dan sebagainya untuk buat ujian lanjut bagi mengetahui kuman yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalami cirit-birit yang teruk sehingga meninggal dunia," katanya.

Sumber

ALLAHUAKBAR!! Pelajar UIA Mimpi Bertemu Nabi Muhammad S.A.W..



KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLLAH S.A.W 

Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang.

Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah...

Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..

Subhanallah... baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati.. ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air mata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah.. Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.. Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim."

GEMPAR!!! Lumur cili di muka isteri pertama, peniaga didenda


Gambar Hiasan 

KUALA LUMPUR 4 Mac - Seorang penjaja dan isteri keduanya didenda RM500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melumur cili ke muka isteri pertama penjaja itu, bulan lepas.

Majistret, Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Ariff Jupirin, 26, dan warga Indonesia, Srimeiriska Iswandy, 24, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintahkan Muhammad Ariff dan Srimeiriska, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Muhammad Ariff dan Srimeiriska didakwa sengaja mendatangkan cedera terhadap peniaga Muntamah Ahmad Minlon, 46, yang juga seorang warga Indonesia dengan melumur mukanya dengan cili sehingga menyebabkannya merasa pedih dan sakit di kedua-dua belah matanya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah No. 12, Jalan Badak Off Jalan Yew, Cheras di sini pada 1 pagi 25 Februari lepas. - BERNAMA

Sumber

GEMPAR!!! Rusia, Ukraine isytihar perang

WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Mac 2014

Rusia, Ukraine isytihar perang
Pro-Rusia mengibarkan bendera negara itu selepas menawan Parlimen Crimea di Sevastopol, selatan Ukraine.

KIEV - UKRAINE. Kami serang! Kami tawan! Kami pacak bendera!”, begitulah permainan pantas Rusia yang cuba menakluki Crimea di  selatan Ukraine.

Campur tangan Rusia di Ukraine ketika negara itu terhimpit dalam krisis politik  memburukkan lagi keadaan hingga negara jajahan Soviet itu terjerumus ke ambang perang.

Perdana Menteri sementara Ukraine, Arseniy Yatsenyuk menuduh Rusia mengisytiharkan perang ke atas negaranya selepas tentera Rusia ‘menakluki’ wilayah autonomi Crimea, sejak empat hari lalu.

Pada kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjata pro-Rusia lengkap berpakaian perang dilapor menawan Parlimen dengan menembak pintu kaca dan mengarahkan pengawal keselamatan meninggalkan premis itu sebelum mengibarkan bendera Rusia.

“Ini bukan satu ancaman, ini deklarasi perang. Kami menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin menarik balik tentera mereka di sana. Kami  memberi amaran, Ukraine kini di ambang kejatuhan jika Moscow tidak menarik tenteranya keluar,” kata Yatsenyuk.

Menteri Pertahanan sementara Ukraine, Igor Tenyukh memberitahu, Rusia menghantar 30 kenderaan perisai serta 6,000 tentera memasuki wilayah itu untuk membantu militan yang memihak kepada Rusia bagi mendapatkan kebebasan daripada pemimpin negara ini.

“Lebih 12 trak tentera membawa tentera, dua ambulans dan kenderaan bersenjatakan mesingan meluncur di jalan raya Sevastopol, pusat pentadbiran Crimea,” katanya.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pula menggesa Rusia menghentikan aktiviti ketenteraan ke atas Ukraine selepas Putin mendapat kelulusan Parlimennya.

Putin membentangkan usul supaya Parlimen meluluskan penggunaan tentera di Ukraine susulan situasi luar biasa di negara itu yang mendatangkan ancaman kepada 46 juta rakyat senegaranya di wilayah Ukraine termasuk alasan untuk melindungi Armada Laut Hitam di Crimea.

Situasi itu menyebabkan Ukraine terpaksa memberi amaran kepada rakyatnya supaya bersiap sedia untuk berperang.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga menggesa Rusia menarik balik pasukan pertahanan mereka atau menghadapi pengasingan politik dan ekonomi termasuk digugurkan dalam keanggotaan Kumpulan Lapan (G8).

Putin, bagaimanapun menegaskan, negaranya akan melakukan apa saja untuk melindungi kepentingan mereka di Ukraine.

“Kami menolak gesaan Barat untuk menarik balik rancangan penghantaran tentera. Siapa dia (Obama) untuk mencampuri urusan negara ini” katanya.

Semalam, ratusan tentera bersenjata tidak dikenali mengepung pangkalan tentera Ukraine di Perevalne, Crimea dengan membawa 13 trak dan empat kenderaan berperisai.

Setiap trak dengan nombor pendaftaran Rusia membawa 30 anggota tentera. Berikutan itu, tentera Ukraine bertindak menempatkan kereta kebal di pintu pangkalan sebagai persediaan jika berlaku pertempuran.

Dalam perkembangan sama, Panglima Angkatan Tentera Laut Ukraine yang baharu dilantik, dituduh pembelot kerana mengumumkan kesetiaan kepada kerajaan wilayah Crimea yang pro-Rusia.

Laksamana Denis Berezovsky turut berikrar akan mempertahankan hidup dan kebebasan rakyat Republik Crimea serta bandar Sevastopol.

Sejurus kenyataan itu, kerajaan sementara Kiev, mengumumkan pemecatannya.

Naib Setiausaha Keselamatan Kebangsaan Dan Majlis Keselamatan Ukraine, Victoria Syumar berkata, Berezovsky akan didakwa mengikut Akta 111 kerana membelot.

“Beliau tidak melawan apabila ibu pejabatnya dikepung, malah berpaling tadah kepada Crimea,” katanya.

Ukraine telah dicengkam krisis sejak November lalu apabila Presiden digulingkan, Viktor Yanukovych menahan dirinya daripada menandatangani Perjanjian Persatuan dengan Kesatuan Eropah yang memihak kepada hubungan lebih rapat dengan Rusia.

Minggu lalu, Parlimen menamakan Oleksandr Turchynov, sebagai presiden sementara negara itu.

Kesimpulannya, Putin tidak membuang masa berbincang. Selain itu, tindakan beliau sebenarnya dapat menyelamatkan banyak nyawa dari terkorban jika wujud rundingan.

Mungkinkah ini dendam terhadap Yanukovych kerana enggan menandatangani perjanjian tersebut atau angkara kerajaan sementara yang mahu teruskan hubungan dengan Rusia?

Sumber

AL-FATIHAH!!! 'Saya bangga dengan abang saya'

RIDAUDDIN DAUD
4 Mac 2014

'Saya bangga dengan abang saya'
  • Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (dua, kanan) turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Koperal Raja Aizam Raja Mohid.

SAYONG - "Saya bangga kerana abang saya meninggal dunia sewaktu sedang melakukan tugas namun saya sedih dengan cara pemergiannya," demikian luahan adik kepada Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 55, yang maut diserang warga Indonesia ketika sedang melakukan pemeriksaan di Taman Sentosa, Klang.

Raja Azizul Azan Raja Mohid, 53, berkata, dia mempunyai hubungan yang baik dengan arwah abangnya itu meskipun mereka jarang berjumpa.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya itu adalah pada dua tahun lepas ketika dia pulang ke rumah ibu mereka, Sapiyah Endut, 79, di Kampung Sayong Lembah, di sini.

"Kali terakhir saya berhubung dengan arwah adalah pada Selasa minggu lepas. Masa itu kami berbual seperti biasa, berbual tentang keluarga kami.

"Kemudian dia kata dia ada kerja, jadi dia menghentikan perbualan dan akan hubungi saya semula pada sebelah malam. Tapi saya pun lupa dan dia pun tiada hubungi saya lagi.

"Saya memang terkejut bila dapat tahu dia sudah meninggal dunia sebab saya baru sahaja berhubung dengan dia minggu lepas," katanya ketika ditemui di rumah ibunya, di sini, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai pemandu bas di Raub bergegas pulang ke kampung sejurus mengetahui tentang tragedi yang menimpa abangnya kira-kira jam 8 pagi hari ini.

Menurutnya, ibunya yang mempunyai masalah ingatan masih dalam keadaan keliru dengan pemergian abangnya namun dia kelihatan sugul kerana tahu salah seorang anaknya meninggal dunia.

"Kami tidak mahu paksa mak untuk tahu apa yang terjadi kepada arwah Raja Aizam sebab kami bimbang dengan keadaan kesihatannya.

"Dia tidak ingat anaknya yang mana meninggal dunia tapi dia tahu bahawa salah seorang anaknya telah pergi meninggalkannya," ujarnya.

Hampir 500 saudara-mara dan jiran terdekat berkumpul di hadapan Surau Khairiyah di sini bagi menunggu ketibaan jenazah dan jenazah Koperal Raja Aizam tiba di surau berkenaan kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Raja Aizam meninggalkan seorang isteri, Nor Salmah Nordin, 52 dan empat anak berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun.

Sumber