Monday 3 March 2014

RESPECT!!! MB Terbang bersama firefly

Seusai menandatangani MOU bersama Kerajaan Negeri Kelantan, beliau pulang semula ke KL. Dengan hanya menaiki kapal tambang murah firefly. Itulah dia Menteri Besar sebuah negeri terkaya di Malaysia.

GEMPAR!!! Hanez Suraya Rampas Suami Saya – Liyana Manan

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan yang bermain di minda para pengikut kisah Hanez Suraya dan kekasihnya yang kononnya duda beranak dua. Hari ini menerusi BiPop, isteri (Liyana Manan) kepada si lelaki yang dikenali sebagai “Mr. R” tampil memberikan kenyataan untuk tatapan semua  pihak. Memang mengejutkan. Abang Nara terkesima membaca luahan hati Liyana Manan.
hanez suraya liyana mananTak dapat Abang Nara bayangkan betapa sedihnya, hancurnya dan remuknya perasaan Liyana Manan setiap kali membaca kata-kata Hanez Suraya mengenai percintaannya dengan si lelaki yang masih bergelar suaminya. Tahap kesabaran Liyana Manan tercabar apabila Hanez Suraya berkongsi gambarnya dengan anak-anak Liyana. Menariknya menurut Liyana, Hanez dan suaminya saling mengenali antara sama lain sejak 8 bulan lalu sementara rumahtangga mereka mula berantakan sejak 6 bulan. Kata Liyana Manan:-
Selama hari ini, saya mendiamkan diri dan memendam rasa biarpun mengetahui suami menjalin hubungan cinta dengan Hanez. Saya tidak terfikir untuk menganggu Hanez, apatah lagi menyerangnya. Apa saja kenyataan dikeluarkan Hanez, saya baca dan pendam saja dalam hati.
Bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. Apa tujuannya mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumah tangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup-cukuplah maruah saya disiat-siat.
Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah, tapi apa yang dapat saya katakan, konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkah hubungan sejak 8 bulan lalu, itu pengakuan Hanez sedangkan rumah tangga kami berantakan baru saja 6 bulan. Bermakna rumah tangga kami jadi lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya. Sebelum ini
hanez suraya liyana manan
Liyana Manan terus menjelaskan bagaimana suaminya mula berubah sikap, sering menuduh dan memaki dirinya. Menurut Liyana, suaminya itu pergi tandas pun masih membawa telefon bimbit. Kata Liyana Manan:-
Sebelum ini saya hanya dpat mengagak suami menjalinkan hubungan dengan wanita lain apabila suami bersikap dingin. Sikap peliknya membuatkan saya dapat mengagak sesuatu, gerak hati isteri selalunya benar. Sampaikan masuk tandas pun masih membawa telefon bimbit, jadi faham-faham sendirilah.
Suami juga selalu mencari pasal dan menuduh saya bukan-bukan sehingga mencetuskan perang besar. Pulang lewat jangan cakaplah, tapi masih bersabar. Kami berpisah bilik tidur dan akhirnya, saya tidak tahan dan ambil keputusan pulang ke rumah ibu saya pada September, tahun lalu.
Saya terseksa apabila seing dimaki hamun sehingga kami tidak bertegur sapa dan hidup sebumbung bagaikan orang asing. Dia tidak lagi menghargai saya sebagai isterinya dan martabat saya sebagai isteri dipijak-pijak, jadi lebih baik saya keluar rumah.
Anak pertama bersama suami, manakala anak kedua tinggal dengan saya. Bagaimanapun saya tidak dilepaskan sehingga hari ini. Saya sudah memfailkan permohonan cerai pada Oktober tahun lalu dan kes masih dalam sebutan.
hanez suraya liyana manan
Isteri Mr. R turut melahirkan kesedihannya dengan sikap Hanez yang tidak faham hati dan perasaan wanita lain. Tambah Liyana Manan lagi:-
Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Hanez seolah-olah mencabar saya, tapi itu semua saya masih boleh bersabar lagi. Tapi saya amat kecewa apabila Hanez memuat turun gambar dengan anak-anak saya dalam laman IG. Saya malu apabila teman dan sanak saudara bertalu-talu bertanyakan kisah rumah tangga saya.
Saya jadi tertekan sejak gambar anak-anak saya dikeluarkan, sampaikan bekerja pun dalam keadaan tidak senang hati. Saya ibu mereka, dalam masa sama, saya masih isteri Mr. R, cukup baik saya tidak menyerangnya. Saya ada nombor telefon Hanez tapi saya tidak pernah menganggunnya walaupun dia menjadi penyebab keruntuhan rumahtangga saya.
Kenapa wanita seperti Hanez tidak faham hati dan perasaan wanita lain? Kenapa nak bersikap keterlaluan sedangkan hakikatnya Hanez tahu Mr. R masih belum menceraikan isterinya. Hormatilah perasaan orang lain.
hanez liyana manan
Sedih kan? Susah Abang Nara nak cakap namun rasanya ramai pembaca BeautifulNara terutamanya yang wanita memahami perasaan Liyana Manan. Mana hati tidak sedih suami dirampas wanita lain. Mana tak kecewa apabila perkahwinan yang dibina hancur kerana orang lain. Nantikan sebentar lagi Abang Nara akan kongsikan pendedahan Liyana Manan mengenai percutian suaminya dan Hanez Suraya ke Bangkok. Kredit gambar RotiKaya.

DR.M!!! BR1M membebankan kerajaan

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
3 Mac 2014
BR1M membebankan kerajaan
Penerima BR1M menyerbu meja urusetia pada majlis penyampaian BR1M Daerah Kuching di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). 23 Februari lalu. - Foto Bernama

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya membebankan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M diteruskan.

“Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion.

“Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat,” katanya dalam entri di blognya, semalam.

Menurut beliau, pemberian BR1M sama sekali tidak akan mengubah pendirian rakyat.

Oleh itu, kerajaan perlu mencari mekanisme lain untuk mendapatkan sokongan.

“Jika rakyat tidak memberi sokongan, bermakna mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu walaupun mendapat BR1M. Jadi, cari sebab mengapa rakyat tidak berpuas hati dan anda (kerajaan) akan tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya penyokong kerajaan. Tetapi kurang bersetuju dengan beberapa perkara yang kerajaan lakukan,” katanya.

Katanya, sebahagian daripada rakyat menganggap BR1M sebagai usaha kerajaan untuk mendapatkan sokongan, terutama menjelang pilihan raya.

“Ia tidak menggambarkan sentimen sebenar mereka. Sebaliknya, lebih baik dinyatakan melalui undi yang menunjukkan kematangan mereka.

“Kegagalan untuk memahami sentimen masyarakat akan membawa bencana kepada ahli politik,” katanya.

Sumber

Dr. M!!! 'Geli hati dengar alasan menteri'

FATHIN ATHIRAH HASLI
2 Mac 2014

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM – Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik,” katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan,  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin ‘matang’ dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya yang turut memaklumkan nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Tambah Mahathir lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion kepada 7 juta rakyat Malaysia dan ianya disifatkan satu pembaziran dengan jumlah yang besar.

“Masih terdapat golongan individu atau keluarga yang miskin di negara ini, kita sepatutnya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu mereka,” jelasnya.

PENANG!!! Kemalangan pertama di jambatan kedua

WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Mac 2014

Kemalangan pertama di jambatan kedua
Kemalangan kecil selepas plaza tol.

NIBONG TEBAL - Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.

Sumber