Wednesday 16 April 2014

MISTERIUS KEHILANGAN PESAWAT A4 SKYHAWK TUDM 1988 - Bahagian 1



Tanggal pagi tersebut.... skuadron tudm a4 skyhawk melibatkn 3 buah pesawat..... ditugaskn terbang ke labuan..... malang yg pelik..... tiba tiba.... cuaca bertukar.... nak ckp mendung x mendung..... mereka malangnya.... seolah ditarik kedalam litupan kabus awan.....

 Dari 3 buah menambahkn malang.... sebuah pesawat hilang dari radar skuadron seusia keluarnya mereka dari kabus pelik tersebut.....

 Totally wiped out from radar.... yg lagi dua pilot rasa cemas jika sahabat mereka terhempas di kepulauan lautan jiran tersebut.....

 Lantas mereka turn over n mula mengelilingi perimeter mencari pesawat yg hilang tersebut..... Akhirnya terpaksa menghubungi menara kawalan gong kedak.... melaporkn kehilangan misterius pesawat n pilot tersebut.....

 Bermula kisah sar paling pelik dlm sejarah atm amnya.........


 Berdasarkan kisah Pengalaman sebenar Masta Artifak Raja kamarazam pada tahun 1993....... 5 tahun selepas kisah misteri kehilangan pesawat tersebut.....

 Salam sejahtera. Aku nak cerita bagaimana aku terlibat dalam pencarian pesawat tempur Skyhawk ini. Cerita nya panjang. Jadi aku cerita secara berperingkat peringkat.

 Aku ini adalah pencari barang barang antik. Puas sudah menjelajah disekitar Riau Lautan dan Riau Daratan. Yang dimaksudkan Riau Lautan itu, adalah Kepulauan Kepulauan Melayu Nusantara dari Tg Balai, Karimun sehingga ke Kepulauan Yang Tujuh itu. ( Jemaja, Natuna, Tembelan,....) Manakala Riau Daratan adalah Siak, Bukit Batu, dan sebahagian Sumatera Tengah....


 Jadi sebagai pencari barang barang antik untuk dibekalkan kepada pihak Muzium Johor, puas aku meredah di seluruh pelusok riau bagi mendapatkan artifacs yang masih disimpan oleh ahli waris. (Moyang aku adalah Sultan Mohd Yusoff.. (Sultan Riau.) Sehinggalah aku berminat untuk mencari senjata jenis tikam (Keris, lembing, tombak, sundang dan sebagainya) di Kepulauan Siantan. Siantan ini terletak ditengah tengah diantara Malaysia Barat dengan Serawak. Mengikut cerita Hang Tuah lahir di Siantan sebelum berhijrah ke Bentan dan seterusnya ke Melaka. Perlu juga di ingat bahawa senjata jenis tikam yang terbaik diseluruh nusantara melayu datang dari Siantan. Pembuatan nya kukuh dan tempat lahirnya banyak pendekar serta hulubalang kerajaan zaman kesultanan.....

 Dalam masa pencarian artifacs, aku diberitahu oleh seorang saudara aku yang di Pulau Bentan, bahawa beliau mendapat khabar dari Siantan yang ada nelayan menjumpai pesawat tempur Malaysia didalam laut. Sebelum itu aku nak terangkan.... Siantan... Pulau Siantan adalah disebut Natuna oleh orang Inggeris. Orang dulu dulu memanggil Siantan. Kini nama nya diberi Terempah (sebutan Terempak) dan pekan nya diberi nama Ranai. Bila mendapat berita yang ada nelayan yang menjumpai pesawat tempur malaysia, maka aku bergegas menaiki feri dari setulang laut untuk ke Tg Pinang bagi mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai pesawat tempur malaysia yang ditemui oleh nelayan tempatan di Siantan......


 Shahrul.... sahabat dan saudara yang tinggal di Pulau Penyengat, Riau telah memberitahu aku yang kawan nya (Pak Muin) di siantan telah menemukan sebuah pesawat tempur malaysia di kawasan perairan Siantan dikala mencari hasil laut. Diberitahu yang pesawat tempur itu menpunyai satu tempat duduk, berwarna kelabu dan mempunyai stiker bendera Malaysia pada tepi badan pesawat itu. Walaupun telah dilitupi oleh teritib, namun masih jelas lagi bentuk pesawat itu. .... (kawasan karam nya pesawat tempur itu adalah kawasan yang banyak udang kara (lobster) dan mempunyai kedalam diantara 50 - 80 kaki. Penyelam pencari lobster menggunakan "air compressor" yang disambungkan dengan getah untuk menyelam. Jadi aku pun berpakat pakat dengan Shahrul untuk ke Siantan.....

 Dengan menaiki pesawat foker 50 dari lapangan terbang di tanjung pinang, aku dan shahrul menuju Lapanganterbang Matak, Pulau Siantan (Tarempa). Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. pabila sampai di matak Airport, aku langsung ke rumah Pak Muin. Diterangkan duduk pekara yang sebenarnya akan perihal pesawat tempur yang dijumpai nya di laut siantan itu. Untuk mendapat gambaran sebenar, aku minta pak muin membawa aku ke lokasi yang dikatakan pesawat tempur malaysia itu di temui. "Ok, esok kita kesana"... kata Pak Muin.


 Permandangan dari atas bukit Pulau Siantan (akan aku sambung cerita ini sebentar lagi. aku perlu sarapan dulu).....

 Pada pagi pagi esok nya, sekitar jam 5 pagi kami bangun. selepas sarapan, kami pun berangkat dengan menggunakan pong pong (bot nelayan berkuasa disel) menuju lokasi. Kami harus segera kerana pasa masa itu air surut dan memudahkan kerja kerja pertandaan kawasan. Pabila sampai ke lokasi, dua dari 4 orang pekerja pak muin turun ke laut dengan tali bagi mengikat dibahagian esok pesawat tempur tersebut. mereka menggunakan paip yang disambungkan ke "air compressor" bagi membolehkan penyelam mengambil masa untuk berada agak lama dibawah air. lebih kurang 15 minit, mereka muncul. (bahagian ujung tali telah di ikat dibahagian ekor pesawat dan hujung yang satu lagi dibawa naik ke atas dan di ikatkan pada tong drum plastik yang berwarna biru. Setelah selesai kerja kerja penandaan itu, kami berangkat pulang ke Ranai (pekan utama Siantan atau Natuna) dan saya pack barang saya dan menuju ke bandara Matak untuk pulang ke Tg Pinang seterusnya ke Stulang Laut, Johor......


 Sekembalinya saya dari natuna, saya terus berjumpa dengan Mahfar Adib Bin Haji Musa. Saya jumpa dia sebab dia kenal beberapa pegawai TUDM base di Kuantan. Saya telah diperkenalkan dengan seorang pegawai yang bernama Norazman (Bounser). Dia telah datang bertemu saya di Johor Bahru untuk mengetahui perihal pesawat tempur itu. Saya hanya nyatakan bahawa saya baru pulang dari Natuna bagi membuat kerja kerja penandaan kawasan pesawat itu berada. Saya juga ingatkan kepada Bounser TUDM itu yang orang orang kampung kata, kawasan itu berpuaka. Ada sebuah pulau tanpa penghuni yang banyak kejadian aneh berlaku. Bounser kata... "saya akan bawa pekara ini keperingkat Kementerian." Setelah mendapatkan no talipon dan alamat saya, Bounser Norazman pun balik ke Kuantan.....

 hampir 6 bulan kemudian Bounser Norazman menghubungi saya dan mengatakan bahawa missi mencari pesawat tempur itu mendapat kelulusan kementerian dan hanya menanti keizinan dari Jakarta untuk TLDM bergerak ke Natuna. Ini gambar pulau yang dikatakan berpuaka itu. Lokasi terhempasnya pesawat tempur itu adalah disebelah belakang pulau ini... Laut China Selatan...

 Tidak berapa lama kemudian, Bounser Norazman menghubungi saya kembali dan meminta saya datang ke Kuala Lumpur. Dia berpesan , apabila saya sampai di KL, dia suruh saya beri alamat tempat tinggal saya selama saya di KL. Saya menginap dirumah sepupu saya di Subang Jaya dan memaklumkan kepada Bounser Norazman. Selang dua hari, Bounser talipon saya dan mengatakan suruh saya bersiap siap pada pagi esok nya kerana kereta tentera akan datang mengambil saya untuk berangkat ke Pengkalan TLDM di Lumut. Benar.... jam 6 pagi sebuah kereta Volvo tentera sampai dan saya dibawa ke Lumut untuk sessi taklimat. Saya tak menyangka yang petang itu juga saya dan crew akan berangkat ke Natuna. Rupa rupanya, keizinan Jakarta untuk missi mencari pesawat tempur telah diluluskan dan Jakarta menghantar 2 buah kapal TNI untuk bersama sama mencari pesawat tempur itu....


 Pada jam 9 pagi, saya tiba di Lumut. Sejurus kemudian, saya menerima panggilan talipon dari pakcik Amin (Bapa Arwah Let Abdul Wahi) dan pakcik Amin memberitahu saya yang beliau sangat sangat berharap agar ditemukan pesawat tempur yang dipandu oleh anaknya. Saya hanya boleh berkata "Inn Sya Allah" Harap Allah permudahkan segala kerja. Jam 3 petang, kami berangkat dari Pengkalan Tentera laut di Lumut. Satu perjalanan yang sangat membosankan dengan kelajuan 8 knot. Saya hanya rehat dikabin yang disediakan khas untuk saya. Sesekali saya berada dianjung kapal melihat pemandangan selat melaka. Jam 5 pagi baru sampai Singapura dan terus ke arah timur melewati pulau Batam dan meninggalkan Pulau Bentan. Terus menuju perairan antarabangsa Laut China Selatan. Bila sampai di pertengahan, saya dapati kapal yang saya naik ini di apit oleh dua buah kapal perang TNI dan kami terus menuju ke Natuna. Dan kami sampai ke pekan Tarempa, Natuna (Siantan) jam 10 malam. Kapal kami berlabuh kira kira 3 batu dari pulau Natuna dan diapit oleh kapal TNI. Komandan TNI datang ke kapal kami untuk bertemu dengan komander TLDM bagi perbincangan esok pagi....

 Inn sya Allah akan saya ceritakan hal ini. Tiada dusta tiada rekaan. Kerana Allah sahaja.

 ada yang dari TUDM & TLDM. bergabung dengan TNI. saya mencari sesiapa yang ada sama terlibat semasa operasi ini...

Saksikan dan Baca Selanjutnya di Bahagian 2

Sumber Komuniti Sejarah Military dan Teknologi Ketenteraan Dunia