Saturday 1 March 2014

GANAS!!! Pengawal ditetak, juruwang cedera disembur kari



JOHOR BHARU - Seorang pengawal keselamatan cedera ditetak manakala seorang juruwang kepedihan mata akibat disembur serbuk kari selepas mereka disamun empat lelaki di kawasan parkir di Terminal Larkin Sentral hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.40 petang ketika mangsa menuju ke premis perniagaan mereka di terminal berkenaan selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank.
 
"Mereka didatangi empat lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kereta yang kemudian menyembur serbuk kari dan menetak pinggang kanan pengawal keselamatan itu dengan parang," katanya ketika dihubungi.
 
Beliau berkata, suspek kemudian melarikan dua beg berisi wang tunai hampir RM300,000 dengan kereta berwarna gelap.
 
Sulaiman berkata, anggota polis yang digerak untuk mengesan kesemua penjenayah berjaya menahan dua daripada mereka berumur lingkungan 20an dan 30an pada kira-kira 8.30 malam dan usaha giat dijalankan bagi mencari bakinya.
 
Beliau berkata, pengawal keselamatan berumur 34 tahun, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan dilaporkan stabil manakala juruwang berusia 22 tahun tidak mengalami kecederaan serius.
 
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.  - Bernama

Sumber

BANGGA!!! Jambatan kedua P.Pinang ikon terbaru negara


Jambatan kedua P.Pinang
Jambatan kedua Pulau Pinang - Foto Bernama

GEORGETOWN - Pulau Pinang, negeri yang terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka, mempunyai satu lagi mercu tanda menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka secara rasmi pada Sabtu malam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dijadual mula beroperasi untuk orang ramai mulai 12.01 tengah malam selepas perasmiannya, jambatan bernilai RM4.5 bilion itu dijangka dapat menarik sehingga 25 peratus daripada 100,000 kenderaan yang menggunakan jambatan pertama setiap hari, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama.

Jambatan sepanjang 24km iaitu jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau, merupakan jambatan kedua merentangi laut menghubungkan kedua-dua bahagian negeri itu.

"Kami jangkakan 25,000 kenderaan sehari menggunakan jambatan ini terutama kenderaan dari selatan," kata Pengarah urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Dr Ismail Mohamed Taib.

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai (JK2PP), merupakan projek kerajaan persekutuan dalam usaha mengurangkan kesesakan aliran trafik di jambatan pertama terutama pada waktu puncak, turut dilihat bakal meningkatkan pembangunan dan ekonomi kawasan perindustrian di Batu Kawan dan Batu Maung serta merancakkan sektor pelancongan negeri.

"Jambatan itu bakal menjadi ikon baharu kepada industri pelancongan Pulau Pinang dan Malaysia," kata Pengerusi Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) cawangan Pulau Pinang, Johari Shafie.

Beliau berkata jambatan baharu itu mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing, selain dapat memberi nafas baharu kepada produk pelancongan di Batu Maung dan Bayan Lepas seperti Muzium Perang, Akuarium Batu Maung dan Tokong Ular.

"Selain itu, jambatan yang unik strukturnya ini dapat menarik perhatian pelancong asing dan pelancong tempatan, yang ingin cuba laluan jambatan terutama pada waktu malam kerana ia dihiasi lampu warna-warni," katanya.

Johari berkata jambatan baharu itu juga dapat memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat jika industri pelancongan dapat mewujudkan produk pelancongan kepada pelancong pada waktu malam untuk bergambar serta menghayati pemandangan di situ.

JK2PP, projek mega hasil perancangan kerajaan persekutuan itu, turut memberi rangsangan ekonomi kepada kerajaan negeri pimpinan DAP dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar, sekali gus menguntungkan rakyat Pulau Pinang.

Kawasan Batu Kawan di tanah besar, yang sebelum ini agak kosong dan sunyi kini mula membangun dengan projek-projek perumahan, malah gedung perabot terkenal dari Sweden, Ikea, akan membuka cawangan keduanya di kawasan itu.

Limpahan ekonomi itu jelas dapat dilihat apabila Ikano Pte Ltd iaitu syarikat francaisee bagi Ikea di Malaysia, Singapura dan Thailand bergabung dengan syarikat tempatan, Aspen Vision untuk membangunkan kompleks beli-belah serta kawasan perniagaan dan kediaman di Batu Kawan.

Bagi memenuhi hasrat itu Aspen Vision telah membeli tanah seluas 98 hektar berharga RM483.95 juta daripada agensi negeri, Penang Development Corporation.

Naib Presiden Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Dr Ooi Eng Hock berkata jambatan baharu itu akan merancakkan kawasan industri di Bayan Lepas dan Batu Kawan di seberang.

"Jambatan baharu itu bukan sahaja akan menarik lebih banyak kilang-kilang baharu di zon perindustrian Bayan Lepas dan Batu Kawan, malah pengilang yang sedia ada dapat menikmati kemudahan selesa dari segi logistik dan pengangkutan.

"Jambatan itu harus dilengkapi aspek keselamatan kerana ada lori-lori yang membawa muatan berharga dan jambatan itu dapat memendekkan masa perjalanan," katanya.

Pelan untuk membina JK2PP itu terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan pada 12 Nov 2006, upacara penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang dilakukan oleh Tun  Abdullah Ahmad Badawi, yang merupakan perdana menteri pada ketika itu.

Walaupun Pulau Pinang kini di bawah pemerintahan DAP, kerajaan persekutuan tetap komited untuk melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat negeri itu.
 
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata jambatan baharu itu merupakan usaha kerajaan persekutuan untuk memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada penduduk setempat dan pelabur.

"Apa yang kita lihat di Pulau Pinang hari ini adalah hasil usaha pentabdiran sebelum ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.
 
Dr Sivamurugan berkata hakikat bahawa kerajaan BN tetap meneruskan projek jambatan kedua itu walaupun Pulau Pinang tidak lagi di bawah BN, menunjukkan kerajaan pusat mahu Pulau Pinang terus menikmati pembangunan lebih baik supaya rakyat mendapat manfaat daripadanya.
 
Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang perlu memberi penghargaan kepada BN dalam usaha merancakkan sektor pelancongan dan perindustrian, demi faedah rakyat.
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang juga dijangka menaikkan harga hartanah di kawasan seperti Bayan Baru, Batu Kawan dan Nibong Tebal kerana ia terletak dalam kawasan jaringan pembangunan.  
 
Projek pembinaan jambatan usaha sama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd dan UEM Builders Bhd itu bermula pada 2008. Jambatan itu mempunyai empat lorong dengan dua lorong motosikal dan enam persimpangan lebuh raya serta dilengkapi 29 CCTV.

Sepanjang 17km dari jambatan itu akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai, 1.5km berada di kawasan Batu Maung, manakala 6km di kawasan Batu Kawan.
 
Jambatan itu juga mengaplikasikan penggunaan Bearing Getah Redaman Tinggi (HRDB) dalam pembinaannya, yang berkeupayaan menahan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter. - Bernama

Sumber

GEMPAR!!! Ibu Keguguran Bayi Kembar Gara-Gara Angkut Air…Kesiannya…


Keguguran Bayi Kembar Gara-Gara Angkut Air

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul… itulah yang boleh dikatakan atas nasib yang menimpa seorang ibu di Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.

Gara-gara mengangkut baldi berat kerana krisis air, Holifah Siman mengalami keguguran sekaligus kehilangan bayi kembar yang sudah tiga bulan dikandungnya.

Mengimbas kejadian lima hari lalu, ibu dua anak tersebut sudah hampir tiba ke rumahnya yang terletak di tingkat tiga apabila tiba-tiba mendapati terdapat lelehan darah mengalir dari celah kaki.

Holifah segera ke klinik berhampiran namun pemeriksaan mendapati kandungannya tidak dapat diselamatkan.

Menurut Holifah yang terlalu sedih dengan berita itu, dia terpaksa mengangkut sendiri baldi berat berisi air kerana suaminya tiada di rumah kerana bekerja.

Sekiranya dia tidak berbuat demikian dan menunggu suaminya pulang dari bekerja, air yang disalurkan Syabas mengikut jadual itu pasti tidak sempat diambil.

image

Taman Impian Ehsan yang terletak di Balakong mengalami krisis air sejak 10 Februari lalu hingga mendatangkan kepayahan dan tekanan kepada penduduk sekitar kawasan tersebut. – REM RAMZI

Sumber: THE STAR

Sumber

Dr. M!!! Luahan hati Tun Dr Mahathir

WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Februari 2014

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad membidas golongan yang menuduh beliau sebagai anti hadis hanya kerana memberi pandangan yang dilihat seperti membela dan menyokong Dr Kassim Ahmad.

Dalam entri blognya, chedet.cc kelmarin, Mahathir menyatakan golongan itu mahu segala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa seperti firman ALLAH dalam al-Quran.

"Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Orang yang benar, berani.

"Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah.

"Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh ALLAH SWT. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam," tulisnya dalam maksud sinikal.

Menurut negarawan itu, beliau kini dilabel sebagai  anti hadis kerana kononnya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

"Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam.

"Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam? Apakah saya tidak Islam? Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima?" soalnya.

Menurut Mahathir, beliau pernah dihukum kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir.

"Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?"

Mahathir kemudian bertanya: "Apakah melabel, menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar laporan TV mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam?"

"Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam?

"Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam?"

Mahathir mengakui, jawapan kepada tulisannya itu bahawa beliau anti hadis, anti al-Quran bahkan kafir.

"Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, ALLAH SWT. Saya akan diadili Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh ALLAH SWT tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya."

Sumber

GEMPAR!!! Che Mat hayun parang

Oleh Norul Awatif Romli


Foto
POLIS menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman di sebuah pusat beli-belah semalam.

Alor Setar: “Engkau tak faham perasaan dan masalah aku. Duit aku dah banyak hilang.”

Itu antara kata-kata seorang lelaki yang mengamuk dengan menetak tiang elektrik menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Tongkang Yard, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, warga emas dikenali sebagai Che Mat, 50-an, bertindak di luar kawalan kerana mengalami tekanan perasaan dipercayai akibat masalah keluarga selain turut memaki hamun penduduk kampung dengan perkataan kesat.

Malah, lelaki itu turut menimbulkan ketakutan apabila dikatakan berjalan mengelilingi kampung sambil mengacukan parang sepanjang 15 sentimeter kepada orang ramai.

Bimbang mendatangkan kecederaan, penduduk kampung membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 petang.

Sumber