Saturday 1 March 2014

GEMPAR!!! Che Mat hayun parang

Oleh Norul Awatif Romli


Foto
POLIS menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman di sebuah pusat beli-belah semalam.

Alor Setar: “Engkau tak faham perasaan dan masalah aku. Duit aku dah banyak hilang.”

Itu antara kata-kata seorang lelaki yang mengamuk dengan menetak tiang elektrik menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Tongkang Yard, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, warga emas dikenali sebagai Che Mat, 50-an, bertindak di luar kawalan kerana mengalami tekanan perasaan dipercayai akibat masalah keluarga selain turut memaki hamun penduduk kampung dengan perkataan kesat.

Malah, lelaki itu turut menimbulkan ketakutan apabila dikatakan berjalan mengelilingi kampung sambil mengacukan parang sepanjang 15 sentimeter kepada orang ramai.

Bimbang mendatangkan kecederaan, penduduk kampung membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 petang.

Sumber