Tuesday 25 February 2014

TERKINI!!! Senarai 71 Kawasan Dan Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya


ganguan air

KUALA LUMPUR– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

a1

Dalam masa yang sama, sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa  kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.  Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

a2

Pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan, adalah dijangkakan lebih ramai pengguna akan mengalami terputus bekalan air. Dalam menghadapi keadaan ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan kepada seluruh kakitangan SYABAS bagi memantau dan mengurus penghantaran bantuan air kecemasan menggunakan lori-lori tangki dan tangki statik untuk meringankan kesan yang dialami oleh pengguna  terlibat.  Walaubagaimanapun kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna yang terlibat dalam masa yang ditetapkan dan diinginkan oleh pengguna.

Sehubungan itu, para pengguna yang terputus bekalan air yang mengambil air dari lori-lori tangki air dan tangki statik SYABAS diminta untuk berjimat cermat bagi membolehkan lebih ramai pengguna yang terlibat mendapat bantuan air kecemasan ini. Sementara itu, para pengguna khususnya di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan disarankan agar tidak melakukan pembaziran air kerana sebarang penjimatan boleh disalurkan ke kawasan-kawasan yang terlibat secara langsung dengan gangguan. Dalam masa yang sama, pihak SYABAS juga akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Pihak SYABAS amat mengharapkan agar para pengguna semua memahami keadaan ini dan bagi mereka yang yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau menghubungi Pusat Khidmat Setempat (PKS) SYABAS yang turut dibuka di kawasan mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya aduan serentak berlaku dengan jumlah yang sangat tinggi, ianya akan melampaui kapasiti perkhidmatan di PUSPEL menyebabkan panggilan pengguna tidak dapat menembusi talian PUSPEL atau terpaksa menunggu dengan lebih lama. Pihak SYABAS berharap para pengguna memahami situasi ini.

Sumber

TERKINI!!! Nirmala berbogel tak tahan cuaca panas

Nirmala Bonat

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bekas majikan lelaki Nirmala Bonat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas pembantu rumah warga Indonesia itu yang menyaman beliau dan isteri, pernah ditemui berbogel di dalam bilik tetamu rumah mereka hanya disebabkan cuaca panas.

Menurut Hii Ik Tiing, 48, perkara itu didakwa diberitahu oleh isterinya, Yim Pek Ha kepadanya sewaktu Nirmala mula bekerja dengan mereka dan isterinya telah menasihatkan wanita itu agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Kata Pengurus syarikat Domain Point Sdn. Bhd. itu, Pek Ha juga memberitahunya bahawa Nirmala didakwa gemar menghantukkan kepala ke dinding kononnya untuk melegakan sakit kepala dan kadangkala mereka melihat kepala wanita itu bengkak.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan saksi pada perbicaraan kes saman Nirmala, 29, terhadap mereka berdua setelah mendakwa Pek Ha mencederakannya manakala Ik Ting didakwa gagal menghalang isterinya daripada melakukan perbuatan itu selain gagal memberi rawatan perubatan sewajarnya.- UTUSAN ONLINE.

Sumber

PANAS!!! Sharnaaz pertahan diri

AQMAR MUSTAZA
25 Februari 2014

Sharnaaz Ahmad
  • Sharnaaz Ahmad

"KALAU tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Saya sudah cuba bersabar, tapi saya manusia biasa yang ada batas kesabarannya," jelas aktor, Sharnaaz Ahmad berhubung pergaduhannya melibatkan pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Enggan mendedahkan punca sebenar pertelingkahan yang berlaku di antara dia dan Lisdawati, Sharnaaz bagaimanapun mengaku salah faham tersebut berlaku di set penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Ditebak mengenai kiriman SMS berbaur ugutan yang dihantarnya kepada Fauzi, Sharnaaz berkata, adalah tidak adil untuk orang lain menilai dirinya seorang sahaja hanya melalui satu SMS.

"Salah faham adalah sesuatu yang normal dan segala yang berlaku antara kami adalah satu salah faham. Isu ini terlalu kecil dan ia telah diperbesar-besarkan.

"Cuma tak adil jika ada yang menilai saya jahat hanya kerana satu SMS. Kalau tak cucukan dan jolokan, takkanlah saya nak kata sebegitu. Dia hanya tunjuk SMS dari saya, tapi saya juga simpan SMS dari dia (Fauzi)," katanya.

Sharnaaz berkata, dia ada cuba untuk bawa berbincang mengenai hal yang berlaku namun tidak berjaya.

Ditebak Zass adakah dia tidak risau dengan imejnya setelah beberapa kali namanya menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini kerana sikapnya, Sharnaaz berkata:

"Sejak dulu lagi, saya akui saya seorang yang panas baran. Tapi orang panas baran tak semestinya jahat.

"Tapi apa yang berlaku ini hanya dugaan kecil buat saya, ada dugaan lebih besar lagi yang pernah saya hadapi dan saya tidak risau dengan pandangan orang lain terhadap saya," ujarnya.

Fauzi menerusi laporan akhbar semalam mendedahkan, dia dan Lisdawati terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas Sharnaaz menghantar satu SMS berbaur ugutan terhadapnya.

Katanya, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Lisdawati
Lisdawati bersama suami dan salah seorang anak mereka.

Bukan cari kontroversi - Fauzi

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi Zass menegaskan, keputusan dia dan isterinya untuk membuat laporan polis bukanlah kerana mahu mencari publisiti murahan atau kontroversi.

Sebaliknya dilakukan kerana mahu melindungi isterinya selepas aktres itu ditengking dan diserang Sharnaaz di lokasi penggambaran.

"Saya bukannya artis yang memerlukan kontroversi untuk dikenali. Saya dah berkecimpung dalam industri hampir 18 tahun dan saya tak perlukan kontroversi. Malah saya mahu lari dari kontroversi.

"Namun tindakan Sharnaaz menengking dan menyerang Lisda di lokasi agak keterlaluan, apatah lagi Lisda kini sedang mengandung. Laporan polis yang dibuat adalah bertujuan untuk melindungi diri dan memudahkan saya membawa Lisda menjalani
pemeriksaan kesihatan di hospital akibat tindakan Sharnaaz itu.

"Dan keputusan pemeriksaan memang sudah dijangka apabila doktor mengesahkan tekanan darah Lisda naik susulan kejadian itu. Sebagai suami dan bapa tentulah saya risau dengan keadaan isteri dan anak dalam kandungan tersebut," jelasnya.

Fauzi berkata, sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis, dia sudah cuba mendapatkan penjelasan Sharnaaz termasuk mengajaknya berjumpa.

Namun Sharnaaz seolah-olah mahu berjumpa untuk bertumbuk dan membuatkan dia membatalkan keputusan untuk berjumpa Sharnaaz.

"Saya bukan budak-budak lagi dan masih waras. Jadi saya ambil keputusan untuk maafkan sahaja tindakannya, tapi dia pula macam tak puas hati," katanya yang turut berpesan agar Sharnaaz tidak terus bersikap ego untuk kebaikannya pada masa akan datang.

Sumber

SEDIA!!! Catuan air di seluruh Selangor mulai esok

24 Februari 2014


Abdul Khalid Ibrahim
  • Abdul Khalid Ibrahim


SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya.

"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini hari ini.

Beliau berkata program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.

Abdul Khalid berkata jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata menerusi program catuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang teruk terjejas bekalan iaitu di sekitar loji Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi untuk mencari jalan terbaik membantu meringankan beban masyarakat yang mengalami kekurangan bekalan air.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan itu dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pengurangan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor akan dibuat di loji Sungai Rasa, Sungai Selangor 1, 2 dan 3 esok.

Ini akan menyebabkan kawasan yang menerima bekalan air dari loji-loji itu akan mengalami gangguan bekalan, dan pengumuman kawasan yang terlibat akan dilakukan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) esok, katanya.

Beliau berkata bekalan akan mula dikurangkan sebanyak tujuh peratus pada peringkat pertama diikuti dengan 10 peratus bagi peringkat kedua, 15 peratus (peringkat ketiga) dan 20 peratus (keempat).

Abdul Khalid berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diarahkan untuk lebih proaktif membantu penduduk yang terjejas.

Sementara itu, pegawai pelaburan PBT pula diarah memantau kawasan industri masing-masing bagi memastikan penjadualan bekalan air memberi kesan minimum kepada para pengilang, katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan berusaha melakukan pembenihan awan pada masa yang sesuai bagi menghasilkan hujan dan berharap rakyat dapat menggunakan air secara berhemah berikutan cuaca panas sekarang.

Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata Syabas akan membuat pengumuman perincian air berjadual di kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat esok.

Menurut suruhanjaya itu kedua-dua kawasan itu sebelum ini mengalami gangguan bekalan air sejak 28 Jan lepas ekoran penutupan dua loji rawatan air (LRA) iaitu Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi kerana peningkatan kandungan ammonia di dalam sumber air mentah akibat cuaca panas dan kurangnya hujan.

Menurut SPAN, kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam mengawal sumber air secara dasarnya bersetuju dan telah mengarahkan Syabas mengaktifkan pelan tindakan kecemasan termasuk mengagihkan air secara berjadual kepada pengguna-pengguna yang mengalami gangguan bekalan air.

"Susulan itu, SPAN telah menerima permohonan daripada Syabas untuk melaksanakan pengagihan bekalan air berjadual kepada kawasan-kawasan yang terjejas," katanya.

Menurut SPAN satu mesyuarat telah diadakan antara suruhanjaya itu dengan kerajaan negeri Selangor serta Syabas pada Jumaat lepas untuk membincangkan segala persiapan, dan suruhanjaya itu berpuas hati dengan perancangan yang dikemukakan oleh Syabas dan meluluskan permohonan itu. - Bernama

Sumber

PANAS!!! Kenyataan PM jenaka paling hebat abad ini

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
24 Februari 2014

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.

"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu... mana pergi janji tersebut?

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam menerusi satu kenyataan PM meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ke tangan mereka.

Oleh itu PM meminta rakyat wajar menolak segala dasar tidak bertanggungjawab yang dikemukakan pembangkang termasuk manifesto ekonomi mereka dalam PRU13 lalu.

"Dah kena tipu 16 September, betul? Dah kena tipu fasal 40,000 Bangladesh menjadi pengundi hantu betul? Padahal cuma 12 orang Bangladesh menjadi warganegara dalam masa 10 tahun. Kalau nak jadi pengundi kena jadi warganegara, betul?

"...kalau tidak percaya saya, tanya Jabatan Pendaftaran..kena tipu lagi, pasal 'blackout' pula dia kata kita tipu peti undi.

"...lepas itu bila kalah pilihan raya hendak jadi pensyarah. Tak jadi pensyarah lagi, masih hendak bertanding di Kajang," katanya.

Najib berkata, berbeza dengan BN, apabila diberi kepercayaan rakyat, parti itu akan membalas segala keyakinan rakyat itu dengan sebaik-baiknya.

Sumber

GEMPAR!!! Ditembak ketika minum

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Azahar Hashim

Foto
Anggota polis memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditembak dari jarak dekat di Taman Makmur, Lunas. FOTO Azahar Hashim

Kuala Lumpur: Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam tadi.

Dalam kejadian di Taman Sri Sentosa, seorang pemandu van pelancong cedera akibat ditembak berdekatan sebuah kedai serbaneka 9.30 malam tadi.

Foto
POLIS menyiasat lokasi kejadian tembak seorang lelaki di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama. FOTO Shahrul Redzuan

Mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai terkena dua das tembakan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu di Kulim, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan pada perut dan kaki kanan di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa berusia 39 tahun dipercayai tembak ketika sedang berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek.

Foto
Anggota polis memeriksa restoran di mana mangsa di tembak di Taman Makmur, Lunas. FOTO Azahar Hashim

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum kejadian beberapa pelanggan lain turut berada di dalam kedai kopi berkenaan tetapi di meja berasingan.

"Secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru masuk lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Rakan mangsa serta beberapa pelanggan lain sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber

GEMPAR!!! Rangka terdampar di tepi pantai

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Februari 2014

Rangka terdampar di tepi pantai
  • Rangka ditemui Yusuf di pesisir pantai Rantau Abang, semalam. - Foto Sinar Harian


RANTAU ABANG – Hasrat seorang penduduk untuk mengambil pelampung hanyut, bertukar cemas apabila dia terjumpa rangka manusia terdampar di tepi laut.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam itu, Yusuf Harun, 54, yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan, terpandang satu objek di atas pasir.

Dia yang masih tidak berpuas hati kemudiannya cuba menghampiri lalu mendapati ia merupakan rangka manusia dengan sebahagiannya dipercayai masih mempunyai daging.

“Apabila saya mendekati objek itu, ia memang rangka manusia. Saya tak tahu apa nak buat lalu beritahu rakan sebelum memaklumkan kepada polis,” katanya.

Sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan awal.

Rangka berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan penemuan itu dan memaklumkan, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber

ANGGUN!!! Anak Tidak Percaya Amy Mastura Seorang Artis

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Amy memberitahu anak-anaknya tidak mempercayai dia adalah seorang selebriti.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mendedahkan kedua-dua anak perempuannya tidak percaya dia merupakan seorang selebriti.

Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 43, berkata, anak-anaknya iaitu Adriana, 14 dan Adalia, 9, mentertawakannya apabila dia bercerita tentang penglibatannya dalam industri hiburan sejak awal 1990-an.

"Mereka sebelum ini tidak pernah mengetahui kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon selain tidak pernah menonton atau mendengar lagu-lagu nyanyian saya.

"Apabila saya mendedahkan perkara tersebut kepada mereka, kedua-dua mereka tidak mempercayainya dan menganggap saya hanya berjenaka," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Amy, mereka kini semakin mempercayai kata-kata itu selepas wajahnya banyak muncul dalam drama dan iklan di televisyen.

Pelakon filem Puteri Impian itu tidak kisah jika dilabel sebagai seorang artis selekeh.

"Saya kini sedang mengumpul filem lakonan lama saya untuk ditunjukkan kepada mereka tetapi bukan semua, yang terpilih sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Amy berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada sesetengah pihak menganggapnya seorang selebriti selekeh dan tidak tahu menjaga penampilan diri ketika berada di khalayak.

Jelas Amy, sejak awal kemunculannya sebagai penyanyi lagi dia lebih gemar dengan imej santai jika tidak menghadiri sebarang acara atau pertunjukan pentas.

"Kalau keluar rumah saya seorang yang ringkas dan lebih selesa mengayakan baju T dan jean. Tak tahu pula imej macam tu selekeh?

"Jika ada yang berpendapat saya begitu tidak mengapa kerana saya juga manusia biasa seperti orang lain," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Amy berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu dalam masa terdekat untuk para peminatnya sebagai usaha mengubat rindu pada kerjaya seni.

Sumber

BONGKAR!!! Ammar Percaya Ibu Bapa Akan Dipenjara

Oleh QISHIN TARIQ


Ammar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan).

STOCKHOLM: "Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan," kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka.

Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan, dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat bertemu mereka.

Namun, apabila anggota polis wanita Sweden bertanya apa yang difikirkan mengenai masa depannya, Ammar berkata, apa yang dia boleh fikir adalah memeluk kedua-dua ibu bapanya semula.

"Mereka akan masuk ke dalam penjara, saya tidak tahu untuk berapa hari atau bulan. Apabila mereka dibebaskan, saya boleh bertemu mereka semula," kata Ammar menerusi temuduga yang direkodkan lebih awal yang dipertontonkan di mahkamah daerah Solna di sini.

Azizul Raheem Awalluddin, seorang pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya, Shalwati Nurshal ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul, menyebabkan mereka membuat laporan mengenainya kepada pihak berkuasa.

Memasuki hari keempat perbicaraan, Azizul dilihat memakai jaket baharu berwarna hitam dan tali leher biru, manakala Shalwati memakai jaket berwarna kelabu bersama dengan baju kurung.

Walaupun Shalwati dilihat sentiasa menulis nota pada minggu lepas, ibu kepada anak orang anak itu kini memberi tumpuan kepada video yang dipertontonkan sejak Isnin lalu.

Dalam temubual yang direkodkan itu, Ammar mengakui dia jarang dipukul oleh ibunya dengan rotan, 'mungkin dua kali sebulan'.

Dia berkata, bapanya kadang kala menggunakan rotan ketika kelas al-Quran, tetapi tidak pernah benar-benar menggunakannya.

Ketika ditanya bila Ammar teringat saat dia pernah dirotan oleh bapanya, kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata, ketika dia mencuri kad kredit ibunya untuk membeli permainan video.

"Saya meminta ibu untuk membelikan alat permainan itu beberapa kali tetapi dia enggan. Jadi saya bertindak mengambil kad kreditnya dan membeli permainan itu sendiri," kata Ammar.

Namun, Shalwati mengetahui perkara itu, menyebabkan Azizul bertindak memukul anaknya sebagai hukuman.

Ammar berkata, hukuman itu kekal diingatannya kerana dia merasakan bapanya lebih mementingkan wang berbanding dirinya.

"Saya melihat bapa benar-benar marah pada ketika itu," kata Ammar.

Ini bukan kali pertama Ammar memberitahu bahawa adik-beradiknya yang lain turut dipukul kerana mencuri.

Ammar sebelum ini berkata, kakaknya Aishah turut dipukul beberapa kali kerana mencuri wang dan coklat.

Pada 10 Februari, Shalwati dan Azizul didakwa di atas tuduhan pencabulan integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera anak-anak mereka.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu dirumah mereka di Spanga, Stockholm antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan bersambung pada Selasa.

Sumber