Tuesday 22 July 2014

MH17: Keluarga syukur mayat berjaya dikeluarkan


KUALA LUMPUR - Keluarga seorang daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, bersyukur dengan perkembangan terbaru usaha kerajaan untuk bawa pulang jenazah ke tanah air.
 
Mohd Zaki Md Salim, 38, berkata berita 282 mayat dibawa dengan kereta api dari Torez ke Kharkivi sebelum diterbangkan ke Amsterdam, memberi harapan untuk membawa pulang jenazah adiknya Mohd Ali, 30, untuk dikebumikan di kampungnya di Pagoh, Johor.
 
"Saya bersyukur dan terharu dengan kesungguhan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha bersungguh-sungguh dengan pelbagai cara untuk membawa pulang jenazah secepat mungkin ke tanah air.
 
"Majlis pengebumian jenazah adik saya itu akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Islam Kampung Jayor, Pagoh," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
 
Mohd Ali merupakan calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda.

Mohd Zaki berkata, MAS turut menawarkan kepada lima anggota keluarganya untuk ke Kiev dalam masa terdekat ini bagi mengikuti perkembangan siasatan secara langsung di sana
 
"Difahamkan pada hari ini juga, ada wakil daripada MAS akan ke sini (Hotel Marriot) untuk mengambil sampel DNA anggota keluarga mangsa," katanya.

 
Awal hari ini, Najib dalam sidang akhbar di Seri Perdana, Putrajaya berkata beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah tempat tragedi itu berlaku dan telah mencapai persetujuan tentang beberapa perkara.
 
Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.
 
Kedua, pada kira-kira 9 Isnin malam (waktu Ukraine), dua kotak hitam diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.

Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan  siasatan penuh tentang tragedi itu.
 
Pesawat Boeing 777 MAS membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas pada Khamis di Donetsk, timur Ukraine.
 
Dipercayai pesawat itu telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.  - Bernama

MH17 ::: Kita jumpa di Padang Mahsyar, kata akhir mangsa


KUALA LUMPUR - "Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar," itulah kata terakhir Mohd Afif Tambi Jiee, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 sebelum meninggalkan rumah sewanya di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan.

Rakan serumahnya Khairil Azwan, 21, berkata beliau tidak menyangka itu adalah ungkapan terakhir Afif, 19, selepas peperiksaan akhir pengajian asasi di Taylor's University.

"Yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja," katanya kepada pemberita selapas majlis bacaan tahlil anjuran Taylor's University di sini hari ini.

Khairil berkata Afif seorang kawan yang baik dan banyak memberi nasihat kepadanya.

"Dia banyak nasihat saya tentang dunia dan akhirat, cara pemikirannya juga sangat matang, jadi dia bukan jenis kawan yang biasa, Afif seorang kawan yang sukar dicari," katanya dengan sebak.

Afif, anak sulung daripada empat beradik, menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di universiti swasta itu dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.


Sementara itu, seorang lagi kawan Afif, Nadine Saedah Nasaruddin, 19, terkejut mendengar tragedi itu yang telah mengorbankan rakan sekelasnya dan amat sukar baginya menerima pemergian kawan yang dianggap sebagai seorang yang sangat periang.

"Beliau mempunyai penampilan yang menawan, dia pelawak dalam kumpulan kami, dia buat semua orang ketawa sepanjang masa, jika anda bersedih, dialah yang akan menceriakan anda dan dia selalu berfikiran positif.

"Saya akan merindui teks rambangnya, saya kehilangan seseorang yang sangat rapat walaupun saya mengenali beliau hanya setahun tetapi saya rasa seperti telah mengenalinya bertahun-tahun," katanya.

Sumber gambar dari internet 

Dalam nahas itu, Mohd Afif bersama ayahnya Tambi Jiee, 49, ibunya, Ariza Ghazalee, 46, dan tiga lagi adik beliau - Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan balik dari Kazakhstan.
 
Bapanya bekerja dengan syarikat Shell di negara itu sejak tiga tahun lepas dan baru mendapat kebenaran untuk bertugas di Kuala Lumpur. - Bernama

AKHIRNYA nama Wan Azizah diumum sebagai MB

Wan Azizah Wan Ismail

SHAH ALAM - PKR menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR mencapai keputusan itu selepas selesai mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi, lapor sebuah portal.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wan Azizah yang juga Presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor.

"Nama yang dicadangkan adalah Wan Azizah selaku Presiden parti dan saya percayai ia mampu beri gambaran kestabilan kepada PKR dan PR," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Laporan itu dipetik, Anwar mengakui mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai isu Menteri Besar Selangor dan keputusan yang diperoleh adalah mengemukakan Wan Azizah sebagai calonnya.

"Jadi konsensus tadi (semalam) ialah untuk terus dengan keputusan awal (Langkah Kajang) dengan kemukakan satu nama kepada Majlis Pakatan Rakyat.

"Proses itu akan dibawa kepada Majlis Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan pengumuman tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu di negeri Selangor yang semakin meruncing.

"Tapi kita rasa kena ada langkah tambahan untuk selesaikan isu panas dan legakan kegelisahan rakyat dan menarik kembali keyakinan kepada PR," katanya.


Anwar bagaimanapun dilaporkan tetap memuji pentadbiran Abdul Khalid yang dilantik menteri besar untuk penggal kedua tetapi menegaskan perubahan perlu dilakukan.

"Pertama kita akui, prestasi itu membanggakan dan menghargai jasa Abdul Khalid mentadbir serta banyak rekod yang boleh dibanggakan," katanya.

Menurut Anwar, pertemuan malam tadi juga bagi menjelaskan mengenai perkembangan terakhir "Langkah Kajang" yang pada awalnya diambil untuk menukar kepimpinan di Selangor.

"Jadi malam ini, kita teruskan pertemuan dengan ahli pimpinan baru, ketua cabang baru serta pemimpin PKR lain.

"Kita adakan pertemuan ini bagi beri ruang untuk dapatkan penjelasan dan maklumat terakhir mengenai Langkah Kajang," katanya.

Isu Menteri Besar Selangor panas sejak selepas PRU13 dan tidak selesai sehingga kini.

Abdul Khalid kehilangan sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik semula menjawat jawatan nombor satu itu untuk penggal kedua.

Anwar minggu lepas juga memberi isyarat PKR sudah memiliki pengganti menteri besar baharu.

Nama Dr Wan Azizah sebelum ini juga dikatakan akan mengisi jawatan tersebut.

Sementara itu, isu jawatan Menteri Besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas PRU13. - Sinar Harian

KIKI didenda RM5,000, kerja komuniti 240 jam


Seorang wanita bertindak mengamuk sambil memukul kenderaan pelanggarnya dengan pengunci stereng.

SHAH ALAM – Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas  diarahkan membuat kerja kemasyarakatan selama 240 jam dan denda RM5,000, lapor sebuah media.

Wanita itu dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini.

Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Video amuk wanita dengan pengunci stereng disiasat]

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/video-amuk-wanita-dengan-pengunci-stereng-disiasat-1.300158

Wanita terbabit dilihat membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. - Sinar Harian

GEMPAR !!! Potong, rebus tangan anak


Jun menerima rawatan di hospital.

KEKEJAMAN seorang bapa tiri di China yang sanggup memotong tangan anak lelaki tirinya dan kemudian merebus tangan itu di dalam sebuah periuk air yang sedang mendidih terbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.

Ketika kejadian, Wang Xinyu, 31, dipercayai mengalami pertengkaran kecil dengan isterinya di dalam telefon berhubung masalah kewangan.

Sejurus selepas perbualan dimatikan, suspek hilang sabar dan bertindak merotan anaknya Xiao Jun, 9, sebelum memotong tangan kanak-kanak itu dengan pisau pemotong daging dan mencampakkannya ke dalam periuk bagi menyukarkan ia disambung kembali lapor Mirror Daily.

"Saya dengar kanak-kanak itu merayu, ayah jangan ayah. Kemudian dia menjerit, tetapi saya tidak menyangka ia akan menjadi insiden yang dahsyat begini," menurut jiran suspek.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu suspek sendiri menelefon polis untuk mengaku apa yang telah dilakukan dan membawa kanak-kanak malang tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Sinar Harian