Wednesday 2 April 2014

TERKANDAS semalaman dalam pesawat

2 April 2014
Ribut memaksa penumpang bermalam di dalam pesawat di landasan lapangan terbang.

HONG KONG - CHINA. Ratusan penumpang Dragonair terpaksa menghabiskan masa lebih tujuh jam di dalam pesawat apabila pesawat yang mereka naiki tidak boleh mendarat di lokasi asal kerana ribut kuat.

Penerbangan KA875 berlepas dari Shanghai pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) dengan muatan penumpang seramai 252 itu, berpatah balik ke lapangan terbang berhampiran di Shenzen selepas Hong Kong dilanda hujan batu yang lebat dan ribut kuat.



Jurucakap pengendali Dragonair, Cathay Pasific berkata, pada awalnya pesawat merancang berlepas semula ke Hong Kong sebaik sahaja cuaca reda, namun ia terpaksa ditangguhkan apabila pesawat didapati menghadapi masalah teknikal.

"Kami memohon maaf di atas kelewatan ini kerana ia mengambil masa lebih lama daripada dijangka,"katanya dipetik AFP.

Sumber