Wednesday, 12 March 2014

MH370:: Laungan Azan di tengah laut


Seorang anggota Polis Merin melaungkan azan ditengah laut dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370...
Ya Allah, permudahkanlah usaha kami..
kalau dilangit engkau turunkanlah..
kalau di air engkau timbulkanlah..
kalau didarat engkau tunjukanlah.....

MH370::: Bukan serangan pengganas - Interpol




Sebuah bot menyelamat yang membawa beberapa anggota mencari dan menyelamat, diturunkan dari kapal perang Mianyang milik Tentera Laut China di lokasi disyaki pesawat MH370 hilang di Laut China Selatan. - REUTERS

LYON, Perancis 11 Mac - Agensi Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini tidak percaya bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Sabtu lalu mempunyai kaitan dengan serangan pengganas.

Setiausaha Agungnya, Ronald Noble berkata di ibu pejabat Interpol di sini, pihaknya lebih cenderung ke arah kesimpulan bahawa kehilangan pesawat itu bukan disebabkan serangan pengganas berdasarkan maklumat yang diterima.

"Berdasarkan lebih banyak maklumat yang kami terima, kami beranggapan kehilangan MH370 tidak melibatkan elemen keganasan," katanya.

Noble dalam pada itu berkata, dua lelaki warganegara Iran yang turut menaiki pesawat tersebut dengan pasport curi, kemungkinan menjadi mangsa pemerdagangan manusia.


Dua pemilik pasport warga Iran berumur 19 dan 29 tahun yang datang dari Doha, Qatar telah menggunakan pasport curi di Kuala Lumpur dengan nama warga Itali dan Austria ketika memasuki penerbangan MAS itu.




"Kami tahu mereka tiba di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu dan menggunakan pasport serta identiti palsu bagi menaiki pesawat MH370," katanya.

Kedua-dua pasport warga Iran itu juga tidak dilaporkan dicuri atau hilang.

Tambah Noble, Interpol sedang menggiatkan usaha bagi mengenal pasti sebarang kemungkinan terhadap kehilangan MH370 termasuk kegiatan pengganas, jenayah terancang atau pemerdagangan manusia.

"Pengumuman tentang identiti warga Iran yang dikenal pasti sebagai Pouri Nourmohammadi dan Delavar Seyed Mohammadreza itu mungkin boleh memaksa keluarga atau rakan mereka tampil dan memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi menolak kemungkinan serangan pengganas.

"Dengan penambahan bukti, kita mampu menolak jangkaan mereka terlibat dalam rancangan terhadap kehilangan pesawat itu dan memberi perhatian terhadap jenayah pemerdagangan manusia yang membolehkan mereka ke luar negara," katanya. - REUTERS

Sumber

MH370:::Ibu dedah identiti


Ibu dedah identiti

Sepang: Dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi dikenal pasti berasal dari Iran dan dipercayai tiada kaitan dengan kumpulan pengganas, namun polis masih memfokuskan siasatan kepada kemungkinan pesawat itu dirampas atau disabotaj.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang daripada mereka dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad yang menggunakan pasport milik warga Austria, Christian Kozel.


Menurutnya, lelaki berusia 19 tahun itu dalam perjalanan ke Jerman dan dipercayai dia mahu berhijrah ke negara itu.

“Maklumat ini diperoleh selepas ibunya yang berada di Frankfurt, Jerman menghubungi pihak berkuasa negara ini selepas anaknya tidak muncul di balai ketibaan lapangan terbang di sana.

Foto
KHALID (tengah) ketika menjawab persoalan dalam sidang media, semalam.

“Hasil maklumat ibunya, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa beberapa negara bagi memeriksa profil dan latar belakang Pouria. Setakat ini, tiada maklumat yang boleh mengaitkannya dengan kumpulan pengganas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sumber

MAS terkejut dakwaan terhadap pembantu juruterbang MH370




KUALA LUMPUR 12 Mac - Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid.

Menurut satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu.

“Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih," katanya.

MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini.

"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami.

Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk ’Woman remembers cockpit fun with missing pilot’ pada Selasa.

Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - BERNAMA

Sumber

MH370::: Nampak macam sama


Foto
LUIGI Maraldi, warga Itali (kiri), Delavar Seyed Mohammad Reza, 
warga Iran (kanan). FOTO Reuters dan EPA

SEPANG: Seorang daripada dua lelaki Iran yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines #dimanaMH370 didapati memiliki wajah hampir seiras dengan pemegang pasport asal, Luigi Maraldi yang berasal dari Itali.

Ini berdasarkan gambar Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, yang diedarkan menerusi sidang media oleh Interpol di Lyon, Perancis and Polis Diraja Malaysia, di sini, dan foto Luigi Maraldi oleh agensi berita EPA ketika sidang media warga Itali itu di Pattaya, Thailand pada 10 Mac.

Setiausaha Agung Interpol Ronald K Noble berkata, rakaman menunjukkan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dan Pouri Nur Mehdrad, 19, menaiki pesawat pada masa sama.

Nobel berkata, maklumat setakat ini mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.


“Mereka kemungkinan besar adalah mangsa perdagangan manusia. Apa yang membimbangkan adalah kemungkinan lebih satu bilion kali setiap tahun, mereka yang melewati sempadan atau menggunakan pengangkutan udara, pasport mereka tidak disemak teliti dengan pangkalan data Interpol.


Dua lelaki Iran menggunakan pasport negara asal mereka untuk masuk ke Malaysia menggunakan pasport curi dan menyamar sebagai warga Austria dan Itali ketika mendaftar masuk bagi menaiki pesawat MH370.

Pouri yang menggunakan pasport curi milik warga Austria dipercayai ingin berhijrah ke negara Jerman.

Sebelum ini, Itali dan Austria menafikan rakyat mereka berada dalam pesawat MH370 dan pihak berkuasa berkenaan mendakwa pasport Luigi Maraldi (Itali) dan Christan Kozel (Austria) telah dicuri di Asia Tenggara beberapa tahun lalu.

Tiket dua penumpang ini juga dibeli dengan China Southern Airlines dalam mata wang baht pada masa sama.

Kedua-dua tiket penerbangan itu ditempah bagi destinasi Kuala Lumpur-Beijing sebelum diteruskan ke Amsterdam.

Delavar sepatutnya meneruskan perjalanan ke Copenhagen manakala Pouri akan ke Frankfurt.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah Selatan Thai Lt Jeneral Panya Maman memberitahu AFP: “Kami percaya kedua pasport ini dicuri sindiket pemerdagangan manusia yang menghantar mangsa bekerja di negara lain terutama di Eropah.”

Katanya, lelaki Iran dikenali sebagai “Mr Ali” yang menempah tiket di atas nama dua pemegang pasport Eropah dipercayai pernah menetap di Malaysia dan mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa.

Menurutnya, kira-kira 2,000 pasport hilang atau dicuri di Thailand setiap tahun. - Agensi 

Filem Noah diharamkan



Kaherah: Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam.

“Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul dan sahabat Rasulullah (SAW),” menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.

Fatwa itu juga menyebut, filem sedemikian menyentuh sensitiviti umat Islam dan melanggar ajaran Islam.

Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab.

Foto
BABAK-babak dalam filem Noah.

Filem kontroversi itu tidak akan ditayangkan di Qatar, Bahrain atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain dijangka turut mengharamkannya.




“Lembaga penapisan filem Qatar, Bahrain dan UAE mengesahkan pengharaman tayangan filem “Noah” di negara mereka melalui pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini,” kata jurucakap Paramount Picture.
“Kenyataan rasmi mengenai pengharaman itu dibuat kerana filem berkenaan bertentangan dengan Islam. Kami menjangka tindakan serupa akan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir, Jordan dan Kuwait,” katanya.

Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Islam melarang bentuk fizikal nabi dan rasul digambarkan secara jelas.

Tindakan menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) secara fizikal di Eropah dan Amerika Utara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di negara Islam.

Ia turut meningkatkan ketegangan antara negara barat dan dunia Islam.

Surah Nuh di dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan daripada banjir besar namun ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati.

Kisah Nabi Nuh (AS) juga diceritakan di dalam Injil.- AFP

Sumber

Tuesday, 11 March 2014

MH370::: Lapan penduduk dengar bunyi dentuman buat laporan polis di Marang





MARANG 11 Mac - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

- BERNAMA.

Sinar

GEMPAR!!! Ular patuk payudara


gambar hiasan

Fife (Scotland): Seorang wanita terkejut besar apabila mendapati seekor ular mematuk payudaranya ketika baru bangun tidur.

Caroline Griffin, 49 berkata dia dipatuk ketika cuba menghalau reptilia berkenaan dari katilnya



“Saya bimbang ular itu berbisa dan saya mungkin mati,” katanya. 

Ibu empat anak itu mendapati ular sepanjang 1.2 meter dari jenis California kingsnake berada di dadanya sebaik menurunkan selimut.

“Pada mulanya saya menyangka anak saya mahu mengenakan saya, tetapi saya mula ketakutan apabila melihat reptilia itu bergerak. 
“Saya menjerit sekuat hati dan ular itu terus mematuk payudara saya,” katanya. - AFP

Sumber