Saturday, 22 March 2014

BONGKAR!!! MH370: Transkrip komunikasi terakhir versi Daily Telegraph, UK



AKHBAR Daily Telegraph hari ini menyiarkan transkrip komunikasi 54 minit terakhir pesawat MAS MH370 pada awal pagi 8 Mac lalu.


KUALA LUMPUR 22 Mac - Transkrip komunikasi 54 minit terakhir antara pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH370 dengan menara kawalan pada awal pagi 8 Mac lalu, telah disiarkan oleh Daily Telegraph, United Kingdom, hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini menjelaskan, transkrip yang disiarkan Daily Telegraph adalah tidak tepat.

Berikut di bawah ini transkrip yang disiarkan oleh akhbar berkenaan:

PUSAT KAWALAN KL

00:36:30 MH370: ATC, ini adalah MH370, selamat pagi

ATC: Selamat pagi, MH370. Ini adalah pusat kawalan KL, sila kekal di A10 32R

00:36:50 MH370: A10, MH370 terima

00:38:43 ATC: MH370, sila ke landasan dari 32R A10

MH370: Landasan dari 32R A10, terima

00:40:38 ATC: MH370, kedudukan 32R, landasan sudah tersedia, dibenarkan untuk berlepas. Selamat malam.

MH370: kedudukan 32R, landasan tersedia, dibenarkan berlepas. terima. Terima kasih, selamat tinggal

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

00:42:05 MH370: MH370 telah tinggalkan pangkalan

00:42:10 ATC: kedudukan MH370 disahkan, altitud penerbangan 180, sila ikut arahan dan pusing ke kanan, sasaran laluan arah IGARI

00:42:40 MH370: Baik, altitud 180, arah laluan IGARI, MH370 terima

00:42:52 ATC: MH370, anda memasuki KL Radar 132.6, selamat malam

MH370: 132.6, MH370 terima

RADAR KUALA LUMPUR

00:46:51 MH370: KL ATC, Ini adalah MH370

ATC: MH370, sila ke paras penerbangan altitud 250

00:46:54 MH370: MH370 ke paras penerbangan altitud 250

00:50:06 ATC: MH370 ke altitud penerbangan 350

00:50:09 MH370: Ini adalah MH370, altitud penerbangan 350

01:01:14 MH370: MH370 kekal di altitud penerbangan 350

01:01:19 ATC: MH370

01:07:55 MH370: MH370 kekal di altitud penerbangan 350

01:08:00 ATC: MH370

01:19:24 ATC: MH370, sila hubungi Hu Chi Minh City 120.9, selamat malam

1:19:29 MH370: Baik, selamat malam.

Transkrip ini berdasarkan versi Mandarin daripada transkrip bahasa Inggeris. Beberapa perkataan mungkin tidak tepat.Sumber: Daily Telegraph

Sumber

MH370: China kesan imej 22 meter panjang, 13 meter lebar di koridor selatan



SEPANG: Satelit pihak berkuasa China merakamkan imej sebuah objek berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar di kawasan Lautan Hindi yang kini menjadi zon tumpuan mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak dua minggu lalu.

Imej itu dirakamkan pada pukul 12 tengahari, 18 Mac lepas di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya dari lokasi dua objek terapung dirakamkan oleh sebuah satelit lain dua hari sebelumnya.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media harian di sini petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

“Saya ada berita terbaru," kata Hishammuddin sebelum membaca nota bertulis tangan yang ada pada tangannya.

Pada 20 Mac lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyampaikan maklumat penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370.

Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek berkenaan berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER.

Semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari di koridor selatan telah mengerahkan pesawat dan kapal laut masing-masing ke kawasan pencarian yang terletak lebih kurang 2,300 kilometer ke barat daya Perth.

Walaubagaimanapun, objek tersebut masih gagal ditemui hingga hari ini selepas tiga hari misi pencarian dijalankan bermula Khamis.


Sumber


GEMPAR!!! 'Bomoh bubu jangan suka-suka nak tampar orang'


Datuk Seri Anwar Ibrahim

KAJANG - "Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya.

Anwar dalam nada kesal berkata, tindakan Ibrahim menggunakan bubu kononnya untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, sangat memalukan.

Malah katanya, ekoran perbuatan Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP itu, Malaysia tiba-tiba menjadi 'terkenal' secara tiba-tiba.

"Tindakan awak sangat memalukan. Awak tidak sepatutnya ingin menampar orang lain.

"Baru-baru ini saya dapat telefon daripada anak Sheikh  Yusuf al-Qardawi, beliau tanya apa yang Malaysia telah lakukan.

"Guna kelapa, bubu untuk cari MH370, ianya sangat memalukan, tetapi saya kata jangan tanya saya, saya tidak tahu menahu pasal bomoh ini," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Oleh itu, Anwar berharap agar MH370 terus berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.

Ibrahim sebelum ini membidas tindakan Anwar yang menggunakan namanya ketika berkempen di PRK Kajang malah tidak menolak untuk memfailkan saman malu terhadap Ketua Umum PKR itu.

Terdahulu, Ibrahim mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim pada 10 Mac mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan dua batang buluh berkenaan sebagai teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yassin kononnya untuk mencari di manakah pesawat MH370 yang gagal dikesan.

Sumber

PANAS!!! Anwar cabar Menteri Pertahanan letak jawatan


  • Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam sesi Dialog Anak Muda di Sunway Resort Hotel, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

KAJANG - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dicabar meletakkan jawatannya jika masih gagal menjawab kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa radar tersebut yang dibeli kerajaan Malaysia sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan semua penerbangan yang melintasi ruang udara dan perairan negara.

"Semasa saya jadi Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan beli sistem radar yang canggih yang namanya Marconi.

"Sistem itu boleh baca dan lihat semua penerbangan dari perairan negara Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi, tapi tiada laporan," katanya berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut misteri penerbangan pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China.


Mengulas lanjut, Anwar turut mempersoalkan fungsi radar tersebut dipercayai ditutup hingga gagal mengesan pesawat tersebut.

"Apa jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita?

"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta-merta," katanya lagi.

Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia.

Dakwanya pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara.

"Ini ancaman negara kerana kecuaian, sibuk mencari wang, cari untung, hina orang fitnah orang yang dilakukan kerajaan BN," dakwanya lagi.

Sumber

MH370: Mencabarnya, dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC



KUALA LUMPUR: Cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.



“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.

Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.

“Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau turut membuat perbandingan antara misi pencarian pesawat Air France 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada 2009 dengan kehilangan MH370 dimana menurutnya ia amat berbeza.

“Kotak hitam tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter. Dalam kes Air France 447, mereka tahu lokasi pesawat itu terhempas, tetapi kita tidak tahu dimana MH370 berada.

“Disebabkan mereka tahu lokasi Air France 447, jadi ini telah memudahkan mereka untuk menggunakan segala jenis teknologi yang ada untuk mengesan kotak hitam pesawat tersebut,” kata beliau semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI pada Jumaat.

sumber

Friday, 21 March 2014

KLIA2 diiktiraf selamat


BANGUNAN utama KLIA2 sedia beroperasi mengikut jadual pada Mei ini.

Sepang: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melaksanakan kerja Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Februari lalu.

ORAT yang membabit sejumlah 2,818 peserta, 3,659 bagasi, dan 170 penerbangan yang meliputi operasi domestik, antarabangsa dan pemindahan dilaksanakan berikutan jaminan daripada kontraktor bangunan terminal bahawa kerja-kerja akhir di KLIA2 mengikut jadual serta Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC ) diperoleh pada April ini.

Malaysia Airports dalam kenyataannya berkata, antara aktiviti ORAT dijalankan secara berterusan termasuk penggemblengan operasi terminal dan kakitangan keselamatan penerbangan, penyerahan kunci dan penyerahan tapak kepada agensi kawal selia kerajaan serta syarikat penerbangan.

Katanya, aktiviti lain yang turut dilaksanakan adalah menguji dan pentauliahan sistem pengendalian bagasi (BHS) yang membabitkan 30,000 beg bagi ujian bebanan dalam tempoh percubaan bukan operasi.


“IKRAM Perdana Consulting (IPC), perunding bebas yang dilantik oleh Kementerian Pengangkutan mengiktiraf KLIA2 selamat untuk beroperasi seperti mana yang dinyatakan oleh menteri di kementerian berkenaan.

“Penilaian IPC ini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan seperti laluan teksi, apron, landasan 3 dan kawasan sekitarnya serta bangunan terminal,” katanya pada satu kenyataan bersama keputusan kewangan Malaysia Airports yang berakhir 31 Disember 2013.

Dalam keputusan kewangan itu, Malaysia Airports mencatatkan RM827.5 juta pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) tanpa pendapatan pembinaan dan kos. Angka itu 10.2 peratus lebih tinggi daripada sasaran syarikat berkenaan bersandarkan jumlah penumpang meningkat paling tinggi dalam tempoh dua puluh tahun yang lalu.

Malaysia Airports berkata, walau bagaimanapun terdapat penurunan keuntungan selepas cukai (PAT) akibat jumlah kos yang lebih tinggi terutamanya bayaran tinggi pengguna, kos kakitangan, pembaikan dan kos penyelenggaraan.

“Pada tahun ini, syarikat mengunjurkan pertumbuhan penumpang sebanyak 9.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu bersandarkan pengembangan kapasiti tempat duduk di kalangan syarikat penerbangan,” katanya.

Sumber

TERBARU!!! Pandu Uji: Honda City 2014



Honda City terbaru pertaruh ciri terbaik

Pengalaman pemanduan pertama di Phuket beri isyarat yang meyakinkan

Di atas kertas, Honda City 2014 yang dijangka dilancarkan pada pertengahan Mac dilihat mampu menawarkan sesuatu yang berbeza berbanding model terdahulunya, juga jika dibandingkan dengan model-model segmen B yang ada. Pakej dan tingkat spesifikasi menarik yang ada, misalnya bagi Toyota Vios atau Ford Fiesta, secara tidak langsung menjadikan penawaran yang bakal diberikan oleh model terbaru Honda ini sesuatu yang sengit dan kompetetif.

Isnin lalu, BH Auto bertandang ke Phuket, Thailand untuk sesi pandu uji ringkas model terbabit. Walaupun model yang disediakan adalah daripada spesifikasi yang ditawarkan di Thailand, tetapi ia memadai untuk memberikan gambaran awal terhadap pelbagai aspek model terbaru ini.






Rekabentuk luaran

Sekilas pandang, ia kelihatan seperti mengekalkan bentuk umumnya daripada model terdahulu. Sebaliknya, ketika meniliti rekabentuk Honda City terbaru ini dengan dekat – terutama ketika meletakkannya bersebelahan dengan model lamanya – akan dengan jelas menunjukkan yang generasi terbaru ini menerapkan sentuhan rekaan yang lebih terperinci dan matang; agak jauh berbeza dengan yang lama, dengan lekuk dan garis badan yang lebih menonjol. Sebagai satu lagi contoh, versi spesifikasi lengkap yang dipandu uji ini dapat menunjukkan yang model terbaru ini juga kelihatan lebih lebar dan tinggi.






Ruang dalaman

Ini perubahan yang paling ketara akan dirasai, sekiranya dibandingkan dengan Honda City model terdahulu. Ruang kaki penumpang belakang kini jauh lebih luas; jika seorang dewasa menduduki kerusi penumpang di hadapan, baki ruang yang ada untuk penumpang dibelakang juga sangat luas – mampu untuk menempatkan penumpang dewasa dengan jarak yang berbaki antara lutut dan penyandar hadapan. Selain itu, ruang barangan dibelakang pula menyediakan ruang mencecah 536 liter untuk memudahkan pengguna menempatkan barangan secara maksimum, tanpa mengganggu ruang dalam kabin yang sedia ada. Penggunaan plastik panel yang nampak dan memberikan rasa sentuhan elegan, sistem audio lapan speaker dengan skrin 7 inci serta capaian Bluetooth sebagai contoh, memadai untuk menampung keperluan dan gaya hidup pengguna.


Enjin dan transmisi

Dengan enjin 1.5L i-VTEC sebelumnya yang diperkemas dan dipertingkatkan untuk penjimatan, elemen yang menjadi perhatian kini ialah sistem transmisi CVT 7-peringkat dengan teknologi ‘Earth Dreams’ serba  baru untuk model City, guna untuk mengoptimumkan cekapan dan dalam masa sama, menyediakan prestasi terbaik untuk pemanduan.





Pengalaman pemanduan

Dalam perjalanan pergi-balik dari Phuket ke Khao Lak yang mencecah jarak 100 kilometer yang sempat dilalui, Honda City terbaru ini tidak mengecewakan. Kegusaran mengenai prestasi transmisi CVT misalnya terjawab; ia begitu lancar dan responsif bagi kegunaan dan situasi pemanduan yang menyeluruh. Tambahan pula dengan ciri Paddle-Shift yang membantu pemandu untuk mengendalikan tingkat gear maya CVT berkenaan dan sekaligus memudahkan pemanduan dan pengendalian gear secara manual. (Ciri ini bagaimana pun tidak akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.)

Di dalam satu insiden dalam perjalanan ini, ketika pemandu terlebih laju memasuki laluan berselekoh dan bengkang-bengkok, dengan keadaan jalan yang sedikit licin dan kelihatan kenderaan seperti sukar dikawal pada awalnya, kereta ini tetap mampu dikendalikan dan dihala kembali ke arah yang sepatutnya dengan cepat dan mudah; terima kasih kepada ciri Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) yang melengkapinya.

Penggunaan petrolnya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan; dengan kapasiti tangki yang kecil untuk saiz kereta ini, iaitu 40 liter, ia mampu memberikan nisbah jarak perjalanan yang cukup memberangsangkan.

 

Spesifikasi dan Harga di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, empat varian akan ditawarkan, tentunya dengan perbezaan spesifikasi; varian S, S+, E dan spesifikasi tertinggi, V. Bagi tanda harga, ketika artikel ini ditulis, Honda Malaysia masih lagi menunggu pengesahan daripada pihak kerajaan. Namun, secara umum, BH Auto menjangkakan ia bakal berada di antara RM75,000 (varian paling asas) dan RM85,000 (bagi varian dengan spesifikasi lengkap). -Hazril Hafiz

SPESIFIKASI

Honda City 2014

Enjin: 1,497cc, 4-silinder, SOHC dengan 16 injap, SOHC
Kuasa maksimum: 118hp @ 6,6000rpm
Tork maksimum: 145Nm @ 4,600rpm
Transmisi: CVT (7-peringkat)
Ciri-ciri keselamatan: 6 beg udara (spesifikasi tinggi), VSA, ABS, Isofix dan lain-lain.
Harga: (Bakal diumumkan tak lama lagi)

Sumber

BONGKAR !!! WIRA YANG BERTARUNG SELAMATKAN MH370



BONGKAR !!! Kapten Zaharie adalah Wira yang Bertarung Selamatkan MH370 |
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.


"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Ads by H12 Media Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong pusingan U untuk ke lapangan terbang terdekat di Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi termasuk kesan radar munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh guna masa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

Sumber